Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, November 29, 2008

hari ini...

Hari ini.. masih saya di project room bersama chee chung sejak dari pagi hingga... ermm tak tahu sampai bila buleh balik.. masuk arini dah hampir sebulan saya balik umah lagi 15 minit kul 12 malam, sejak itu saya berterusan belajar mengenal erti hidup... pegi uni di mawson seawal pagi, dari rumah naik bas, sampai city naik ketapi sampai stesen ketapi di mawson naik pula bas pastu jalan kaki terus ke Bangunan H, Water Engineering Building, UniSA Mawson Campus... duduk terperap dalam ni sampai pukul 10.15 malam paling kurang pastu jalan pulang dalam gelap suram malam keseorangan dalam 15 minit sampai ke stesen ketapi, 10.30 naik ketapi 11.15 malam sampai ke city naik bas ke rumah, 11.30 sampai umah terus solat isya' , pukul 12 makan terus sambung buat kerja mungkin sampai 3-4 pagi terus solat subuh, tido sekejap pukul 7 bgn kul 9-10 terus ke mawson.. begitula seterusnya sehingga arini.. sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari rumah ke mawson-mawson ke rumah.. banyak pengajaran dan pelajaran yang saya ambil dan kutip...

dari minum secawan kopi di pagi hari membaca bismillah, keluar rumah membaca doa perjalanan, berdiri 2-3 minit depan pemain jalanan bermain alat music yang menghiburkan sambil sedekah 1-2 dolar sebab dengar dia main tu, main kejar2 dengan bas dan ketapi, duduk di dalamnya tersemput2 merenung awan dan langit ciptaan Allah sambil memujiNya sampai hampir terlepas stesen, senyum pada orang yang memandang.. bila melihat yang memandang bermuka muram kembali tersenyum, betapa sukanya hati saya sebab buat orang tersenyum, hermm alangkah indahnya perasaan itu=), mengucap "good morning" pada orang yang mengucapkan pada saya waktu berjalan, menyanyi2 sambil membuang sampah atau ranting yang berada di laluan jalan.. hingga pada malam harinya.. berkali-kali di lontar kata-kata kesat, maki cela dengan sign2 lucah oleh orang-orang kafir yang penuh kedengkian di dalam hati mereka (bodo dorang tu!!), hampir dibaling botol arak oleh orang2 kehilangan akal waktu bermabuk-mabukan, dipandang dengan pandangan nakal yang meleret sehingga hilang dari pandangan, dihalang dan disuruh membuka tudung agar ditukarkan dengan topi, ditahan perjalanan oleh orang-orang yang samseng. Sungguh... jikalah tidak dengan pertolongan Allah pada saya, saya tak mungkin dapat menulis lagi dalam blog ni.. sepanjang perjalanan ni, memang Allah Pelindung dan Penyelamat saya.. Sang Kekasih yang saban hari dalam ingatan saya kerana Dia yang memberi hidup kepada saya selama ni, alhamdulillah, saya menarik nafas lega..

Hari ini, saya masih di sini.. di project room bersama chee chung sedari pagi sehingga sekarang pukul 7 malam. tadi.. saya nampak mukanya keletihan, saya pun offer membuat kopi untuknya agar dia berasa bertenaga skit setelah dari pagi bertungkus lumus menyiapkan dua final project kami sekali gus.. saya yang hanya pembantunya takde la penat sangat berbanding dia.. walaupun sebenarnya rasa dah tak larat sangat tengok project ini selama hampir sebulan... so saya turun tingkat 2 membuat kopi untuknya.. belikan dia coklat dan potato chips dan beri separuh mihun yang saya bawa dari rumah agar dia tak rasa letih seharian bekerja.. saya nampak mukanya tersenyum bila saya menghulurkan air kepadanya.. dia pun minum " uuiihh yati... sedapnyer kopi!! awak letak ape? errmm rasa dia sgt smooth, tak pekat n tak manis sangat, sedap laaa.." dia minum lagi penuh khusyuk.. saya just tergelak melihat telatah die yang neutral tu.. then balas, "letak ape chee chung?? err saya letak hati saya dalam tu.. sincere from my heart, you know.. haha, saya tergelak.. dia pun gelak same" eeii, pandai ni awak buat air kopi.. sedap weeii tak tipu!! yati.. tq buat ini air" dia tersenyum sambil mengunyah2 coklat.. "well, tengokla sape buat, saya.. tadi kan patut awak cakap, sape buat, bukan letak ape.. baru betul.. hiiii" dia tergelak sebab tak penah tengok saya puji diri sendiri..

