Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Tuesday, March 31, 2009

Ketulusan Hati



Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya...




Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah

Di dunia yang sarat godaan
Ku mohon dosaku ampunkan
Ingin bahagia dunia akhirat
Turunkan rahmat-MU untukku

Ya Allah redhai ketulusan hati
Ya Allah beri aku ketabahan
Ya Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Ya Allah...

tadi baru lepas masak, rehat jap sebab perut yang tak selesa, sambil tu mecari kat youtube lagu tema drama indonesia tajuk Aqso dan Madina yang acu, adik bongsu saya suka tengok tiap-tiap isnin-hingga jumaat (ye kot). Cari2 takde pun video klip tapi adalah lagunya yang bertajuk ketulusan hati.. cari-cari kuar lagu anuar zain, eh eh tajuk sama ehh? pastu dengarla lagunyer... sedap jugak.. pastu acu yang lalu di belakang bertanya " ehh angah baru tau ke lagu ni? lagu ni dah lama la.." saya menjawab ngan lampinyer " iye? dah lama ehh?? hihi mana angah tau.. ko pun tau angah ni tak tau lagu-lagu sekarang ni" acu jawab.. "ermm angah memang lampi! hehe"

pastu dengar lagu ketulusan dari marshanda pulak.. " ehh bes jugak lagu ni, lirik dia simple tapi bagus, Islamic n rasa nak nangis pulak sebab memang kena dengan diri.. ye la dalam menempuh hari-hari yang mendatang, dalam membuat sesuatu keputusan penting, ada harga yang perlu dibayar, ada pengorbanan yang harus dilakukan... (hati saya bercakap sendiri) termenung sekejap... bukan sekejap lama... berfikir panjang sampai terlelap kat depam komputer sambil memegang cawan milo yang masih ada separuh.." hurmmm

sebabkan dua-dua lagu yang tajuknyer sama ni bes, saya letak kat dalam dalam blog... so pasni takyah cari lagi..

saya tujukan lagu ini untuk sesape saja yang terasa lagu ni saya tujukan untuknya... terimalah.. ketulusan hati.

Sunday, March 22, 2009

walking in the evening...

Petang itu... saya berjalan perlahan-lahan seorang diri di kawasan berbukit sambil memerhati permandangan yang menyegarkan mata dengan menghirup udara yang bersih... melalui jalan tar yang berbukit-bukit, di kirinya penuh dengan rumah-rumah English yang comel berderet di lereng bukit dan di sebelah kanannya dipenuhi pokok-pokok pine yang tinggi dan hijau.. emm terasa terang mata yang kabur ni bila memandang sumenye hijau kat sini... entah berapa lama saya berjalan sehingga terasa lenguh kaki tapi gagahkan juga kerana ingin sampai ke tempat biasa sebelum malam menjelang...

Sambil berjalan tu, menyapa beberapa penduduk tempatan yang sememangnya rajin menegur tak kira siapa pun yang mereka temui tambah-tambah orang asing seperti saya ni.. lagila obvious dorang nak tegur... emm waktu tengok orang-orang yang amek angin, adala couple tua2 sambil pegang tangan waktu jalan.. tua-tua pun pegang tangankan.. (ermm romantiknya dorang ni...) jarang la tengok pasangan tua kat mesia buat macam tu.. takpe!! nanti saya dah tua saya pegang tangan suami saya macam tu jugak!! hihi ^-^.

oo sambung balik... pastu saya jalan lagi nampak pulak sepasang suami isteri yang membawa stroller sambil bergurau-gurau dengan anak yang didukung oleh suaminya, so mestile stroller yang isteri dia pegang tu kosongkan... ehh tak kosong.. ada baby rupanya, hihi... silap arrrr!! malu2!! (uiihhh comelnyer baby tu tido!! siap hisap jari lagi, hihi) pastu nampak pula seorang remaja lelaki yang berjalan sorang diri.. errr samala macam saya tapi bezanya dia ada anjing untuk menemani.. uuihhh besarnya anjing dia!! bulu tebal lak tu... ada setinggi pinggang saya gamaknya.. (actually saya yang ketot, hihi)

Pastu melambai-lambai satu famili bersama anak-anak yang duduk berehat di laman rumah sambil minum petang, tea time!! (ermm bahagianya famili ni) pastu nampak pulak sepasang adik beradik yang menaiki basikal sesama, abang bawa basikal adik perempuan dia yang bonceng... uuiihhh sweetnyer adik beradik ni.. (balik umah mesti gaduh gak ni, hehe) pastu jalan lagi nampak dua orang pemuda yang berjiran sebelah menyebelah bersembang sambil membelek-belek kereta yang ada di tepi mereka (ermm lelaki, mesti sembang pasal kereta ni, kereta baru kot...)

pastu... jalan depan lagi nampak pulak sepasang suami isteri dalam 30-an sama-sama mengemas garden yang memang sedia lawa.. (nak kemas apa lagi ehhh??) nampak suami dia mengerat2 batang ros while isteri dia tengah letak anak pokok n ratakan tanah tu.. then tetiba nampak sorang budak kecik amek scope mengorek2 tanah yang mak dia ratakan cantik2 tadi... nak tolong tapi sebenarnya menyusahkan lagi...(haha, ni la dikatakan tikus yang membaiki labu) ermmm terhiburnya hati bila tengok ragam manusia yang berbeza... setiap hari pasti berubah... tidak ada yang sama.. anyway tengok orang-orang ni bulehla jugak distract saya dari merasa kaki yang semakin lenguh...


errr jap!! terdiam sekejap saya kat tepi jalan tu.. tetiba terasa sayu kat dalam hati... errr saya jalan sorang-sorangla.. takde orang teman pun.... ermmm takpela... hati saya memujuk lalu meneruskan perjalanan ke bukit yang tak bape tinggi.. sampai-sampai je saya terus duduk sambil memandang view yang sangat menenangkan mata yang memandang.. errrmmm nyamannya udara kat sini... memandang segenap ruang dan sudut yang buleh dicapai oleh mata yang kecil ni.... Subhanallah, cantiknya tempat ni.... kini saya seorang diri.. setelah puas bertemu dengan berbagai manusia sebentar tadi... kini sunyi... sepi.. tenang.. ditemani hanya.. rumput hijau yang panjang.. bukit-bukit tinggi yang menghijau.... rumah2 yang kecil dari pandangan mata... bunga2 liar yang hidup subur di atas rumput.. langit biru yang tinggi.... awan cerah bertompok-tompok putih.... lama saya memandang... mendengar bunyi burung berkicau-kicau, saya tertawa sendirian kerana comel je mereka bengurau sesama mereka... ermm betapa besarnya Allah... hebatnya Allah menjadikan semua ini... rasa kagum dengan kehebatan Pencipta... rasa tenang di hati... rasa amat tenteram seperti tiada masalah yang berlaku, lari dari dunia kota menyesak perasaan...


My prayers, my breath, my life and my death are all for you
None but you, only you, ya Allah

Every second I live, every penny I give
Is just for you
Every breathe I breath, every trace I leave
Is just for you

In all my fears, in all my tears
I'm calling you
In all my shame, in all my pain
I'm calling you

Through the night I pray, and I'm seeking your way
And it's just for you
When I shed a tear, I know you're near
And it's just for you

Hayati wa mauti wa ruhi wa dammi ilaika ya Rabbi
Anabtu ilaik laja'tu ilaik, ya Allah

My life and my death, my soul and my blood
They're all for you my Lord
I turn to You, I submit to You, my Lord

................ lama saya mendiamkan diri... tanpa disedari.. air mata membasahi pipi.... alhamdulillah.. syukur Ya Allah di atas pemberian Rahmat, hidayah dan ketenangan hati yang diberi setelah sarat fikiran dihimpit duka... namun titisan air mata tidak dapat dibendung, saya menangis teresak-esak... setelah diri terasa tak bermaya melalui ujian hidup yang sangat menekan... rupanya masih ada yang sayangkan saya, kekal menemani saya di kala saya keseorangan, kesunyian, kebingungan dalam meneruskan hidup yang tersisa ni...

setelah mengambil sedikit masa untuk reda dari tangis yang panjang.. saya bertasbih memuji Allah dan mengucapkan syukur kepadaNya, lama memerhati permandangan yang tidak akan dapat saya lihat lagi selepas ini... lalu saya bangun beransur kerana petang sudah hampir melabuhkan tirai... bergegas pulang untuk mengerjakan solat Maghrib yang cepat abes waktunya...

