Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, November 15, 2008

Percaya...




Takde mood, moodi.. tensi mensi.. stress press.. apa juala yang seangkatan dengannya.. entahla.. mungkin terlalu memikir, dapat ke saya siapkan project akhir dan buleh ke saya grad akhir tahun ni.. MasyaAllah, hanya Allah je tahu perasaan saya, bagaimana beratnya saya mengalas segunung harapan daripada insan-insan tersayang agar dapat saya grad akhir tahun. Sape yang tak nak grad, terpancar wajah-wajah kesayangan termasuk kitty gemuk gembira bila mendengar berita saya dah dapat ijazah.. dapat melihat mama tersenyum bangga apabila saya berjalan di atas pentas menerima ijazah adalah harapan saya, sangatla saya harapkan agar tertebus segala penat lelah dia membesarkan saya, membayarkan yuran pengajian dan kehidupan di sini dengan duit simpanannya agar saya memperoleh pekerjaan yang baik, kehidupan yang baik dan bakal suami yang baik, insyaAllah.. itu pesannya setelah baru sebentar tadi bercakap dengannya call melalui ym. InsyaAllah mama, angah balas segala pengorbanan mama walau tak terbalas dengan kata-kata manis, ucapan terima kasih, wang ringgit, pangkat tinggi melangit, namun selagi apa yang buleh membuat mama gembira, pasti angah akan lakukan, sedaya yang angah mampu dengan izin Allah... tak mahu air mata mama menitis lagi...

setanggi syurga.. antara lagu feveret saya di kala hati gundah gulana, saya teringat 3 tahun dulu, dari um ke shah alam, naik putra lrt, then komuter, then bas ke umah mak andak.. waktu saya pasang lagu ni, punyala saya berada kat dunia saya sendiri, tengah terfikir nikmat-nikmat yang Allah beri pada saya, segala dosa yang saya buat, dan betapa sayangnya Allah pada saya... walaupun saya ni selalu buat dosa, solat patuk-patuk ayam, bacaan dalam solat just lafaz atau masuk dalam hati? pegi surau nak tunjuk kat orang ke atau ikhlas kerana Allah? zikir skit2, istighfar jarang sekali, ngaji 2-3 helai je setiap hari, ,doa pun just cam rutin ntah faham ke tak, buat baik dengan orang pun tak banyak, sedekah pun berkira-kira, tapi walaupun camtu sekali lalainya saya, tapi Allah masih sayangkan saya, kasihkan saya, Dia perkenan doa saya, Dia beri apa yang saya minta, Dia tunai segala kehendak saya, Dia penuhi segala harapan saya...

herrmm tak malu ke saya?? huuu malu.. malu sangat kadang tak tau mana nak letak muka, biasa kita ni malu dengan manusia kalu nak buat benda-benda jahat, tapi tak malu lak dengan Allah?? astaghfirullah tengah-tengah fikir tu tak sedar pun saya picit loceng then kuar dari bas, terus lintas jalan then baru nak menyeberang jambatan kecik jalan short cut ke rumahnya.. hampir saja terjatuh kat longkang besar tu sebab tak sedar mana kaki saya ni berpijak, main jaaaalan je.. jambatan depan mata pun tak nampak.. waktu tu tengah hujan turun renyai2.. tanpa saya sedar air mata saya pun turun menitis bersama air hujan tu.. sedih, pilu, dengan segala perbuatan saya selama bernafas dan bernyawa 23 tahun ni.. sampai umah mak andak, buat muka cam takde apa2.. salam sume orang terus naik atas, solat asar penuh dengan kekesalan dan penyesalan... waku tu barula nak khusyuk pun.. ala hai...nape la saya main-main je kat dunia ni sedang perkara besar menanti di akhirat nanti... huuh!! takutnya nak tempuh mati, alam barzakh, alam akhirat, syurga atau neraka.. terasa gelap pandangan saya sebentar tadi..