pas penat kepala otak sejak pagi tadi menghadap pc tanpa bercakap sepatah pun.. kitaorang rehat jap sembang-sembang pasal hidup yang kami masing-masing bakal lalui selepas grad nanti.. pasal keje, teman hidup, kahwin, tinggal mana lepas berkahwin, ibu ayah, adik beradik etc.. asyik bersembang dengan dia sampai setengah jam.. saya sedari.. dari awal cite pasal hidup dia, dia asyik sebut nama ibu dia, bagaimana nak menyenangkan hati ibu, nak dapat isteri macam ibu, suruh ibu carikan isteri, nanti sudah kerja dia mau bantu ibu, bagi duit banyak2 bawa dia melancong tempat yang dia suka.." then saya tanya dia, "mana ayah awak? since saya tak pernah dengar awak sebut nama ayah.." dia tenang menjawab "ayah saya takde, sudah lama takde.. dia mati waktu saya 11 tahun, sekarang saya sudah umur 24 tahun.. ibu saya jaga kami tiga beradik sume lelaki.. adik saya last itu umur 5 tahun at that time, jadi tak penah jumpa ayah.." saya terdiam.. kerana teringat seseorang dalam hidup saya juga mempunyai kisah hidup yang sama.. "jadi ibu awak tak kawen lain ke? emm tak" dia membalas ringkas.."ehh chee chung.. awak jaga hati ibu awak baik-baik tau, susah payah dia jaga awak sampai besar ni tanpa ayah, bayar yuran pengajian awak.. ermm saya pun same ni.. saya tak mau buat mama saya susah hati.. mama saya bayar yuran pengajian saya ni.. hiii tak terbalas jasa ibu kita ni.." ye laa yati.. kita serupa la.., ehh mama awak same datang tarikh ibu saya kan?? nanti kalu mama awak datang kasi jumpa ibu saya la.. kita jumpa sama2 waktu graduation nanti" dia mencadangkan sambil tersenyum " em.. buleh2.. mestila buleh.." saya membalas tersenyum.. dia pun sengih je sambil kunyah potato chips then kitaorang buat kerja masing2 balik..

saya pun kembali memandang pc, keje yang setia menanti untuk dihabiskan sebelum kul 11 malam.. saya merenung sejenak.. otak saya masih berfikir tentang hidup.. kasih ibu.. mereka memberi tanpa meminta balasan.. kasih Allah.. Dia memberi walau kita mengingkariNya, walau kita melupakanNya, walau kita berkelumit dosa! sedang kita, masih berkira-kira untuk memberi... walau hanya sedikit senyuman. hermm...

Erti Hidup Pada Memberi, biar pun hanya secawan kopi -
Ustaz Hasrizal, saifulislam.com

Friday, November 28, 2008

masak ekspress

Waaa, tadi baru member group merangkap "boy fren" saya sepanjang pengajian kat sini, chee chung bagitau saya kena pegi mawson.. tak jadi ke city.. huuu mawson?? hii jauhnya.. sekarang dah kul bape, 4 petang.. entah balik kul bape ni.. gulp, astghfirullah bila ingat balik, rasa trauma kalu balik malam2 dari mawson.. chee chung ni..nama je "boy fren".. tapi tak sensitif lansung, balik dari campus ke stesen ketapi still saya jalan sorang2, takde pun dia teman.. huu takutnya.. Allah je tahu.. dia tu sampai apartment, apa lagi tido laa.. saya ni yang masih terkial-kial balik umah sampai kul 12 malam...



so hasilnya ayam goreng pandai dan kepah berkuah cili.. emm yummy!! lapo-lapo...
sila makan adik-adik, kakak abang, uncle aunty, pakcik makcik, emm sedap ni..... ^-^

Tuesday, November 25, 2008

sorang-sorang

Waktu tulis ni, ada setengah jam lagi untuk bertolak ke airport.. bukan untuk balik.. tapi menghantar orang yang balik.. huuuuu nak balik!!=( sob sob.. tapi takpe.. waktu hantar alia comel ni balik dapatla kot2 borak dengan dia sambil minum2 kopi kat Hudson Coffee House. Erm pas hantar dia balik saya terus ke Mawson Lakes Campus seperti biasa untuk menyiapkan project akhir saya same Chee Chung. Ya Allah pemudahkanla urusanku.. rasa nak pengsan tengok benda yang sama hari2.. Semalam juga di Mawson Lakes, saya nak balik awal sebab firstnya, saya pening, kedua, saya dah tak larat nak teruskan sebab tengok nombor2 yang ada dah jadi double triple hihi, dan yang ketiga sebab saya perempuan.. balik malam2 kul 10.30 malam di mawson lakes adalah bersamaan kul 1 pagi di city. Saya cakap dengan chee chung saya nak balik sebelum kul 11, dia cakap takpe train paling akhir pukul 11.04 malam.. emm mungkin dia tak memahami kerisauan seorang perempuan agaknya.. tapi saya cakap tak bulehla chee chung bas saya di city pun pukul 11.15 saya kena ambil.. so dia pun setuju.


dah siap separuh kemas2.. balikla saya ngan dia kul 10 malam berjalan kaki ke train station. separuh jalan saya cakap dengan takpela chee chung hantar sampai sini je.. sebab bayang train station dah nampak.. so dia pun berpatah balik ke tempat tinggal die di mawson tu.. pas sampai kat stesen ketapi tu, saya rasa agak takut, sebab legang.. kosong.. takde orang lansung.. kalu jadi apa2 pun kat saya orang pun tak tahu.. apa yang saya buat seperti biasa kalu dah takut, istighfar, shahadah, baca ayat2 Al Quran, zikrullah dan berdoa supaya saya selamat. pastu camne dalam 20 minit pastu adalah mamat2 dari Asia Tengah seramai 8 orang tunggu kat dalam lounge yang disediakan biasanya orang duduk dalam tu waktu sejuk, so dorang pun baring2 dalam tu sambil borak2 sembang2, gelak2 etc. Astaghfirullah, hati saya dah tak sedap sebab tengok dorang pandang2 saya pastu senyum2 sinis pastu gelak..