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (pelita), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "
An Nur ayat 35

Saturday, March 21, 2009

lagu meriam??

Semalam, bila dengar musik instrumental tajuknya Canon in D yang bertaraf masterpiece di dalam arena musik klasik. Canon in D adalah salah satu karya hebat manusia ciptaan Allah bernama Johann Pachelbel, jadi tentunya Pencipta manusia itu sendiri ternyata lagi hebat! Pachelbel sorang komposer setanding Mozart, Beethoven, Bach, Schumann, Vivaldi, Schubert, Haydn, Brahms, dan ramai lagi... bagi yang bukan penggemar musik intrumental begini, mesti tak memahami apa yang besnyer musik2 sebegini, hanya mengantukkan, boring, rasa nak tertido bla, bla, bla.. tapi bagi penggemar musik instrumental, ia bukan sekadar musik yang sedap didengar telinga tapi juga cerminan hidup yang pasti ada penghujung... (tak paham? takpe, buat2 faham jer..) walau sehebat mana pun insan2 hebat sebegini pasti.. mati juga akhirnya...

So pastu tanpa melengahkan masa saya terus berazam untuk belajar and try main dengan menggunakan elektronic keyboard walaupun tahu arrangement ni sangat2 susah kerana ia mengunakan D major dan bukannya C major. Apa bezanya D dan C major? bezanya D Major ada 2 sharps, iaitu F# and C# sedangkan C Major takde sharps atau flats. Scales D major ialah: D,E,F#,G,A,B,C#D sedang C major seperti ini, D,E,F,G,A,B,C (faham ke? ntah saya sendiri tak tahu nak explain, sbb saya femes as seorang tak pandai menerangkan sesuatu, hihi.. seperti bese) D major ni sangat jarang digunakan dalam arrangement sesuatu music kerana ia menggunakan banyak left hand part berbanding right hand jika menggunakan piano atau strings instruments such as violin, cello atau guitar unless mengunakan C major kerana ia lebih mudah untuk belajar.



so dengan tekadnya saya print out music sheet ni n bersusah payah bawa keyboard naik atas sebab nak tengok examples cikgu2 yg mengajar dalam youtube n ikut cara dorang. Memandangkan Canon ni banyak variations so saya pilih yg hampir sama n mudah so takdela pening kepala bila nak ikut.. pastu terus la ikut berdasarkan sheet yang ada n cikgu2 yang ajar dalam youtube ni... ada 5-or 6 parts dalam musik ni... untuk 1st n 2nd parts je saya amek masa dari kul 11 hingga 3.50 pagi untuk belajar... huuu mak aaiihhh susahnyer!! nak kena belajar bahagian tangan kiri dulu baru buleh proceed yang kanan... errmm memang memerlukan usaha dan sabar.. kalu tak sabar memang give up tengah jalan.. pastu otak pun dah berat.. pastu flat.. nantok.. tido arr sebelum masuk subuh kang terlajak seperti selalu..

so esokla sambung... tak larat...

pengajaran: hidup ni bukan mudah, jadi tiada jalan pintas ke Syurga...

~~manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung~~

Sunday, March 15, 2009

ku memandang...



memandang di kanan.. di kiri ku
putih.. sunyi.. kosong...
yang ada hanya jalan lurus.. panjang...
di hadapanku..

aku berdiri di atas jalan berturap hitam
memandang lagi di kiri kanan
dipenuhi salji yang memutih
sunyi.. tenang.. kosong..
yang ada hanya hembusan angin
menerpa ke mukaku, dingin...
tetapi ada tenteram terasa di jiwa

menundukkan mukaku,
memandang kaki yang tetap
diam di tempat aku berdiri
tidak beranjak ke depan
dan tidak pula berundur ke belakang

mengangkat mukaku
masih memandang di hadapan
di kiri kanan ku penuh salji yang memutih
pohon-pohon kering botak tidak berdaun
kaku, diam tidak bergerak..
yang ada hanya deruan angin
menghembus ke mukaku
sejuk.. namun ada nyaman di sanubari

ku memandang lagi di hadapan
meliar mataku memandang putihan salji
sunyi.. kosong.. seperti tidak hidup..
angin menyapa terasa di muka
aku mengusap muka yang dingin
dengan harapan masih ada hangat yang tersisa

ku meramas-ramas jari jemari
memeluk tubuh yang kaku
baju tebal yang dipakai masih...
tidak dapat menghapuskan kedinginan itu
terdengar derapan kakiku yang memijak-mijak salji
agar tidak kebas, tidak beku digigit sejuk...

ku memandang di hadapan
jalan lurus.. panjang.. kosong...
yang tidak aku tahu pengakhirannya..
memandang ke kiri kananku
salji tebal memutih, putih...
aku memandang penuh kesayuan... kerinduan...
pastiku merindui daerah ini...

memandang di hadapan kiri kananku
ku menarik nafas panjang... dalam...
menghembusnya dengan keluhan berat...
seberat hati yang merasa..
hiba rasa untuk meninggalkan...

ku memandang lagi di hadapan
kiri kananku, lama...
sunyi.. kosong.. membawa hembusan angin dingin
yang menerpa ke mukaku, tenang...
setenang hati yang merasa..
kedengaran derapan
tapak-tapak kaki yang berjalan

ku melangkah ke hadapan, perlahan-lahan...

nukilan
noorhayati @ sayacomot

Sunday, March 8, 2009

errr.. tak tahu la...


Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

petang tadi... saya tertonton satu rancangan berbentuk forum pasal Maulidur Rasul yang di sambut esok oleh umat Islam seluruh dunia. di awal rancangan, mereka menemubual beberapa orang Melayu yang pastinya Islam, soalan yang mereka tanya

"bilakah tarikh lahir Nabi Muhammad SAW?"


"errr, aaa.. saya tak tahu la...",
"ermm bila nabi lahir? errr alamak tak ingat, tu waktu sekolah dulu-dulu penah baca...",
" errr hari Isnin, Tahun Gajah...",
"errr tak ingatlah, astaghfirullah malunya tak ingat...",
"aaa 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah..",
"ermm bila? err tak tahula, waktu sekolah penah belajar...",
"errr, tak tahu..."
"alaa.. saya tak ingat.. bila ekk?",
" haaa? errr saya tak tahu..."

setelah abes soalan itu ditanya, saya melihat panel-panel yang dijemput itu, menggeleng kepala... "mereka memberi komen " saya dah mengagak jawapan yang dijawab tadi...", "saya tak terkejut dengan jawapan yang diberi..." rancangan itu saya tonton sehingga akhir.

Sewaktu jawapan-jawapan yang diberi oleh saudara/ri seaqidah saya, air mata saya bergenang lalu menitis perlahan-lahan, sedih.. sayu.. kerana itu bukan jawapan yang sepatutnya saya dengari dari bibir-bibir yang bergelar orang-orang Muslim. Tarikh lahir Nabi Muhammad SAW, tarikh lahir insan besar, junjungan agung, seorang Nabi dan Rasul yang membawa risalah Islam kepada kita orang-orang Islam, yang akan memberi syafaat kepada kita akhirat nanti... ya Allah, betapa malu dan hibanya saya bila mendengar jawapan sedemikian rupa...

