Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, February 21, 2009

naik bas...

"Oiii.... masuk belakang.. masuk belakang... neii, thamby, tangichii, kanganaa (pegi belakang) (sesapa yg berbangsa tamil buleh betulkan maknanya) weiihh masuk belakang arr, tak nampak ke org nak masuk ramai tu.." suara yang hangin kerana keadaan dalam bas yang sangat sesak, disesakkan lagi seberapa buleh orang yang naik sebab kekurangan bas, dengan orang-orang baru balik kerja dan budak-budak baru balik sekolah, berpeluh-peluh, dengan bermacam-macam bau, panas, takde aircond, letih, bisa membuat orang yang kebiasaannya diam dan tenang menjadikan suasananya agak tegang, udaranya penuh tertekan.

saya yang dari tadi memerhati senario yang biasa di dalam bas selangor ni tersengih n tergelak sendiri melihat budak-budak yang dimarahi tadi mengajuk balik apa diarahkan pada mereka, " ooii masuk belakang la.. masukla.. korang tak dengar ke? weiihh masuk la belakang.." sambil menolak-nolak rakan-rakan yang terdiri dari Melayu dan India yang bersekolah sama agar pergi ke belakang, tersengih mereka bergurau senda walau dalam keadaan letih dan berbau masam. Ceria dan riang budak-budak sekolah tu membuatkan orang-orang yang memarahi itu bertambah hangin dan membuatkan saya makin tergelak sendiri kerana sepatutnya pemandu bas tu yang marah dan memang sedia penat tu, buat dek je memandu sambil lagu-lagu Tamil berkumandangan sepanjang perjalanan balik ke rumah.

saya memerhati muka-muka yang berada di dalam bas tu, tiap-tiap satunya menceritakan kisah hidup yang berbeza, mencerminkan cara hidup yang berbeza, agama yang berbeza, nilai yang berbeza, pegangan hidup yang berbeza... unik Allah jadikan manusia yang sebenarnya buleh hidup dalam suasana yang berbeza cuma kita yang selalu menyempitkankan perbezaan itu sehingga kita tak nampak manisnya perbezaan itu...


abah selalu tertanya-mengapa saya suka sangat naik bas selangor yang usang lagi lembab untuk ke KL kerana dia buleh menghantar saya di mana-mana stesen komuter agar mudah perjalanan saya namun saya lebih senang memilih untuk naik bas walaupun selalunya saya tak menolak ajakan abah untuk naik bersamanya.

saya menjawab soalannya dengan pertanyaan juga, kenapa abah suka naik Honda abah ni? "dia menjawab sebab senang abah nak pi kerja, tak penat, ada aircond and cepat. ' saya just tersenyum mengiyakan jawapannya " emm betul abah, tapi abah.. bukan sume orang yang bernasib baik seperti abah, ada kereta, ada umah, ada duit, anak dah besar yang buleh senangkan abah akan datang" mungkin abah tak nampak... tapi abah, kebanyakan orang yang naik bas tu hanya mampu menaiki bas bukan kereta bukan motor tapi bas abah sebab takde duit nak beli kereta atau motor, tambah tu satu-satunya pengangkutan yang dorang ada untuk bergerak. Duit yang ada hanya cukup untuk sekolahkan anak, bayar bil sana, bil sini, barang-barang makan, tapi gaji tak naik, duit ada tak cukup pun untuk tanggung hidup, malah tambah menekan.

Abah tau tak? (tak tau) tiap kali naik bas tu angah rasa sedih n insaf tengok kebanyakkan (bukan semua) muka-muka yang ada berkerut, baju yang lusuh, hati yang susah memikirkan masalah hidup, merendek-merendek bawa barang banyak masuk dalam bas sedang orang ada kete masuk je kat dalam bonet. Anak-anak kecik tertido kat besi tepi bas sedang orang yang ada kete anak nyenyak tido kat belakang seat yang cosy. ni realiti abah... hidup yang real, kita bukan hidup dalam angan-angan!! tapi angah bersyukur sebab hidup senang tak macam dorang, alhamdulillah, at least dengan naik bas tu kan abah buleh arr mengingatkan angah if dah hidup senang nanti, angah takkan lupa orang yang susah, buleh tolong dorang sekadar mampu... abah, orang ada duit, ada kereta, ada rumah mewah, memang tak nampak susah, n tak dapat imagine susah tu macam mana.. kalu memang tak ada duit abah, memang takdela!! nak cekau mana? mungkin bagi orang-orang seperti abah rasa biasa tak ada apa2, sebab... abah tak rasa apa yang dorang rasa, cuba abah kat tempat dorang susah, takde duit, anak-anak ramai, ada yang menyusu pulak, yuran sekolah, bil macam-macam, tak masuk hutang lagi, barang makan, pakaian anak isteri, tambah if isteri suri rumah tak keje, kalu takde isteri jaga anak2 yang ramai tu, mahu gila fikir sape nak jaga? cuba abah bagitau?

abah yang sedari tadi, terdiam memikirkan apa yang saya katakan tadi, lama dia mendiamkan sampai hampir terlanggar divider sebab memikir... oit, abah, divider lee... baru dia betulkan balik stereng. angah.. terketuk kepala abah ni angah.. sampai tahap tu ko fikir naik bas? orang lain naik bas, just naik bas je la.. takdela fikir camtu! dalam hati saya tergelak je! angah, betul la angah cakap tu, abah tak terfikir lansung, rasanya abah dah susahkan rupanya ada orang lagi susah, ye la angah, abah patutnya bersyukur apa yang Allah dah beri. alhamdulillah, abah patut bersyukurkan.. emmm saya mengangguk sambil tersenyum memandang abah yang semakin hari semaikn kerut wajahnya ditelan usia. "abah.. angah sayang abah..." sambil mengucup pipinya sebelum keluar dari kete untuk ke stesen komuter. Dia hanya tersengih malu kerna dikucup sebegitu. "apela abah ni, tu pun nak malu, anak abah yang cium ni, bukan gelfren, nak malu apa?" dia tergelak sambil tersipu2 sengih sebab malu.. apa-apa je la abah oii...

Ni hanya sedikit dari rentetan kisah hidup yang panjang.... yang memerlukan usaha yang bukan sedikit, pengorbanan yang berpanjangan, tawakkal yang tak berbelah bahagi, dan doa yang tak pernah henti... sungguh Allah memerhati dan mendengar segala apa yang kita harapkan=)

sungguhku menyayangimu ya Allah...

2 comments:

ihsan_huhu said...

org dlu2 nk g skola jalan 2-3 batu,

budak2 skang nk suro naik bas pon bising

bicara hati secawan kopi said...

emm betul tu san...