Aisemen... saya sorang je perempuan kat situ. memang takde orang lain melainkan saya dengan 8 orang mamat tu kat stesen ketapi tu.. huuu Ya Allah.. Ya Allah, tolongla saya, selamatkanla saya, wuuu waktu ni memang takde sorang pun buleh selamatkan saya dari pandangan atau perbuatan jahat manusia melainkan Allah. sebab takut sangat saya menyorok di sebelah dinding agar mereka tak nampak, pastu saya jengukla dari jauh kot2 dorang ralek sembang sembang rupa2nya masih memandang ke arah saya, gulp!! saya telan air liur... jam menunjukkan pukul 10.30 mlm.. sepatutnya ketapi ke city dan sampai.. huuu saya mula cuak dan risau.. hati saya ni gelisah takyah cakap aarr.. Allah je yang nampak segala kebimbangan saya, ketakutan saya, kerisauan saya.. dah kul 10.40.. kat tangan saya dah sedia hp untuk menghubungi insan2 yang saya terfikir di fikiran tapi takpe tunggu lagi 5 minit kalu ketapi tak nampak bayang jugak.. saya call. tapi saya berdoa sangat supaya train cepatla sampai, risau train takde, kalu takde abesla saya.. nak tunggu orang ambil pun at least ambil masa setengah jam pecut atau 45 minit ikut had laju. 10 minit lewat seperti 10 jam saya rasa.. Waktu tu otak saya kosong, yang saya fikir hanya Allah, doa berkali2 tak henti2.. sebab memang saya takut.. astaghfirullah, masyaAllah, sungguh Allah je tahu perasan saya ketika itu..

samar-samar dari jauh, saya nampak kelip2 lampu.. dan saya harap itula ketapi yang akan saya naik, makin lama makin jelas lampu tu.. ketapi!!! alhamdulillah, ya Allah syukurnya saya.. waktu saya masuk ke dalam pintu tu, saya sempat menoleh ke arah mamat 8 orang tu, still dorang pandang saya tersenyum2 dengan pandangan nakal.. waaaa... takutnyer!!! hish2.. saya terus masuk duduk, dengan perasaan yang sangat lega.. tak fikir apa2 pastu nangis sebab bersyukurnya Allah selamatkan saya dari bahaya yang saya tak tahu pengakhirannya...

pas balik umah saya, terus letak beg pergi toilet, muntah sebab perut berangin tak makan sejak tengah hari pastu baring sebab tak larat sangat.. sampai kul 3.30 pagi baru bangun solat isya' dan qiam pastu tunggu subuh sementara tunggu subuh.. saya sujud syukur kerana menyelamatkan saya dari bahaya...

alhamdulillah, sungguh saya bersyukur padamu Ya Allah..

Sunday, November 23, 2008

menu arini ialah...


emm sedapnyer!! makan malam arini saya masak mihun tomyam seafood, alhamdulillah kenyang.. bes2!! pastu buleh sambung mengemas2 almari baju, meja dan laptop.. file2 berselerak, huuh memang penyepah.. tapi takpe dah kemas skit2.. so jadi pembersihla skit=) hihi..

hijau..

Arini ari Sabtu, dari King William Street menaiki ketapi dari seawal pagi hingga kul 6.30 petang ke UniSA Mawson Lakes Campus, bangunan H-Water Engineering, Design Lab Room.. bertungkus lumus buat final group project, Design and Flood Drainage Systems, ada 3 programming yang kena buat before 30 November ni, DRAINS, RORB, dan HEC-RAS. Huu, memang rasa cam marathon.. pagi tadi sebelum pergi finalise last assignment yang perlu di hantar Isnin ni, alhamdulillah dah siap dan dah submit pun.. masyaAllah leganya rasa.. Allah je tahu.. kul 4.30 masing2 dah pening2 lalat sebab terpaksa ulang balik program just sebab salah first point yang menjadi ukuran semua pits dan pipes yang patut di measure dari first point tadi.. masyaAllah.. rasa nak nangis bila terpaksa ulang method yang sama sekali lagi..wuuuu

pas dah rename balik sume2 data yang ada, kitaorang mengalah sebab tak larat.. so kitaorang pun balik dengan masa sendiri.. saya pun balik ikut jalan biasa kat campus tu.. memandang takde orang.. so saya jalan sorang pusing2 hepi sebab buleh balik.. err apsal legang, kosong je campus arini? mana sume students yang selalunya ramai.. ehh astaghfirullah arini sabtu, dah petang lak tu.. memangla takde orang, bas pulak sejam sekali.. huhu..patutla!! haa sambil jalan2 tu ambilla gambar logo UniSA kat Mawson ni.. emm perkara pertama yang menarik di pandangan mata ialah " waaahh, lawanyer rumput die..!! hijaunye...!! cam takde orang pijak jer.." so meh saya pijak.." waaahh lembutnyer..!!" sambil main pijak2 comel kat situ (seriesly, memang takde orang!!) waaa... besnyer!! kalu orang nampak, hish mesti dia cakap "ape kena la budak ni, hepi sangat sebab tak penah nampak rumput ke??" hihi sekatila.. saya kan environmentalist, so mestila appreciate alam yang Allah ciptakan ni walaupun hanya rumput- rumputan.


Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan,
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
Dan taman-taman yang menghijau subur,
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -
Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

Surah Abasa: 25-32

masyaAllah, saya terkesima.. even sekecik-kecik rumput ada disebutkan dalam Al Quran, apa lagi ciptaan Allah yang lebih besar, penciptaan manusia, haiwan, tumbuhan dan makhluk2 lain, langit, bumi, menghidupkan, mematikan, Syurga, Neraka, dan Alam Semesta, pasti ada pengajaran bagi orang yang berfikir, punya akal dan fikiran.. bagaimana segala ini terjadi? mengapa dijadikan? dan untuk apa? Allah tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, pasti ada faedah dah hikmah atas setiap kejadian.. so mehla kita jadi orang yang berfikir agar lebih dekat dengan Allah bila memikirkan penciptaan2Nya... insyaAllah^-^

Friday, November 21, 2008

menu arini

haah!! menu untuk dinner malam ni ialah jantung ayam bercili dan sayur sawi berkuah campur udang n telur. yang spesel arini sebab co- chef saya, izza masak, saya second chief cook.. chief cook kak yana.. kitaorang sume hebat2, sume chef2 ni.. kalah arr mama, along, abang said n acu.. ingat korang je ke chef haa?? angah pun terer aarr.. ceh, nak berlagak, walaupun paling cikai sekali dalam family, abah, uda n alang not included (alang masak kurma dalam peket pun dah kecoh satu dunia, kira terer arr, yela dia lelaki, sekali masak, cam terer la sangat, hihi^-^) so tadi just bagi tau je bahan apa yang kena ada, apa yang kena masuk dulu.. so hasilnya adalah sama cam saya masak... haha.. but what a very good feeling sebab saya tengah demam n pening kepala, ada orang masakkan.. sukala.. so just tolong skit2 je..


tambah pula setengah jam pastu minum pula air camomile tea with honey... untuk soothing n calm feeling... dengan pleasant scent dia.. mengurangkan skit kekusutan minda yang sedia kusut... emmm sedapnyer... sila2 tuan puan , jemput makan:))

ps: tak sabar nak makan nasi minyak shah.. ^-^

Thursday, November 20, 2008

gelap


emmm terpitam sekejap.. waktu bangun dari kerusi nak ambil air kosong kat dapur jap untuk makan ubat.. bila bangun.. tetiba gelap pandangan mata.. terasa cam badan ni melayang.. tapi mujur tangan ni sempat pegang meja.. duduk sekejap menarik nafas panjang.. mungkin seharian duduk di depan laptop sebab nak siapkan jugak aisemen sebelum esok, tapi nampaknya.. badan dan otak seakan-akan tidak mampu untuk menyiapkannya arini.. tak mengapa esok sebelum 11.45 malam masih lagi ada masa, insyaAllah pasti Allah mudahkan..=) pas makan ubat ni, rehat jap then sambung balik aisemen yang last ni, insyaAllah saya buleh buat.. semangat2!! caiiyokk..^-^

Ayam Goreng Kentaki...

Emm masih demam.. ada skit2 sejuk, tapi pakai baju sejuk winter dapat memanaskan badan skit, jadi takla rasa sejuk sangat sambil menyambung aisemen yang kena hantar jumaat esok, insyaAllah.. emm tengah2 buat keje lapola pulak, tetiba terasa nak makan ayam KFC pulak pagi2 ni.. emm sedapnyer!!! tambah pulak KFC kat sini takleh makan dan tak sesedap kat mesia jadi buatla KFC sendiri versi Adelaide, ho ho.. jadi dengan rajennya, sebab izza pun dah kuarkan ayam dari peti ais sejak kul 7 tadi so just nicela, terus buleh masakla.. emm bila ayam goreng versi kentaki, n bukan ayam goreng biasa, so agak lecehla untuk buat, tambah2 buat sendiri.. tapi takpe sebab dah mengidam sangat so buat je la... menu untuk tengah hari ini, ialah...

Ayam Goreng Kentaki versi.... Adelaide ^-^

bahan-bahan tepung ayam :

tepung gandum
tepung jagung skit
lada hitam
lada putih
cenkih
garam
telur yg dipukul (untuk celup dalam tepung)

so gaul sume bahan-bahan tepung ni sebati pastu toskan ayam dah di basuh sambil basuh tu selawat n zikir supaya housemate yang makan tu sayang pada saya, so kalu saya malas2 akan datang, dorang tak marah, haha.. pastu celup ayam dalam mangkuk telur yang dah dipukul pastu gaul ayam ngan tepung tadi pastu masukkan dalam minyak panas yang bersuhu 120 darjah (ingat lagi dulu keje kat shaykeys pizza, ayam goreng dia sedap) pastu tunggu ayam tu garing warna coklat keemasan bukan coklat hangus tau..

bahan untuk coselaw (camne eja?):

carrot
kubis
lemon
mayonis

potong carrot dan kubis, halus2.. perlukan kesabaran dan mata yang tajam sebabkan takde sagat, kalu ada lupakan method di atas tadi, so sagat jela.. buat apa susahkan diri.. tapi sebab dah takde takpela bersusah2 sekejap.. yang penting kemudian senang, makan je... emmm yummy!!
pastu masukkan hirisan kubis n carrot tadi, masuk mayonis dan perah lemon, kaco2 die.. sekatila nak banyak mana tapi potion yg bagus, sedang2 je.. biasala dalam agama pun bersederhana tu paling bagus.. tapi.. selalu org pandai cakap je.. jauh panggang dari api, bila makan tak ingat dunia.. pastu tersandar kekenyangan cam ular sawa.. ular sawa pun takut tengok kita kenyang camtu.. kalah dia.. haiihh..
so bila ayam dah goreng masuk dalam piring lawa, hidang sebelum housemates balik...

