Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, March 21, 2009

lagu meriam??

Semalam, bila dengar musik instrumental tajuknya Canon in D yang bertaraf masterpiece di dalam arena musik klasik. Canon in D adalah salah satu karya hebat manusia ciptaan Allah bernama Johann Pachelbel, jadi tentunya Pencipta manusia itu sendiri ternyata lagi hebat! Pachelbel sorang komposer setanding Mozart, Beethoven, Bach, Schumann, Vivaldi, Schubert, Haydn, Brahms, dan ramai lagi... bagi yang bukan penggemar musik intrumental begini, mesti tak memahami apa yang besnyer musik2 sebegini, hanya mengantukkan, boring, rasa nak tertido bla, bla, bla.. tapi bagi penggemar musik instrumental, ia bukan sekadar musik yang sedap didengar telinga tapi juga cerminan hidup yang pasti ada penghujung... (tak paham? takpe, buat2 faham jer..) walau sehebat mana pun insan2 hebat sebegini pasti.. mati juga akhirnya...

So pastu tanpa melengahkan masa saya terus berazam untuk belajar and try main dengan menggunakan elektronic keyboard walaupun tahu arrangement ni sangat2 susah kerana ia mengunakan D major dan bukannya C major. Apa bezanya D dan C major? bezanya D Major ada 2 sharps, iaitu F# and C# sedangkan C Major takde sharps atau flats. Scales D major ialah: D,E,F#,G,A,B,C#D sedang C major seperti ini, D,E,F,G,A,B,C (faham ke? ntah saya sendiri tak tahu nak explain, sbb saya femes as seorang tak pandai menerangkan sesuatu, hihi.. seperti bese) D major ni sangat jarang digunakan dalam arrangement sesuatu music kerana ia menggunakan banyak left hand part berbanding right hand jika menggunakan piano atau strings instruments such as violin, cello atau guitar unless mengunakan C major kerana ia lebih mudah untuk belajar.



so dengan tekadnya saya print out music sheet ni n bersusah payah bawa keyboard naik atas sebab nak tengok examples cikgu2 yg mengajar dalam youtube n ikut cara dorang. Memandangkan Canon ni banyak variations so saya pilih yg hampir sama n mudah so takdela pening kepala bila nak ikut.. pastu terus la ikut berdasarkan sheet yang ada n cikgu2 yang ajar dalam youtube ni... ada 5-or 6 parts dalam musik ni... untuk 1st n 2nd parts je saya amek masa dari kul 11 hingga 3.50 pagi untuk belajar... huuu mak aaiihhh susahnyer!! nak kena belajar bahagian tangan kiri dulu baru buleh proceed yang kanan... errmm memang memerlukan usaha dan sabar.. kalu tak sabar memang give up tengah jalan.. pastu otak pun dah berat.. pastu flat.. nantok.. tido arr sebelum masuk subuh kang terlajak seperti selalu..

so esokla sambung... tak larat...

pengajaran: hidup ni bukan mudah, jadi tiada jalan pintas ke Syurga...

~~manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung~~

3 comments:

Fasya said...

:')
sungguh, farah menangis sekarang
haha
best best :D

bicara hati secawan kopi said...

alaa farah.. nape nangis ni? kak tati takde niat aarr nak buat orang nangis, takpe nanti bila kak tati dah mahir lagu ni.. kak tati perform show kat umah farah.. nak tak? guna piano farah la.. buleh?

ihsan_huhu said...

gle cool leh main keyboard...