saya akui, dulu saya juga di tempat mereka... tak tahu tentang agama saya, jahil tentang agama sendiri, namun sampai bila saya akan berada di tempat itu? sampai bila saya mesti tak tahu? Nama je Islam, tapi tak tahu bende!! saya bukan bersekolah agama, hanya bersekolah aliran Inggeris yang dipenuhi bangsa-bangsa bukan Melayu, berbelas-belas tahun saya bersekolah aliran sekular jadi kebanyakkan kawan-kawan saya berlainan agama dan bangsa, bila mereka tanya saya kerana ingin tahu lebih lanjut tentang agama Islam, "yati, apa itu Islam,? shahadah tu apa? yati, mengapa orang Islam mesti solat? tapi kenapa saya tengok ada je yang tak solat? Orang lelaki kena Solat Jumaat kan but why saya nampak ada yang tak pegi? hayati, kenapa kamu mesti puasa? kenapa hanya dalam bulan Ramadhan? Kata puasa dari pagi sampai senja tapi saya nampak ada je yang tak puasa? buleh ke macam tu? Yati, kenapa orang perempuan kena tutup kepala? Orang perempuan mesti pakai tudung isn't it? tapi saya tengok ada je tak pakai, kenapa macam tu? Apa itu haji? Mengapa ada Kaabah? Siapa Nabi Kamu? Muhammad itu tak sama ke dengan Jesus? Mengapa Islam tak sama dengan agama Kristian? Agama kamu begini, begitu? etc.... bertubi-tubi soalan yang ditanyakan kepada saya saban hari sewaktu di sekolah dahulu sehinggakan saya bingung untuk menjawabnya kerana.... saya tak tahu!!

alangkah malunya waktu itu, kerana soalan basic yang sepatutnya seorang Islam tahu jawapannya. Mana saya buleh jawab, saya jawab... namun kebanyakkan soalan yang ditanya itu, tak mampu saya jawab. Oleh kerana terlalu malu dengan jawapan tak tahu (malu dengan diri sendiri) saya mula membuka mata, kembali mencari diri sendiri, bukan sekadar mempunyai nama seorang Islam, beragama Islam tapi apa Islam sebenar yang diturunkan Allah SWT melalui Al Quran, dan dibawa oleh Rasululllah SAW yang saya pegang sehingga kini, InsyaAllah. Saya dipenuhi salah dan dosa, penuh noda dan karat sepanjang hayat ini. Moga Allah mengampunkan dosa saya, tetapkan iman saya, luruskan jalan saya dan juga kepada seluruh ummah. Alhamdulillah saya bersyukur atas hidayah yang diberikanNya kepada saya...

Sampai sekarang saya memikir, memikirkan macam mana orang bukan Islam nak respect kita orang Islam kerana kita sendiri yang merendahkan agama kita di hadapan mata mereka... entahlah, termenung saya...

Friday, March 6, 2009

emm bingung... bingung...

Emm entahla, nape ntah hati ni tak tenang... tadi ok skarang tak ok.. pastu rasa macam nak marah.. pastu rasa tak tenteram.. then memang rasa tak tenang lansung so solat jap 2 rakaat agar tenang hati yang gelisah.. pas istighfar n zikir yang saya rasa makin lama makin kurang.. hati ni jadi tenang skit, huuu rasa lega bila terasa Allah dengar segala apa yang saya rasa... insyaAllah pasni tingkatkan balik amalan yang makin kurang... ish sekejap ok, sekejap tak ok.. "eeeeiiii apesal ko ni yati...camne ni, kata nak jadi kesayangan Allah, so amalan kena bagus, ibadah kena berterusan takleh kejap buat kejap tinggal, hati kena ikhlas, sedekah kena banyak, buat baik kena selalu, huuuu teruk le kalu camni" getus hati yang tengah kebingungan ni....


Istighfar - M. ARIFIN ILHAM

so tengah-tengah bengong ni saya buka balik lagu zikrullah yang pernah menjadi hiburan hati, penyejuk fikiran semasa tinggal di Adelaide di waktu yang penuh kesunyian, di saat tiada seorang pun yang buleh menolong saya, dengan tekanan pelajaran yang sangat-sangat menekan, di kala saya memerlukan seseorang tapi memang takde orang so nak cakap ngan sape kan?? jadi dengan Allah saja saya bercakap sorang-sorang bersamaNya waktu malam duduk kat rumput depan River Torrens (berani tu sorang-sorang kat sungai sampai kul 11 malam, pastu 11.30 kejar bas takut tak sempat nak balik, haha) errmm, hanya Dia yang mendengar, memerhati, menemani dan menenangkan hati saya waktu manusia tiada buleh menolong sedikit pun.. emm hebatnya Allah.. makin saya merinduiNya... hermm