Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Wednesday, September 16, 2009

Kenangan Akhir Ramadhan



Malam ni antara malam 10 terakhir Ramadhan… hurm (berfikir sejenak)

Saya teringat kembali kisah setahun lepas, malam antara malam terakhir Ramadhan di Adelaide saya berjalan pulang seorang diri selepas usai tarawikh di Surau Adelaide University. Waktu berjalan saya mendengar lagu Halaman Cinta by Misha Omar, i’m a big fan of Misha, hehe (Misha, if u read this bagila duit raya untuk saya^-^

Sambil dengar lagu tu, saya berjalan dengan otak yang serabut, mengenang nasib ditinggalkan orang tanpa sebarang penjelasan. Saya menanti setia selama 2 tahun di Australia dan sekembalinya ke Malaysia dengan harapan untuk berkahwin seperti yang dirancangkan. Tapi harapan itu hancur… saya dapat tahu dia kahwin dengan orang lain pada bulan yang sepatutnya kami disatukan…

Hati saya sesak dengan soalan-soalan yang tidak berjawab. Mungkin saya saja yang kisah dengan hubungan ni sedangkan dia tak rasa apa-apa pun, hurmm barangkali. Mudahnya berkata-kata, memberi janji, mengungkap ayat-ayat cinta, namun hakikat pahit yang saya telan, dia hanya berdusta!!

“Sabarla, pasti ada insan lebih baik menanti untuk awak” seorang rakan baik menenangkan setelah saya ceritakan apa yang berlaku. Terima kasih atas luang masa kerana mendengar luahan saya.

InsyaAllah pasti ada insan yang lebih baik untuk saya, diwaktu hilang keyakinan pada lelaki. Saya akui, hati saya remuk... setelah seluruh hati saya serahkan padanya. Namun dia tak tahu…

Saya naik bas tepat pukul 11.45 malam n duduk di sudut yang menjadi port biasa. Termenung… kenapa ada orang tergamak menghancurkan hati sedang dia yang memulakan dahulu... Saya tergelak sendirian atas kebodohan sendiri.

Waktu duduk port biasa, saya teringat segala kata-katanya, janjinya sepanjang perhubungan membuatkan saya sedih, kecewa, tertipu, terasa amat perit sampai.. saya sendiri tak tau nak cakap macam mana. Tapi… dah berlaku pun, dia waktu ni dah prepare untuk persiapan kahwin bulan 12 nanti.

Apa yang saya kesalkan, segala usaha yang saya buat untuk selamatkan hubungan ni, segala pengorbanan yang saya lakukan untuk dia sia-sia je, tak bermakna lansung… skit pun dia tak hargai. “saya jauh... 2 tahun tu cukup lama, dia tak sanggup tunggu”, katanya pada saya.

Ye benar, 2 tahun cukup untuk mengubah hati, tapi saya setia. Cuma… dia tak nampak.

Waktu memandang bangunan-bangunan klasik Inggeris menerusi tingkap waktu bas berjalan, bergenang juga air mata saya bila teringat apa yang dah terjadi. Cepat-cepat saya kesat sebab takut mat saleh kat depan saya tu perasan.

Mungkin silap saya kerana terlalu mempercayai, memegang janji dan harapan sepenuh hati terhadapnya. Ye… memang saya silap!!

Ye la, saya hanya merancang, tapi Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah terbaik!! Saya yakin itu..

Apa yang saya harapkan, agar ada pelangi yang menyinari di celah-celah hujan gerimis yang menitik. Moga Ramadhan tahun depan, saya bisa tersenyum kembali menanti pelangi itu hadir untuk semusim lagi… kali ini untuk musim yang baru.

Tersedar dari lamunan yang hanya 15 minit tu, saya lantas menekan loceng kerana termiss 1 stesen ke depan. “huhu, jauhnyer jalan… sampai umah mesti kul 12.30 malam ni!!”

Lalu saya berjalan pulang ke rumah di malam yang suram. Berderap-derap tapak kaki saya melangkah… untuk tido dengan lena. Bes bes!! Hehe^-^

Mufler Girl,

Brooklyn Park, Adelaide 2008

ps: Pelangi tu besar, terang dan jelas!!! Alhamdulillah, Ramadhan kali ini lebih bermakna... =)


6 comments:

ihsan_huhu said...

fuih mcm drama.

ps: ala, bese r laki hahaha

bicara hati secawan kopi said...

haha, memang drama san, real nyer drama..

ps: iye? memang laki macam tu ye? ish ish teruk.. tapi tak sume macam tu kan.. san tak macam tu kan? kan? (angkat kening)

Fasya said...

sayu hati ku :(

haish, hidup ni penuh dgn dugaan.
tapi semuanya untuk menguji kesabaran kita kan? :)

"sometimes we lose the person we love, just to find the one that truly love us :) "

farah berpegang dgn prinsip itu! haha :D

ps; agak terkena juga dgn post kali ni, haha XD
farah pulak yg terkenang masa silam :D
tapi farah happy :)

and betul betul, tak semua lelaki begitu.
hik hik X)

bicara hati secawan kopi said...

farah: haa betul tu farah, pengalaman macam ni mengajar erti menghargai insan yang menyayangi kita seadanya.. Alhamdulillah kak tati bersyukur kerana Allah menggantinya dengan lebih baik=)

ps: ooo farah pun same ehh? hik hik kesian die..=p

ihsan_huhu said...

owh... mmg bese camtuh hahaha

bicara hati secawan kopi said...

san: huhu hampeh!=p