Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Wednesday, May 27, 2009

eurovision contest 2009

Saya dengan tak sengaja terjumpa lagu ni... FAIRYTALE by Alexander Rybak dari Norway. Bila saya dengar lagu ni, kaki saya turut menari-nari ikut rentak violin tu waktu tengah tertekan dengan lambakan kerja yang bertimpa-timpa. Esok mesyuarat lagi.. huhu..

bila dengar lagi, comel pulak lagu ni, what a catchy song.. ke penyanyi dia yang comel, dah le comel pandai nyanyi n pandai main violin pulak tu, menari je belum nampak lagi hik hik. N yang paling bes sekali sebab dia menang Eurovision Song Contest 2009 di Moscow. Pertandingan ni disertai oleh negara-negara Eropah bermula sejak 1956, errmm dah lebih dari 50 tahun, uuiihh lama tu... Tujuan asalnya adalah untuk merapatkan kembali hubungan negara-negara Eropah yang retak pasca Perang Dunia Kedua. Uiihh dah lama contest ni rupenye... kalu la orang dah tue, ada cucu dah sekarang ni.

First time saya tengok pertandingan ni waktu kat Aussie dulu 2 tahun lepas, 2007 dan 2008 nyer contest. Walaupun kebanyakan lagu-lagunya tak le saya faham sebab deme nyanyi dalam bahasa kebangsaan deme tapi sangat menghiburkan kerana waktu ni la negara-negara seluruh Eropah ni nak tonjol bahasa, tarian, nyanyian n budaya mereka, sebab bukan sume deme ni buleh cakap omputih, so if tak pandai cakap bahasa Inggeris tu bukanla satu masalah besar, saya rasala sebab deme sume ni bangga je dengan bahasa sendiri.. so kita pun kenalah bangga dengan bahasa sendiri w/p bahasa Inggeris berabuk... betul tak??

Errmm selalunya giliran negara yang akan jadi tuan rumah tahun berikutnya adalah negara mana yang menang pertandingan ni seperti contoh Norway ni menang tahun ni so tahun depan dia le jadi tuan rumah. Pertandingan ni banyak saringan bermula dari tiap-tiap negara untuk memilih satu lagu terbaik untuk dihantar sebagai wakil negara masing sampaila ke final nanti, even si Alex ni dah serak sora, demam sebab banyak nyanyi sangat!! Tule sape suh nyanyi!! kan dah demam!!.

Dalam contest ni, deme takleh vote negara sendiri so deme vote la negara mana yang deme rasa patut menang berdasarkan lagu dan lirik, suara, tarian persembahan tanpa mengira bahasa apa yang mereka gunakan waktu pertandingan ni (actually selalunya deme vote sebab ada hubungan baik dengan negara yang deme vote tu, politik la ni) dan paling bes sekali sebab mereka mesti menyanyi secara live, bermain music secara live sebab ditayangkan pun secara live ke seluruh negara yang bertanding termasuk juga negara-negara yang tak buleh bertanding sebab bukan Eropah seperti Jepun n Australia (kesian tak dapat masuk, padan muka!! hehe) .



Contest ni dapat menaikkan nama negara yang menang sebab publisiti, promosi yang cukup luas dan dapat melonjakkan ekonomi negara sebab berjuta-juta orang datang n tengok secara live, samala seperti sukan Olimpik ke Komenwel ke, camtula... paling kurang pun 100 juta yang tengok. Actually contest ni mempunyai unsur politik berbanding musiknya sebab yela tujuan asalnya pun adalah berdasarkan politik juga. Saya dulu budak Hubungan Antarabangsa so bagi ulasan pun macam nak buat esei yang beratnya 30 %., hahah=p so nak tau lebih lanjut silala klik sini.

tapi sebenarnya yang menarik perhatian saya ialah lagu yang dinyanyikan oleh Alex ni, sebab dia yang nyanyi, main alat musik, tulis lagu dan lirik sendiri. Allahyarham P.Ramlee punya bakat sebegitu. (Al Fatihah kepada beliau). Lirik lagu dia sangat simple n terkena pada sesiapa yang pernah mengharap pada seseorang tetapi tak berbalas tapi masih menaruh harapan agar ada jalan untuk bertemu jika berpeluang la... ye la seperti kisah dongeng la kan(fairytale) yang sekadar menjadi impian dan khayalan walaupun itu menyakitkan sebenarnya, sebab mengharap benda yang takde.. hahaha macam kena kat diri sendiri jek=p tapi tu dulu la, sekarang ia kenyataan dan dah ada pun depan mata, terang, jelas, besar, dan nyata lagi... Alhamdulillah=)

So, enjoy the song... n meh le nari sama saya... goyang-goyang kaki setempat je, hahaha=p

kalu nak tengok pertandingan akhir yang alex ni menang, sila klik kat sini, sebab kat atas tu semi final je, hehe.

bes le tengok penari-penari tu menari tarian tradisional (folk dancing) deme, baju dia pun comel!! hihi. Actually ni kumpulan penari profesional Norway, Frikar yang sangat terer dalam tarian ni, even Alex pun kena booking untuk dapatkan khidmat deme, hehe.

ps: Cuba arr nari cam deme, hiiii haaaaa... mesti takleh yer.. semput memput!! Muahahaha=p

5 comments:

ihsan_huhu said...

lagu tuh die tulis based on fairytale tempatan la

aku tgk siot arituh.. wahahaha.. tiap2 taun x miss

bicara hati secawan kopi said...

lagu tu dia tulis untuk bekas gelfren dia yang dah tunang ngan orang laen, tunggu nak kawen je tahun ni... perempuan tu le "fairytale dia"

akak baca dalam akhbr norway yang di translate.huhu kesian si alex tu, takpe saya kan ada hahaha^-^

Mohamad Norsafuan Rahim said...

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Lawatila blog saya safuan rahim

bicara hati secawan kopi said...

salam safuan, terima kasih visit blog ntah pe pe ni... akak dah visit pun your blog=)

Fasya said...

oh farah pernah dgr lagu tu!!!
wah angah fiki yg dulu tunjukkn farah.

suka suka :D