Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Sunday, September 20, 2009

Satu Hari, Hari Raya

Syawal menjelma lagi, bermakna kita dalam bulan dan hari yang baru... tapi saya masih seorang insan yang lama, tetap sama seperti dulu takde yang baru pun cuma yang berbeza umur yang semakin tua dan otak yang semakin mengecut, tak matang n jadi kebudak-budakan tak menyamai umur saya sekarang ni.

Namun saya harap segala amalan yang saya buat Ramadhan lepas walau sedikit, walau kekurangan, walau berdosa, walau lalai namun penuh harapan saya berharap agar titisan Rahmat dan Redha Allah memayungi saya dengan menerima segala amalan yang saya lakukan hanya keranaNYa, hanya untukNya. Moga Allah mengampuni dosa dan menerima amal ibadah saya, amin Ya Allah..

Hari ni first raya, rutin biasa saya sekeluarga, semalamnya mama masak rendang, kuah lontong, kuah kacang, ketupat, sumenya buat malam semalam dengan kerahan adik beradik yang ada (mujurla sume ada, kalu tak pengshan!!)

gambar 1: kitty dok dalam almari jadi mandur tengok kitaorang wat keje. (beli Corelle tu kat Australia, haaa..*berlagak skit* hahaha)

gambar 2: mandur ape, tido!! huh, kitty malas (macam tuan die jugak!! hik hik!=p)

usai je masak terus saya membuat tugas saya yang menjadi rutin tiap-tiap raya sampai sekarang iaitu mengosok cadar katil, memasangnya sekali (mujur acu tolong).. dan gosok baju raya satu keluarga!! kesemua kami tido dalam pukul 4 pagi, saya yang tumbang dulu! hehe.

Pagi raya adalah menjadi rutin saya memakaikan sampin untuk 4 jejaka tampan yang tua, separuh tua, separuh muda n muda (manja dorang ni!! eeiii, takpe encemnyer pasal saya pakaikan jugak!!) sebelum pergi Solat Sunat Hari raya Aidilfitri.

pas balik solat, saya bagi Kitty Gemok makan dulu, kesian dia lapo pastu barula saya ngan along sediakan juadah raya, makan time!! haha ^-^ pastu acara bersalam-salaman sambil bagi duit raya, saya dapat duit raye!! hahaha=p then bergambar satu famili first round.

Dah abes bergambar sakan melawat sedara mara pastu balik, sedara mara plak lawat kita pastu kepala pening yang teramat sangat (letih pun ye jugak) so tertido bersama acu yang menyusul lepas saya. bangun je tengok dia ada sebelah, rupanya kat bawah pun ada orang tido, ingat saya je!! huhu

pastu malamnya makan balik, huhu. then bergambar raya balik untuk malamnya pulak, second round (memang tak tukar baju sejak dari pagi!!) hahaha.

pastu... tree!! tak tau tulis ape dah, tu je la yang ada.

ps: yat, ko ni memang mengarutla! ha'ah memang aku mengarut pon!! huhu

4 comments:

Fasya said...

saya berada di rumah anda mengoment blog anda.
haha XD

kitty comel!!

raya pertama kak tati best. TIDO haha XD

seramat hali laya ;D

xoxo

bicara hati secawan kopi said...

farah: Celamat Hali Laya juge untuk farah n famili. Iye? bila farah komen? mana-mana? tak nampak pon!! te he he!!

oo kitty memang comel!! macam tuan die!! hihi;)) comel tak, comel tak?

kak tati ngan jojot memang bes tido waktu raya!! feel..

ihsan_huhu said...

aiseh.. aku igt tuh hidangan raye gk tuh kucing tuh wahahaha

bicara hati secawan kopi said...

wo wo wo, over my dead body sebelum menjadikan dia sebagai hidangan! hepp..

ps: ada orang teringin nak masukkan kitty dalam mesin basuh, microwave, jeles le tu!! haha =P