Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, November 29, 2008

hari ini...

Hari ini.. masih saya di project room bersama chee chung sejak dari pagi hingga... ermm tak tahu sampai bila buleh balik.. masuk arini dah hampir sebulan saya balik umah lagi 15 minit kul 12 malam, sejak itu saya berterusan belajar mengenal erti hidup... pegi uni di mawson seawal pagi, dari rumah naik bas, sampai city naik ketapi sampai stesen ketapi di mawson naik pula bas pastu jalan kaki terus ke Bangunan H, Water Engineering Building, UniSA Mawson Campus... duduk terperap dalam ni sampai pukul 10.15 malam paling kurang pastu jalan pulang dalam gelap suram malam keseorangan dalam 15 minit sampai ke stesen ketapi, 10.30 naik ketapi 11.15 malam sampai ke city naik bas ke rumah, 11.30 sampai umah terus solat isya' , pukul 12 makan terus sambung buat kerja mungkin sampai 3-4 pagi terus solat subuh, tido sekejap pukul 7 bgn kul 9-10 terus ke mawson.. begitula seterusnya sehingga arini.. sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari rumah ke mawson-mawson ke rumah.. banyak pengajaran dan pelajaran yang saya ambil dan kutip...

dari minum secawan kopi di pagi hari membaca bismillah, keluar rumah membaca doa perjalanan, berdiri 2-3 minit depan pemain jalanan bermain alat music yang menghiburkan sambil sedekah 1-2 dolar sebab dengar dia main tu, main kejar2 dengan bas dan ketapi, duduk di dalamnya tersemput2 merenung awan dan langit ciptaan Allah sambil memujiNya sampai hampir terlepas stesen, senyum pada orang yang memandang.. bila melihat yang memandang bermuka muram kembali tersenyum, betapa sukanya hati saya sebab buat orang tersenyum, hermm alangkah indahnya perasaan itu=), mengucap "good morning" pada orang yang mengucapkan pada saya waktu berjalan, menyanyi2 sambil membuang sampah atau ranting yang berada di laluan jalan.. hingga pada malam harinya.. berkali-kali di lontar kata-kata kesat, maki cela dengan sign2 lucah oleh orang-orang kafir yang penuh kedengkian di dalam hati mereka (bodo dorang tu!!), hampir dibaling botol arak oleh orang2 kehilangan akal waktu bermabuk-mabukan, dipandang dengan pandangan nakal yang meleret sehingga hilang dari pandangan, dihalang dan disuruh membuka tudung agar ditukarkan dengan topi, ditahan perjalanan oleh orang-orang yang samseng. Sungguh... jikalah tidak dengan pertolongan Allah pada saya, saya tak mungkin dapat menulis lagi dalam blog ni.. sepanjang perjalanan ni, memang Allah Pelindung dan Penyelamat saya.. Sang Kekasih yang saban hari dalam ingatan saya kerana Dia yang memberi hidup kepada saya selama ni, alhamdulillah, saya menarik nafas lega..

Hari ini, saya masih di sini.. di project room bersama chee chung sedari pagi sehingga sekarang pukul 7 malam. tadi.. saya nampak mukanya keletihan, saya pun offer membuat kopi untuknya agar dia berasa bertenaga skit setelah dari pagi bertungkus lumus menyiapkan dua final project kami sekali gus.. saya yang hanya pembantunya takde la penat sangat berbanding dia.. walaupun sebenarnya rasa dah tak larat sangat tengok project ini selama hampir sebulan... so saya turun tingkat 2 membuat kopi untuknya.. belikan dia coklat dan potato chips dan beri separuh mihun yang saya bawa dari rumah agar dia tak rasa letih seharian bekerja.. saya nampak mukanya tersenyum bila saya menghulurkan air kepadanya.. dia pun minum " uuiihh yati... sedapnyer kopi!! awak letak ape? errmm rasa dia sgt smooth, tak pekat n tak manis sangat, sedap laaa.." dia minum lagi penuh khusyuk.. saya just tergelak melihat telatah die yang neutral tu.. then balas, "letak ape chee chung?? err saya letak hati saya dalam tu.. sincere from my heart, you know.. haha, saya tergelak.. dia pun gelak same" eeii, pandai ni awak buat air kopi.. sedap weeii tak tipu!! yati.. tq buat ini air" dia tersenyum sambil mengunyah2 coklat.. "well, tengokla sape buat, saya.. tadi kan patut awak cakap, sape buat, bukan letak ape.. baru betul.. hiiii" dia tergelak sebab tak penah tengok saya puji diri sendiri..

pas penat kepala otak sejak pagi tadi menghadap pc tanpa bercakap sepatah pun.. kitaorang rehat jap sembang-sembang pasal hidup yang kami masing-masing bakal lalui selepas grad nanti.. pasal keje, teman hidup, kahwin, tinggal mana lepas berkahwin, ibu ayah, adik beradik etc.. asyik bersembang dengan dia sampai setengah jam.. saya sedari.. dari awal cite pasal hidup dia, dia asyik sebut nama ibu dia, bagaimana nak menyenangkan hati ibu, nak dapat isteri macam ibu, suruh ibu carikan isteri, nanti sudah kerja dia mau bantu ibu, bagi duit banyak2 bawa dia melancong tempat yang dia suka.." then saya tanya dia, "mana ayah awak? since saya tak pernah dengar awak sebut nama ayah.." dia tenang menjawab "ayah saya takde, sudah lama takde.. dia mati waktu saya 11 tahun, sekarang saya sudah umur 24 tahun.. ibu saya jaga kami tiga beradik sume lelaki.. adik saya last itu umur 5 tahun at that time, jadi tak penah jumpa ayah.." saya terdiam.. kerana teringat seseorang dalam hidup saya juga mempunyai kisah hidup yang sama.. "jadi ibu awak tak kawen lain ke? emm tak" dia membalas ringkas.."ehh chee chung.. awak jaga hati ibu awak baik-baik tau, susah payah dia jaga awak sampai besar ni tanpa ayah, bayar yuran pengajian awak.. ermm saya pun same ni.. saya tak mau buat mama saya susah hati.. mama saya bayar yuran pengajian saya ni.. hiii tak terbalas jasa ibu kita ni.." ye laa yati.. kita serupa la.., ehh mama awak same datang tarikh ibu saya kan?? nanti kalu mama awak datang kasi jumpa ibu saya la.. kita jumpa sama2 waktu graduation nanti" dia mencadangkan sambil tersenyum " em.. buleh2.. mestila buleh.." saya membalas tersenyum.. dia pun sengih je sambil kunyah potato chips then kitaorang buat kerja masing2 balik..

saya pun kembali memandang pc, keje yang setia menanti untuk dihabiskan sebelum kul 11 malam.. saya merenung sejenak.. otak saya masih berfikir tentang hidup.. kasih ibu.. mereka memberi tanpa meminta balasan.. kasih Allah.. Dia memberi walau kita mengingkariNya, walau kita melupakanNya, walau kita berkelumit dosa! sedang kita, masih berkira-kira untuk memberi... walau hanya sedikit senyuman. hermm...

Erti Hidup Pada Memberi, biar pun hanya secawan kopi -
Ustaz Hasrizal, saifulislam.com

1 comment:

ihsan_huhu said...

owh mak aku slalu berchatting ngn aku time meeting

kes2