Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Tuesday, May 26, 2009

jangan mengumpat, berdosye...

Dah pukul 1 pagi, mata saya tak rasa nantok sebab mungkin dah puas curi tido kat opis tadi kerana kepenatan berkursus 3 hari. Ermm baru 3 hari kursus dah penat ceng hape tapi rupanya bukan saya je penat, ofis mates yang pi kursus sume rasa, deme pun tido rupenye bila saya tanya waktu petang tadi sebelum balik. Errrmm patut le senyap, masing-masing curi tido gak pas mesyuarat yang abes kul 1 petang tadi, huhu tak fit lansung!! esok mesyuarat lagi entah abes kul bape, rabu dan khamis ada kursus flash animation dari kul 8.30 pagi- 5 petang, huhu 2 hari lak tu.. ermm ni terlebih tido tadi tu yang tak dapat tido skrg ni.

So bila tak dapat tido saya belek2 la gambar-gambar lama waktu kat Aussie dulu… segala memori yang ada dalam minda terus berputar kembali bila belek gambar-gambar ni, errmm rindunye!! tu je yang dapat cakap.. terasa ingin kembali ke sana tapi bukan sebagai pelajar lagi, cukup sekadar melancong, melawat kawan-kawan yang masih ada di situ atau untuk berbulan madu, hehe^-^

Waktu tatap gambar-gambar ni, teringat ada seorang sahabat yang kata-katanya masih segar dalam ingatan. “akak ni cukup perahsia” saya tergelak kerana dia buleh “membaca” sifat yang saya sembunyikan dengan gelak ketawa…

Benar juga kata-kata dia kerana kebanyakan entry yang saya tulis di dalam blog ada yang samar –samar dan tak jelas maksudnya, tapi itulah cara penulisan saya kerana bagi saya setiap yang berakal buleh membaca ayat “between the lines” dengan kapasiti yang berbeza-beza. Dan mungkin juga saya ni sangat reserved so hanya menulis yang bes-bes je tanpa menceritakan hal yang sebenarnya… tapi saya senang dengan diri saya yang mana orang lain mungkin tak mengenali…

Well, setelah puas membelek ratusan gambar yang ada, saya sedari ada pelajaran saya belajar yang tak dapat saya beli dengan jutaan ringgit (jika adala). Alhamdulillah, Allah mengajar dengan mencampakkan saya di negeri asing tu agar menjadi lebih manusia dari apa yang saya ada sekarang.. (tak faham? please read between the lines, hehe^-^)

Saya pergi ke Australia seorang diri, tanpa ada menemani kecuali Allah. Berbekalkan iman, tawakkal, berharap penuh yakin yang Allah pasti telah sediakan ruang dan tempat untuk saya berteduh di bumi yang tak pernah saya jejak sebelum ni. (memang gamble habis!!!) Alhamdulillah, dengan izin Allah, diberinya saya tempat tinggal yang baik, sahabat-sahabat yang sangat membantu, makanan yang sedap-sedap, badan yang sihat, ilmu bermanfaat dari ilmu wahyunya, sains sosial, kemanusiaan, sains, pengurusan sampaila ke kejuruteraannya.

Namun setiap riang gembira pasti diselangi dengan kesedihan, keperitan yang saya lalui sepanjang hidup di sana. Dalam perjalanan itu sudah pasti ramai insan yang saya temui, berbagai-bagai ragam, sifat, tingkahlaku dan dengan bermacam-macam maksud, agenda, kepentingan membuatkan saya lebih berhati-hati dalam bercakap dan menilai setiap butir bicara yang dikeluarkan sama ada perlu diambil atau ditapisi.

Benar, saya juga pernah tersilap langkah kerana mempercayai bulat-bulat apa yang orang kata atau memberitahu apa saja yang saya ingin kongsi bersama namun saya akui bukan semua orang seperti saya. Setiap kata yang hadir dari orang lain dan ucapan dari bibir sendiri kadang kala memjadi fitnah dan salah faham mungkin kerana tersalah tafsir atau tidak memahami maksud sebenar yang mungkin berlainan dengan maksud yang difahami.

So daripada membuta tuli tanpa pertimbangan akal yang Allah beri mendengar setiap cerita sama ada benar, bohong atau ditokok tambah perisa, ajinomoto, garam dan gula agar sedap penceritaannya untuk dijaja dan dijual dengan laris sekali… atau mengeluarkan setiap patah bicara tanpa kewajaran…

Ada baiknya menilai apa yang orang kata dan berhati-hati mengeluarkan setiap bait perkataan… itu yang lebih baik... so thats explained why my blog is samar-samar like awan mendung yang terawang-awang di tengah-tengah langit yang biru... (tak faham? pease read between the lines, hehe!!) Sekian terima kasih.^-^

“Jauhi fitnah, kerana fitnah itu merosakkan diri, bangsa dan agama”

Pesanan khidmat masyarakat ini disampaikan oleh Yayasan Kitty Gemok!! (dia paling layak untuk menaja pesanan ini kerana dia tak pernah mengumpat, hatta pada kucing belakang umah sekalipun!! walaupun kucing belakang umah suka mengumpat dia... pemalas, gemuk, suka makan je, tak reti buat keje dan kuat tido!!) kuat tido?? eehh ehh macam tuan dia jugak la, hahaha=p

2 comments:

saye comel said...

ermm rindu jugak nak g adelaide, tapi melancong je la hehe(^_^), & miss u too=)

U take care young lecturer!

bicara hati secawan kopi said...

haiyaaa.. not young anymore la amoii.. sudah tue leii adik comel musyuk ni... itu olang tue cakap.. sudah cukup umur bleh kawen leeii... hahhaha=P