Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Wednesday, November 19, 2008

bidadari...



masih segar di ingatan
kali pertama berdepan
mataku bertentang matanya
umpama bidadari dari syurga... oh! dia
terus dari saat itu
cinta mekar dan berpadu
ku rela korbankan nyawa semata untuknya
namun aku diperdua

sukar 'tuk ku percaya
dia sanggup berdusta
pada insan yang lama
menyintanya separuh nyawa
bagaimana terjadi
apabila bidadari
bisa meranapkan hati ini

dan dia kata padaku
ku tak lagi dia perlu
pada waktu cincin di dalam genggamanku
hajat terbeku...oh!

dia sanggup berdusta
setelah sekian lama
aku menyinta

bagaimana terjadi
apabila bidadari
bisa meranapkan hati ini

oh! dengarkanlah wahai bidadari
seandainya kau sudi
walaupun kau tak mungkin lagi
cinta diri ini
daku hanya mahu kau tahu
setiap malam kau ku rindu
walaupun terluka kau masih ku cinta

sukar 'tuk ku percaya
dia sanggup berdusta
pada insan yang lama
menyintanya separuh nyawa
bagaimana terjadi
apabila bidadari
bisa meranapkan hati ini

bila bidadari meranap hati ini
kau meranapkan hati
oh! bidadari

Ooo kitty... bidadari angah, kitty gemuk kesayangan angah... mengapa kitty?? mengapa sanggup meninggalkan angah selama 1 tahun setengah angah di Ostolia (sape tinggalkan sape ni?) setelah sekian lama angah menyayangimu kitty.. mengapa kitty... mengapa tergamak engkau meranapkan hati angah ni setelah 4 tahun lebih angah menjagamu sepenuh hati.. memandikanmu, membersihkan telingamu, memotong kukumu, membawamu ke klinik apabila engkau sakit,bergurau denganmu bila engkau mengajak bergurau.. (oit kitty penatla angah main kejar-kejar dengan ko, semput tau tak??) memberus bulumu yang fluffy itu, membalut lukamu bila engkau bergaduh, menidurkanmu di malam hari, menenangkanmu di kala engkau ketakutan, memberi makan bila engkau mengesel manja..(susah nak dengar suara dia, macam ada emas dalam mulut), memanjakanmu bila orang sume malas nak layan...

sampainya hatimu kitty... tak mengapala kitty.. angah hanya mahu kau tahu setiap malam kau angah rindu... walaupun terluka (gurau2 manja sampai luka lengan) kau masih angah sayang... nantikan kepulangan angah tahun depan ye kitty... (mode: sakit kronik rindu kitty dan nak balik mesia, hihi;))

ps: setiap kali call umah sejak tahun lepas, selalunya acu akan jawab;
saya: assalamualaikum acu.. ko sihat? dah makan? eerrmm kitty mana kitty? angah rindula...
acu: sihat, dah makan, eeeiiii angah ni kan.. asek2 kalu tepon bukan nak tanya acu.. kitty dulu yang angah tanya.. tak rindu acu ke??
saya: ehhh mestila rindu acu... eermmm kitty mana kitty? ambik dia jap, tengok muka dia jadila..
acu: eeeeeiiii angah ni..
saya:hihi.... ^-^!!~~

moral: kalu sayang haiwan kesayangan sebegini rupa, apa lagi pada insan2 tersayang kan... ^-^

saya comot, 5:00 pagi, Ostolia (Australia)

2 comments:

What's luv gotta do ? said...

Salam... Kitty tu comelnyee...kalau peluk mesti best kan....
saya pun ada kucing jugak back home. Miss them a lot since datang ke adelaide ni. Especially bila buat kerja malam malam sensorang kat bilik. Dulu kat Malaysia, ada Che Puteh nak teman sembang bagi idea walaupun selalunya dia yang Zzzz dulu tepi laptop he.he.. now sorang sorang je tgk gambar che puteh dgn yang lain. heeee....rindunya...

bicara hati secawan kopi said...

Salam.. ha'ah Kitty tu comel sangat.. manja kemain.. suka layan dia bila manja.. tambah dia mmg memilih orang yg dia nak manja, so rasa bertuahla sbb dia pilih saya untuk bermanja kan.. ^-^
oo ada kucing gak? mesti dia putih sbb nama camtu.. ada gambar? mehle tunjuk, buleh kawan dgn Kitty Gemuk.

oo, kak husna duduk adelaide gak?? tak pernah jumpa pun? pergi tak gathering postgrad raya kat umah kak salina dulu? dah lama ke duduk adelaide? akak buat phd kan? uni mana?