namun... bila terkenang rahmatNya, janji Allah yang tidak pernah Dia mungkiri... memberi kembali semangat yang kian luluh... jiwa yang makin lemah.. diri yang hampir rebah... kerana percaya dan yakin dengan janji Allah dan dengan apa yang ada di dalam kekuasaanNya, saya memohon pertolonganNya kerana hanya Allah sahaja yang buleh menolong saya di saat manusia tidak daya dan kuasa untuk sume ini. Betapa berat susah dan payah yang saya tanggungi sekarang hanya Allah yang tahu dan Dia saja dapat menolong.. Ya Allah, tolongla aku, kerana tiada yang dapat menolong aku melainkan Engkau, sesungguhnya Engkau sebaik-baik Penolong, maka tolongla aku.. amiin Ya Robb... sungguh Engkau Pengasih dan Penyayang... errmmm tenang hati saya...=)

saya comot, 4.10 pagi

5 comments:

Anonymous said...

doakan acu..semoga acu berjaya dlm spm taw..ok?? syg angah..semoga Allah memberkati angah dan family kte..acu rse pe yg angah rase tu ade pd sume org trpulang pd insan tu sndiri nk sedar atau x..masih ade masa ntk brubah..sentiasa ingat pd Allah..jgn la kita skp sombong atau takabbur..ssungguhnya Allah itu Maha Berkuasa..Allah akan memberi balasan yg baik kpd hambanya yg mulia..dan Allah akan memberi azab kp hambanya yg mungkar..walaupun kita seorang hamba yang taat kpd Allah..Allah masih lg memberi ujian dan dugaan kpd kita..untuk menguji keimanan kita..jadi kita harus sentiasa mengingatkn diri sendiri bahawa Allah sentiasa di sisi kita..dan harus la beribadah kpdnya..dan kepada hamba yg mungkar..maka Allah akan memberi kesenangan di dunia..tp di akhirat..hanya Allah yg Berkuasa..jadi ingatla..kita seorang hamba Allah..mestila sentiasa bertaqwa dan beribadah kpd Allah dan mengejar kebahagiaan di akhirat..supaya kita memperoleh kebahagian di dunia..InsyaAllah..semoga aku memperoleh kejayaan yg cemerlang di dunia dan di akhirat..Amin..

bicara hati secawan kopi said...

acu sayang.. terima kasih acu sbb beri komen kat entry angah ni, angah bukan nak buat ko nangis bila baca ni..tapi kalu benar ia terkesan, alhamdulillah syukur angah ucapkan..

betul acu, setiap kita berubah ke arah yang lebih baik, sape tak nak kan?? insyaAllah angah doakn acu lulus cemerlang dalam SPM. ko buleh acu, percayalah..

acu comel... angah sayang acu.. sayang sgt..

Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin said...

"Apabila kecintaan pada Allah telah terkukuh di dlm hati seorang mukmin, dan akar2nya juga telah terpasak sedalam-dalamnya, maka Allah-lah matlamat baginya pada segalanya. Ia akan berkorban segala yg ada demi Allah, kerana ia telah merasakan kemanisan iman dan kelazatan yakin pada Allah, lalu jadilah segala kelazatan duniawi tiada nilai baginya di hadapan kelazatan yg abadi itu." [dari sahabat kepada sahabat dengan penuh rasa cinta]


Sayang akak selalu....kerana Allah Taala...(",)

bicara hati secawan kopi said...

"ukhuwah yang dibina antara kita,
biarlah seperti seutas tasbih,
ada awal, tiada penghujungnya,
dicipta untuk mengingatiNya,
dibahagi untuk cintaNya,
diratib demi RedhaNya"
NA,28/11/07 Adelaide
[dari sahabat kepada sahabat dengan penuh rasa cinta]

yus.. akak sayang yus selalu, Lillahi Taala^-^

ps: i will go to sunshine state to see you my lovely sister, insyaAllah.. pray for me dear.=)

Siti Yusrina Nadihah Binti Jamaludin said...

InshaAllah akak...we'll meet each other soon, biiznillah....look forward to seeing you again....:)

P/s: Yus pun sayang akak...sayang sgt2....lillahi Ta'ala...