Taaaadaaaa... siap!! Ayaaaam Gooreng Kentaki versi Adelaide... eemmm sedapnyer!!!

pas housemates balik, kitaorang makan same-same, seperti biasa.. dorang punyala suke sebab balik2 je dah ada makan.. pastu dorang puji "waaa, sedapnyer!!! memang suri rumah yang berjaya.." emm well tengokla sape masak.. saya, Chef Comot.. dengan hidung kembang kempisnyer tersenyum bangga.. haha.. ehh mestila kena pandai masak, ni baru housemates.. balik2 penat hepi tengok saya dah masak, sedap pulak tu.. apalagi kalu suami saya yang balik, penat2 keje balik tengok dah ada makan, pastu puji lak sedap.. waaaa... hati sape tak kembang, hahaha... dapat pahala... suka hati bila kita masak orang makan.. sebab penat masak.. tengok orang makan habis licin, sape tak suke.. hilang penat masak tadi... gembira hati.. camtula kalu suami balik tengok dah ada makan.. nak2 pulak kita senyum tengok dia balik, terus hilang penat keje dia tu.. same je konsepnye. so kalu isteri masak sedap, pujila cakap "sedap awak masak" at least cakap "tq" pun takpe sebab mungkin ucapan tu nampak kecik atau remeh pada orang lelaki tapi bagi perempuan sangat besar perhargaan ucapan tu, tambah pula dari seorang suami atau orang yang kita sayang...


so pas kitaorang abes makan main course ada desert lak.. semalam kak yana ngan izza beli.. Jamaica Chocolate Cheese Cake, so bertambah sedap makan tadi.. emm yummy!!! pastu di tambah pula minum air Green Tea dengan madu, menambahkan kesedapan makan tengahhari ni..


Alhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Allah atas kurniaan rezeki.. dapat kami makan lagi pada arini, sedap2 pula tu.. ermm syukurnya padaMu ya Allah...^-^

Wednesday, November 19, 2008

bila musim mula berubah...

Errr.. rasanya dah hampir sebulan lebih saya demam.. surut.. demam.. surut.. errmm yang pasti.. badan ni tak tahan dengan perubahan cuaca.. setiap kali pertukaran musim mesti saya demam.. dari tahun lepas kali pertama menjejakkan kaki di Adelaide waktu pertukaran autumn nak masuk winter... winter-spring, spring-summer, summer-autumn, autumn-winter.. selalunya tak lepas dari demam atau paling kurang selsema... walaupun dah setahun setengah kat sini masih lagi tak dapat adapt dengan season interchange (entah, betul ke? sesekati je bantai, err saya tak tau la word sebenar dalam Inggeris, ntah.. betul la tu kot).


semalam.. pas soklan aisemen yang di develop sendiri hasil perbincangan dengan kak yana and baby bear (credit to them) akhirnya di approved oleh pensyarah.. alhamdulillah.. saya pun punya excited buat draft context sebab kalu tak approve saya memang takleh proceed the assignment.. so semalaman saya tak tido untuk menyiapkan aisemen ni by jumaat, insyAllah, semoga Allah permudahkan urusan saya.

bila demam ni, ramaila insan2 tersayang yang concern suh saya minum air kosong banyak2, minum teh oolong, rehatkan badan, jangan tension sangat dengan aisemen, jaga diri baik-baik agar saya tak jatuh sakit makin teruk, alhamdulillah saya buat sume yang disuruh tu walapun dengan hati yang terpaksa, hihi..;))


air kosong, saya sangatla susah nak minum air kosong sebab mungkin terkesan kisah waktu zaman bersekolah rendah dulu, seingat saya beberapa orang je yang tau kenapa saya tak suka minum, bila dorang tau.. lagi suh saya minum sebab tu kisah lama, air sekarang dah ok.. takyah risau, dorang kata.. emm ingat lagi waktu darjah dua (alhamdulillah diberi ingatan yang kuat, buleh ingat memori2 silam yg berpuluh2 tahun ni) waktu dulu zaman susah.. jadi duit belanja hanya seringgit, tambang pergi balik 60 sen, tinggal 40sen nasi goreng 30sen tinggal 10sen. air yg dijual di kantin berharga 20sen, jadi tak cukup lagi 10sen. so takde pilihan melainkan minum air paip... saya pun minum air paip, masyaAllah masuk je air dalam mulut terasa berkaratnya air tu, sampai balik rumah masih terasa.. err psiko kot, sampai sekarang kalu minum air kosong masih terasa2 karat air paip yang pernah saya minum waktu itu... tapi saya minum juga sebab mesti kena minum air.. masyaAllah, alhamdulillah saya bersyukurnya kerana hidup saya sekarang tidak seperti dulu..senang.. mewah.. tapi kan.. selalu kita lupa bila dah senang.. untuk mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan... errmm mudahnya kita lupa...


bila saya terkenang kisah dulu.. memang pahit.. susahnya hidup waktu dulu, nak beli air minum pun tak cukup duit tapi jika nak dibanding dengan kisah mama abah saya atau datuk nenek saya, atau opah saya memang tak terbanding susah dorang.. saya pernah ingat dulu waktu sekolah menengah, waktu tu mama abah dah senang skit... mama cakap waktu makan malam.. dia senyum tengok kami adik beradik berlima makan ayam goreng dan sambal udang yang dia masak.. pastu dia cakap.. "dulu.. mama tak pernah rasa dapat makan ayam, udang ke.. sebab atuk nenek orang susah.. takde duit nak beli.. sebab mama dulu tak dapat makan.. biarla anak-anak mama rasa apa yang mama tak pernah rasa, biarla korang makan sedap-sedap sebab mama tak mahu simpan duit beribu-ribu tapi bagi anak makan berkira-kira.."

mama diam kemudian menyambung "dulu.. kalu korang nak tahu.. mama punya teringin nak makan cendol yang berharga 50 sen, tula tambang bas mama, takde duit lagi mama dah, jadi mama jalan kaki sejauh 10 km dari sekolah ke rumah, pastu balik, jerang nasi, masak lauk, bagi adik2 makan, nenek atuk berkedai.. pastu lepas masak, mama basuh kain kat sungai, merendek2 bawa kain kotor adik beradik mama 7 orang, pastu mama kena berkedai pulak, nenek dah letih seharian, jadi bila masa mama nak baca buku.. seharian keje, mama dah letih terus tido.. rezeki mama, lulus spm dapat keje elok skit.." saya lihat wajahnya seperti nak nangis," korang belajarla rajin2.. kalu senang orang pandang, kalu miskin takde sape pun yang bantu.. nanti korang dah senang mewah, bukan mama yang dapat senang tu.. korang juga yang dapat.. mama tumpang gembira je" saya, bila dengar mama cakap camtu, terasa pilunya hati saya.. sayu sangat... terlalu sayu, tak tergambar dengan perkataan... dengan perlahan-lahan saya mengunyah nasi di dalam mulut, dengan peritnya menelan masuk ke keronkong.. tanpa saya sedari menitis air mata dalam pinggan tu, mujur adik beradik saya tak nampak.. pastu saya kesat mata buat-buat cam masuk habuk.. sebab tu je cara buleh distract dorang dari nampak saya menangis, menahan hiba di hati..

kisah ini.. hanya sekelumit kisah-kisah hidup orang-orang dahulu.. belum lagi menyelusuri kisah perjuangan para pecinta agama, para nabi dan rasul, para siddiqin, salafus soleh yang melalui rintangan, halangan, kesusahan dan keperitan yang mereka tanggung, dicaci, diherdik, diperlekeh, dihalau dari kampung halaman sendiri, tanpa harta dan anak isteri kerana menegakkan agama, menyelamatkan iman, berbuat amal hanya kerana Allah dan Rasul.. tidak terbanding.


memang.. kebenaran itu selalunya pahit.. berat sekali jari jemari saya untuk menulis kerana terlalu pahit kebenaran itu.. tetapi itu bukan alasan untuk mendiamkan diri.. kerana itu orang lebih suka cerita khayalan yang indah, membayangkan hidup yang mewah, masa dihabiskan untuk bersenang-senang, pengakhiran yang bahagia, sehingga sukar sekali untuk menerima cerita-cerita yang tidak menyeronokkan, tapi.. kita harus terima hakikat.. hidup ini realiti, berpijak di dunia nyata.. tidak ada satu cerita pun di bumi ini jika tidak di sulami kesedihan, kekecewaan, kesusahan, keperitan, kejatuhan, keruntuhan di sebalik kegembiraan, kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan kerana.. setiap kisah.. setiap cerita.. pasti ada pengajaran dan pelajaran, untuk mengajar agar kita belajar.. belajar dari orang-orang terdahulu, cerita-cerita dahulu, kisah-kisah dahulu yang kita gelar sejarah.. namun.. sejarah itu menbentuk kita pada hari ini.. teladan dan sempadan..agar kita belajar darinya, tidak mengulangi kesilapan yang dulu, agar kehidupan yang dibina kini lebih baik dan menjadikan kita insan lebih baik...

Betul kata orang.. kalau merasai susah baru kita tahu erti menghargai... dan kerana itulah saya menjadi seorang yang sangat menghargai.. alhamdulillah, saya bersyukur dengan setiap apa yang Allah kurniakan kepada saya, kerana betapa susahnya saya untuk mendapatkan sesuatu yang saya mahu dan harap.. apabila dikurniakan ia pada saya di depan mata insyaAllah, pastilah.. saya hargai, saya jaga, dan saya sayang kurniaan Allah ini ibarat permata.. kukuh ia di dalam hati... Lillahi Taala.

ikhlas,
noorhayati

bidadari...



masih segar di ingatan
kali pertama berdepan
mataku bertentang matanya
umpama bidadari dari syurga... oh! dia
terus dari saat itu
cinta mekar dan berpadu
ku rela korbankan nyawa semata untuknya
namun aku diperdua

sukar 'tuk ku percaya
dia sanggup berdusta
pada insan yang lama
menyintanya separuh nyawa
bagaimana terjadi
apabila bidadari
bisa meranapkan hati ini

dan dia kata padaku
ku tak lagi dia perlu
pada waktu cincin di dalam genggamanku
hajat terbeku...oh!

dia sanggup berdusta
setelah sekian lama
aku menyinta

bagaimana terjadi
apabila bidadari
bisa meranapkan hati ini

oh! dengarkanlah wahai bidadari
seandainya kau sudi
walaupun kau tak mungkin lagi
cinta diri ini
daku hanya mahu kau tahu
setiap malam kau ku rindu
walaupun terluka kau masih ku cinta

sukar 'tuk ku percaya
dia sanggup berdusta
pada insan yang lama
menyintanya separuh nyawa
bagaimana terjadi
apabila bidadari
bisa meranapkan hati ini

bila bidadari meranap hati ini
kau meranapkan hati
oh! bidadari

Ooo kitty... bidadari angah, kitty gemuk kesayangan angah... mengapa kitty?? mengapa sanggup meninggalkan angah selama 1 tahun setengah angah di Ostolia (sape tinggalkan sape ni?) setelah sekian lama angah menyayangimu kitty.. mengapa kitty... mengapa tergamak engkau meranapkan hati angah ni setelah 4 tahun lebih angah menjagamu sepenuh hati.. memandikanmu, membersihkan telingamu, memotong kukumu, membawamu ke klinik apabila engkau sakit,bergurau denganmu bila engkau mengajak bergurau.. (oit kitty penatla angah main kejar-kejar dengan ko, semput tau tak??) memberus bulumu yang fluffy itu, membalut lukamu bila engkau bergaduh, menidurkanmu di malam hari, menenangkanmu di kala engkau ketakutan, memberi makan bila engkau mengesel manja..(susah nak dengar suara dia, macam ada emas dalam mulut), memanjakanmu bila orang sume malas nak layan...

