Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Wednesday, May 20, 2009

Rindunya pada Baginda...

salam sume.. sekarang ni saya tengah buat kertas kerja untuk pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning) if nak tau apa tu PBL sila click kat sini. Masalahnya saya yang bermasalah untuk menyiapkan kerja ni by date line Jumaat ni. Esok ada mesyuarat subjek baru dari pagi sampai ke petang dan saya pembentang salah satu subjek yang berkaitan dengan bidang saya juga, alhamdulillah.. kalu tak, tak tau la apa saya nak goreng nanti, haha=p. tengah2 tensen dengan bayak benda nak settle , jumpa orang sana sini tapi sume meeting.. haaiih abes la, camne nak siap ni, huhu..

sebelum rasa nak marah sume orang kan... tetiba diberi ilham untuk mencari nasyid selawat yang pernah saya dengar 15 tahun dulu waktu saya tingkatan 1 kat Pahang dulu. MasyaAllah jumpa!! Nasyid yang dinyanyikan oleh budak-budak perempuan. Tapi sayangnya versi sebenar saya tak jumpa. Versi sebenar ni dinyanyikan oleh para muslimin dengan suara yang mantap dan dengan pukulan gendang n rebana yang penuh semangat. (lelaki kan, so tenaga dan suara mereka sangat bertenaga)

Bila dengar je nasyid ni... hati saya terasa sebak dan terus menitis air mata, kerana rindunya saya dengan Rasulullah SAW... Selawat dan salam ke atas baginda dan keluarga serta para sahabat... terbenti sebentar segala kerja yang saya lakukan kerana di bawa jauh hati ini ke tempat yang aman lagi tenang... Susah nak bagitau macam mana rasa rindu sebab tiada kata yang buleh menerangkan perasaan tu. Rasa rindu pada Allah dan Rasulullah adalah satu perasaan yang istimewa yang tak sama seperti mana kita rindu pada ibu bapa, adik beradik, suami atau isteri atau kekasih hati. Mungkin ada para sahabat di luar sana juga pernah merasai dan memahami apa yang saya rasa sekarang ni. =)

Alunan nasyid ni saya dengar pertama kali sewaktu saya nak pergi ke pasar pagi-pagi dalam pukul 8 untuk beli barang keperluan masak untuk adik-adik kerana mama waktu tu tak dapat tukar dari KL ke Pahang so kami adik beradik punya tugas sendiri. Along tugas dia masak untuk kami adik beradik, waktu tu uda n acu kecik lagi... Adik lelaki saya (alang) waktu darjah lima setiap hari membonceng mama naik basikal pukul 6 pagi untuk ke stesen bas Bentong Pahang, berulang-alik mama dari Pahang-KL. Pas mama naik bas, alang tunggang basikal tu balik ke umah balik pastu dia tido hihi. Abah pula yang diarah bertukar ke Pahang waktu tu out station ke Terengganu.

sambung cite balik, waktu tengah naik basikal tu lalu lorong biasa pastu ternampak satu kedai kecil yang menjual buku-buku agama so saya terpanggil untuk singgah, sambil belek2 kaset, waktu tu hanya ada kaset (kira canggih dah waktu tu!!) takde cd, mp3, ipod, dopot, hanset canggih ke ape-ape ni takde!!) sambil-sambil sembang dengan pakcik kedai tu, dia tunjuk album kumpulan nasyid Nada Murni yang merupakan perintis industri nasyid di Malaysia.. sekarang ni bergelar Rabbani, Hijjaz, Raihan etc setelah berpecahnya Al Arqam. So mestila pakcik tu orang Arqam juga. Dia sangat baik, selalu bagi diskaun kat saya.. if beli buku agama n kaset2 nasyid Nada Murni. if rege dia RM 6 saya dapat 3 inggit je.. ye la budak sekolah kan, mana ada banyak duit sangat, simpan duit belanja sekolah untuk beli kaset2 ni, termasukla album KRU, hehe. (dulu-dulu punye cite la ni, hahaha=p)

Jadi tiap-tiap hari saya singgah baca buku percuma sambil tanya ada buku atau kaset baru. Then dia bagi satu album, dia cakap " ni nasyid dari Syria khas untuk Rasulullah , nak dengar tak?" saya cakap nak sambil tengok tajuk nye "Qasidah Dari Syria" satu lagu yang dia pasang, terus sebak hati saya seperti mana saya rasa sekarang.. terus saya nak beli, dia tunjuk ada 3 album, saya beli ketiga-tiga tu dengan hanya 15 inggit sedang harga sume tu RM 30. Pastu balik umah terus pasang... n sampai sekarang kaset2 tu masih ada dalam simpanan termasuk kaset Nada Murni.

Jadi selama 3 tahun saya kat situ, setiap balik sekolah je saya singgah ke kedai pakcik tu untuk membaca buku-buku yang ada kat situ sambil sembang-sembang ngan dia, dia banyak bagi tazkirah n berkongsi ilmu, since saya budak-budak, lagila dia suka sebab tengok saya khusyuk je dengar bila dia cakap tu. Nampak bese je tapi ilmu banyak tu.. Isteri dia kekadang ada kat situ jemputla saya makan goreng pisang yang dibeli untuk suaminya yang seharian kat kedai kecik tu. Selalu saya akan datang ke rumah ustazah Zainab (ustazah sekolah yang sangat2 lembut baik dan tabah hidup dia) waktu zohor tolong jaga anak kecik dia then sebelum Asar saya datang kedai pakcik tu n balik pas Asar. berterusan sampaila saya berpindah ke KL waktu tingkatan 4. huhu sedihnya saya waktu tu... sob sob

ermm what a memory.. tu le antara kisah saya kecik-kecik dulu. entah mana la pakcik baik tu sekarang ni.. sebab saya pun dah lama pindah balik KL. Ustazah Zainab pulak pindah ke Kuantan ajar sekolah kat sana, kami adik beradik tolong packing barang waktu dia nak pindah tu... saya ingat lagi dia cakap pada saya, along n alang " along, angah, alang.. kalaula anak-anak ustazah yang bujang2 ni n sorang anak dara ni dah besar (waktu tu umur kami hampir sebaya), nak je ustazah kawenkan je dengan korang, senang hati ustazah takyah fikir dah.. kita orang waktu tu dah malu-malu alah, termasuk anak-anak dia yang sama-sama punggah barang untuk pindah..hahaha kelakar!! comel la ustazah tu, rindu kat dia juga.. moga Allah membalas jasa baik ustazah dan pakcik tu.. Amiin.

Alhamdulillah bila dah dengar selawat2 ni, saya terus naik semangat untuk buat kerja balik^-^. sambil2 tu saya letak jugak nasyid yang bes dari:

Pakistan,



Yaman,



Malaysia,



United Kingdom,



Arab Saudi,



USA,



Jerman,



sekian... terima kasih=)

No comments: