Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Sunday, November 23, 2008

hijau..

Arini ari Sabtu, dari King William Street menaiki ketapi dari seawal pagi hingga kul 6.30 petang ke UniSA Mawson Lakes Campus, bangunan H-Water Engineering, Design Lab Room.. bertungkus lumus buat final group project, Design and Flood Drainage Systems, ada 3 programming yang kena buat before 30 November ni, DRAINS, RORB, dan HEC-RAS. Huu, memang rasa cam marathon.. pagi tadi sebelum pergi finalise last assignment yang perlu di hantar Isnin ni, alhamdulillah dah siap dan dah submit pun.. masyaAllah leganya rasa.. Allah je tahu.. kul 4.30 masing2 dah pening2 lalat sebab terpaksa ulang balik program just sebab salah first point yang menjadi ukuran semua pits dan pipes yang patut di measure dari first point tadi.. masyaAllah.. rasa nak nangis bila terpaksa ulang method yang sama sekali lagi..wuuuu

pas dah rename balik sume2 data yang ada, kitaorang mengalah sebab tak larat.. so kitaorang pun balik dengan masa sendiri.. saya pun balik ikut jalan biasa kat campus tu.. memandang takde orang.. so saya jalan sorang pusing2 hepi sebab buleh balik.. err apsal legang, kosong je campus arini? mana sume students yang selalunya ramai.. ehh astaghfirullah arini sabtu, dah petang lak tu.. memangla takde orang, bas pulak sejam sekali.. huhu..patutla!! haa sambil jalan2 tu ambilla gambar logo UniSA kat Mawson ni.. emm perkara pertama yang menarik di pandangan mata ialah " waaahh, lawanyer rumput die..!! hijaunye...!! cam takde orang pijak jer.." so meh saya pijak.." waaahh lembutnyer..!!" sambil main pijak2 comel kat situ (seriesly, memang takde orang!!) waaa... besnyer!! kalu orang nampak, hish mesti dia cakap "ape kena la budak ni, hepi sangat sebab tak penah nampak rumput ke??" hihi sekatila.. saya kan environmentalist, so mestila appreciate alam yang Allah ciptakan ni walaupun hanya rumput- rumputan.


Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.
Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan,
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,
Dan buah anggur serta sayur-sayuran,
Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma,
Dan taman-taman yang menghijau subur,
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, -
Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

Surah Abasa: 25-32

masyaAllah, saya terkesima.. even sekecik-kecik rumput ada disebutkan dalam Al Quran, apa lagi ciptaan Allah yang lebih besar, penciptaan manusia, haiwan, tumbuhan dan makhluk2 lain, langit, bumi, menghidupkan, mematikan, Syurga, Neraka, dan Alam Semesta, pasti ada pengajaran bagi orang yang berfikir, punya akal dan fikiran.. bagaimana segala ini terjadi? mengapa dijadikan? dan untuk apa? Allah tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, pasti ada faedah dah hikmah atas setiap kejadian.. so mehla kita jadi orang yang berfikir agar lebih dekat dengan Allah bila memikirkan penciptaan2Nya... insyaAllah^-^

2 comments:

ihsan_huhu said...

kl time xdek klas mmg bes baring2 tdo2 kat atas rumput2 tuh...

masyuk gle

bicara hati secawan kopi said...

huuh, betul tu san, bes2!! time takde kelas akak lepak kat torrens river sorang2, baring2 kat rumput tepi sungai tu, sambil tengok langit, awan, air, pokok2, bunga, burung, itik, orang2, pastu fikir... waaaa hebatnya Allah jadikan sume ni.. lain2 jenis lak tu.. at least takde duk saje2.. waaa besnye!!^-^