sampainya hatimu kitty... tak mengapala kitty.. angah hanya mahu kau tahu setiap malam kau angah rindu... walaupun terluka (gurau2 manja sampai luka lengan) kau masih angah sayang... nantikan kepulangan angah tahun depan ye kitty... (mode: sakit kronik rindu kitty dan nak balik mesia, hihi;))

ps: setiap kali call umah sejak tahun lepas, selalunya acu akan jawab;
saya: assalamualaikum acu.. ko sihat? dah makan? eerrmm kitty mana kitty? angah rindula...
acu: sihat, dah makan, eeeiiii angah ni kan.. asek2 kalu tepon bukan nak tanya acu.. kitty dulu yang angah tanya.. tak rindu acu ke??
saya: ehhh mestila rindu acu... eermmm kitty mana kitty? ambik dia jap, tengok muka dia jadila..
acu: eeeeeiiii angah ni..
saya:hihi.... ^-^!!~~

moral: kalu sayang haiwan kesayangan sebegini rupa, apa lagi pada insan2 tersayang kan... ^-^

saya comot, 5:00 pagi, Ostolia (Australia)

Tuesday, November 18, 2008

nak balik...


Jam dah menunjukkan pukul 9.45 malam... saya masih memandang keyboard laptop dengan pandangan kosong... heerrmm.. berada di dalam "twilight zone mood" menjadikan saya seperti kaku, beku, baca penulisan sendiri pun hambar, busan.. mungkin sebab rasa nak balik mesia sangat kot, dengar budak2 sini dah ramai yang balik mesia.. sedang kaki masih memijak karpet hijau di rumah bernombor 125, brooklyn park ni..

errrmm mungkinla kot.. besnyer dapat jumpa balik insan-insan tersayang yang sangat-sangat saya rindu.. tak sabar rasanya nak jumpa.. ermm camtu saya kena cepat abeskan project dan aisemen saya tu.. huu apsal la jari jemari saya ni berat na nak menulis aisemen yang hnya berjumlah 2500 perkataan.. insyaAllah yati, ko buleh buat.. jangan lemah semangat.. Allah ada... yang sentiasa ada melihat saya.. setia bersama saya setiap saat dan masa.. Ya Allah tolongla aku ya Allah, sungguh berat ku rasakan sekarang..

huuuu, nak balik....=( sob sob...

Saturday, November 15, 2008

Percaya...




Takde mood, moodi.. tensi mensi.. stress press.. apa juala yang seangkatan dengannya.. entahla.. mungkin terlalu memikir, dapat ke saya siapkan project akhir dan buleh ke saya grad akhir tahun ni.. MasyaAllah, hanya Allah je tahu perasaan saya, bagaimana beratnya saya mengalas segunung harapan daripada insan-insan tersayang agar dapat saya grad akhir tahun. Sape yang tak nak grad, terpancar wajah-wajah kesayangan termasuk kitty gemuk gembira bila mendengar berita saya dah dapat ijazah.. dapat melihat mama tersenyum bangga apabila saya berjalan di atas pentas menerima ijazah adalah harapan saya, sangatla saya harapkan agar tertebus segala penat lelah dia membesarkan saya, membayarkan yuran pengajian dan kehidupan di sini dengan duit simpanannya agar saya memperoleh pekerjaan yang baik, kehidupan yang baik dan bakal suami yang baik, insyaAllah.. itu pesannya setelah baru sebentar tadi bercakap dengannya call melalui ym. InsyaAllah mama, angah balas segala pengorbanan mama walau tak terbalas dengan kata-kata manis, ucapan terima kasih, wang ringgit, pangkat tinggi melangit, namun selagi apa yang buleh membuat mama gembira, pasti angah akan lakukan, sedaya yang angah mampu dengan izin Allah... tak mahu air mata mama menitis lagi...

setanggi syurga.. antara lagu feveret saya di kala hati gundah gulana, saya teringat 3 tahun dulu, dari um ke shah alam, naik putra lrt, then komuter, then bas ke umah mak andak.. waktu saya pasang lagu ni, punyala saya berada kat dunia saya sendiri, tengah terfikir nikmat-nikmat yang Allah beri pada saya, segala dosa yang saya buat, dan betapa sayangnya Allah pada saya... walaupun saya ni selalu buat dosa, solat patuk-patuk ayam, bacaan dalam solat just lafaz atau masuk dalam hati? pegi surau nak tunjuk kat orang ke atau ikhlas kerana Allah? zikir skit2, istighfar jarang sekali, ngaji 2-3 helai je setiap hari, ,doa pun just cam rutin ntah faham ke tak, buat baik dengan orang pun tak banyak, sedekah pun berkira-kira, tapi walaupun camtu sekali lalainya saya, tapi Allah masih sayangkan saya, kasihkan saya, Dia perkenan doa saya, Dia beri apa yang saya minta, Dia tunai segala kehendak saya, Dia penuhi segala harapan saya...

herrmm tak malu ke saya?? huuu malu.. malu sangat kadang tak tau mana nak letak muka, biasa kita ni malu dengan manusia kalu nak buat benda-benda jahat, tapi tak malu lak dengan Allah?? astaghfirullah tengah-tengah fikir tu tak sedar pun saya picit loceng then kuar dari bas, terus lintas jalan then baru nak menyeberang jambatan kecik jalan short cut ke rumahnya.. hampir saja terjatuh kat longkang besar tu sebab tak sedar mana kaki saya ni berpijak, main jaaaalan je.. jambatan depan mata pun tak nampak.. waktu tu tengah hujan turun renyai2.. tanpa saya sedar air mata saya pun turun menitis bersama air hujan tu.. sedih, pilu, dengan segala perbuatan saya selama bernafas dan bernyawa 23 tahun ni.. sampai umah mak andak, buat muka cam takde apa2.. salam sume orang terus naik atas, solat asar penuh dengan kekesalan dan penyesalan... waku tu barula nak khusyuk pun.. ala hai...nape la saya main-main je kat dunia ni sedang perkara besar menanti di akhirat nanti... huuh!! takutnya nak tempuh mati, alam barzakh, alam akhirat, syurga atau neraka.. terasa gelap pandangan saya sebentar tadi..

namun... bila terkenang rahmatNya, janji Allah yang tidak pernah Dia mungkiri... memberi kembali semangat yang kian luluh... jiwa yang makin lemah.. diri yang hampir rebah... kerana percaya dan yakin dengan janji Allah dan dengan apa yang ada di dalam kekuasaanNya, saya memohon pertolonganNya kerana hanya Allah sahaja yang buleh menolong saya di saat manusia tidak daya dan kuasa untuk sume ini. Betapa berat susah dan payah yang saya tanggungi sekarang hanya Allah yang tahu dan Dia saja dapat menolong.. Ya Allah, tolongla aku, kerana tiada yang dapat menolong aku melainkan Engkau, sesungguhnya Engkau sebaik-baik Penolong, maka tolongla aku.. amiin Ya Robb... sungguh Engkau Pengasih dan Penyayang... errmmm tenang hati saya...=)

saya comot, 4.10 pagi

Thursday, November 13, 2008

Melodi hati...


Ya Allah... Engkaulah.. Tuhanku yang Pengasih
Ya Allah... Engkaulah.. Tuhanku yang Penyayang
kepadaMu Ya Allah.. aku merintih
hanya Engkau Mendengar agar jiwaku tenang

Ya Allah... aku berdoa
ku memohon... keampunanMu
sungguh Engkau Pengampun akan dosa
maka ampunkanla dosaku

Ya Allah.. Ya Tuhanku
ku rindu padaMu
Ya Allah.. Ya Tuhanku
Engkaulah penghibur hatiku
Ya Allah.. Ya Tuhanku
penawar dukaku

Ya Allah... Engkau melihat keadaanku ini
kerana hanya Engkau tempat merayu
Ya Allah... padamu aku menyerahkan diri
kerana hanya Engkau tempat mengadu

Alhamdulillah segala puji atas segala nikmatMu
Maafkanlah atas kelalaianku dengan nikmat yang Engkau beri
jangan kerana nikmat pemberianMu melekakan aku
malah menjadikan aku lebih mensyukuri...

noorhayati
13 November 2008, 2.12 pagi.

Wednesday, November 12, 2008

The Rose



Some say love it is a river
that drowns the tender reed
Some say love it is a razor
that leaves your soul to bleed

Some say love it is a hunger
an endless aching need
I say love it is a flower
and you its only seed

It's the heart afraid of breaking that never learns to dance
It's the dream afraid of waking that never takes the chance
It's the one who won't be taken who cannot seem to give
and the soul afraid of dying that never learns to live

When the night has been too lonely
and the road has been too long
and you think that love is only
for the lucky and the strong

Just remember in the winter far beneath the bitter snows
lies the seed
that with the sun's love
in the spring
becomes the rose...


herrmm, what a memory... terimbau fikiran saya ni ke masa lampau... kali pertama mendengar lagu ni sejak 8 tahun yang lalu. Itu pun dimainkan secara piano instrumental... waktu tu tau tajuk je The Rose tapi tak penah tau ia adalah sebuah lagu yang mempunyai lirik. Ingatkan ia hanya semata lagu instrumental seperti lagu2 instrumental yang lain. Tetiba terasa hati ni sayu, taipla tajuk The Rose kat youtube.. ooo rupanya ia sebuah lagu.. yang dinyanyikan oleh Bette Midler, dipopularkan kembali oleh Westlife dengan nafas yang baru. tapi saya pilih nyanyian semula oleh Teshima Aoi penyanyi femes di Jepun sebab klip yang dibuat oleh gaudi717 kat youtube ni sangat menepati liriknya.. perhatikan klip videonya syncronise dgn lirik:) pandai orang ni buat... two thumbs untuk dia (walaupun dia tak tau ada orang yang appreciate hasil kejenye, tapi takpe2 saya ikhlas puji ni, so takyahla dia tau kan, hihi) emm waktu membaca bait-bait liriknya.. waaa sgt inspiring, terpesona sekejap dengan cantiknya susunan patah-patah perkataan dan kedalaman maknanya... Ia bukan sekadar lagu.. tapi cerminan kehidupan dalam hidup seharian... herrmm menarik.. saya membaca lagi liriknya agar dapat mentafsir maksud yang tersirat... eerrr... tafsirla sendiri...