Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Tuesday, April 7, 2009

alergic

waaa.... alergic lagi!!! tadi tengok sebahagian tubuh berbintik2, merah, gatal tapi sakit dan tak selesa. dah lama juga tahan dan dah makan pun ubat makan dan sapu yg di prescribed doktor dan ahli farmasi tapi still tak berubah jadi arini ni kena jumpa doktor juga walau sebenarnya berat nak pergi sebab rasanya tak berkesan lagi kat badan yang tak lut dengan ubat-ubatan moden.

rasanya macam2 alergik yang pernah saya kena sebelum pergi ke Australia waktu kat Australia dan pas balik Australia.. memang tak lepas dari alergik, alergik makan, alergik udara, alergik hayfever, alergik hama, dan lain2 lagi tapi alergik paling teruk penah saya kena waktu kat australia selama 3 bulan berturut-turut sampai agak terjejas pengajian universiti, kerap tak datang kelas dan hanya bergantung pada kerajenan yang tak sebape ni, adala juga selak-selak buku, tengok-tengok nota, buka online resources dan sumber dari rakan yang sudi membantu... huuuu kesian saya!!=(

mula-mula sebab makan daging kambing, gatal kat lengan usah cakapla memang teruk sampai luka2 saya garu sebab terlalu gatal pastu jumpa doktor GP (general practitioner) so dia bagi ubat zyrtec untuk alergic hayfever dan gatal2 kulit. Di Australia, doktor klinik biasa GP ni dihormati dan dipercayai berbanding doktor pakar sebab GP tahu sume penyakit berbanding doktor pakar yang hanya tahu satu bidang saja.

ok, sambung cite pastu alergi bertambah teruk bila saya makan salmon dan tuna, kepala saya start pening2 sampai nak pergi sekolah pun tak larat, tengok bus stop pun dah double triple so patah balik ke rumah, pastu jumpa lagi doktor dia buat treatment akupunture guna laser tak pakai dah jarum cucuk-cucuk ni pastu balik rumah pening makin berat pastu termuntah-muntah sampai flat badan dibuatnya.. kak yana kak PhD waktu tu menjadi housemate rumah bawah risau keadaan saya terus suh berenti treatment tu setelah hampir 6 kali buat akupunture, actually tinggal kali 2 kali je lagi tapi sebab badan tak mampu untuk meneruskan treatment so saya benti sebab condition badan terlalu lemah.

namun cite tu tak berenti setakat tu saja, selepas saya berpindah rumah atas bersama kak ton, kak PhD juga saya bertambah sakit, tambah tersalah makan menambahkan alergic, saya tak buleh makan makanan yang dipreserved seperti makanan dalam tin or makanan sejukbeku seperti burger, hotdog, fish ball, ketam ball dan sewaktu dengannya.. pergi jumpa GP saya dikesan kena alergic hayfever waktu alergic makanan yang saya hadapi, waaaaaaa astaghfirullah, sakit yang memang saya tak mahu sebab tahu sakit dia macam mana.. (mana buleh nak pilih sakit lak kan). Alergic ni biasa berlaku di negara empat musim kerana ia berpunca dari musim pendebungaan waktu pertukaran musim. saya kena waktu pertukaran musim bunga ke musim panas. Sakit ni teruk bagi sesape yang kena tapi cepat baik jika kena dengan ubat dan betul rawatannya.. kena sakit ni saya terus demam teruk yang panas sejuk, panas sejuk berulang2 kali, pening kepala yang sangat teruk, muntah2 yang sangat kerap, bersin yang tak henti, batuk2 yang kering sampai hilang suara dan malam-malam mengigil sebab badan yang terlalu panas sedangkan suhu di luar waktu malam tu 10 darjah celcius!!

yang saya sangat terharu tu bila kakton malam2 buka pintu saya berikan air kosong untuk diminum agar panas badan saya kurang dan insan tersayang dari Mesia kerap bertanyakan khabar dan nasihat agar banyakkan minum air dan jangan keluar dari rumah terlalu kerap. Bila nampak sakit saya makin teruk kak ton yang belajar ubat homopati memberi last resort saya agar kurang dari sakit yang terlalu berat bagi saya waktu tu sebab seems ubat alergic yang diberi doktor tak memberi kesan pada badan. Alhamdulillah dengan treatment homopati, nasihat dan concern dari insan2 tersayang dan makan yang saya jaga, alhamdulillah beransur kurang sehingga saya pulang ke Mesia.

tapi selepas 3 bulan balik Mesia, alegic yang lain pula datang, doktor cakap ni berpunca dari udara... huuuuu dah 2 kali guna ubat yang berlainan tapi masih tak kurang pon!!

"ooiii angah, buat apa lagi tu, pi le klinik cepat dah malam ni, kang tutup!! pegi cepat" abah yang tercegat kat depan pintu bilik buat muka tak puashati sebab dari petang dia suh saya pegi klinik, tapi dia dah balik surau dari solat Maghrib, tengok saya masih khusyuk lagi kat depan komputer.. huhu ye abah.. angah pegi le ni!!! huuu abah ni, tak sporting la.. huuu ye ye angah pegi=p

No comments: