Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Tuesday, February 17, 2009

ish...


Sekarang pukul enam petang waktu mesia, baru lepas solat Asar... yang separuhnya terlalai kerana mengantuk, fokus kembali dua rakaat terakhir, "ish... bengong tul la ko ni yati, buleh pulak mengantuk dalam solat!!" getus hati saya marahkan diri yang terlalu mengikut hati... pas solat menung jap kesal sebab nape sampai hilang fokus... kadang terfikir kat dalam fikiran yang terbatas ni.. sedangkan tempoh masa solat yang memerlukan masa hanya 5 minit pun tak buleh fokus, apa lagi sesuatu yang memerlukan masa yang lama seperti mengaji, berpuasa, belajar atau bekerja?? sepatutnya saya malu, malu dengan Allah sebab main ps2 buleh pulak satu malam tak tido sebab nak abeskan mission yang tak abes atau dengar lagu-lagu melalaikan 20-30 minit atau tengok movie 2-3 jam atau tido yang lama... buleh pulak khusyuk n tido kurang-kurang 5 jam!! err masih tak cukup ke? dah la solat tu singkat pastu tak khusyuk pulak, agak-agakla kan, dapat tak pahala tu segunung emas dengan solat sedemikian rupa?? soklan tu buleh jawab sendiri. haa jawab arr...

No comments: