Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, January 3, 2009

..................

.... fikiran saya kosong, memandang siling bilik... lama... kemudian pandangan beralih ke dinding.. saya memandang dinding dengan ruangan minda yang masih kosong... terbayang2 tadi waktu isya.. terasa saya ada tersalah bicara, rasa bersalah terus menyelubungi diri.. untuk menenangkan hati saya mengambil wudhuk terus solat isya, mengangkat takbir.. berserta niat dalam hati.. tapi hati saya tak tenteram.. diganggu perasaan bersalah.. lansung saya batalkan niat lalu mengangkat takbir sekali lagi, dan ia berterusan sehingga 4 kali takbir harus saya ulangi semula kerana kekacauan jiwa dan hati yang di rudung sedih... dalam solat, saya tepis segala perasaan agar dapat khusyuk walau hanya 1-2 rakaat. itu saja yg termampu saya lakukan..

usai solat setelah istighfar beberapa kali saya terus ke dapur menyediakan air minum untuk teman serumah, dan untuk diri saya. selepas minum air teh yang dibuat... kak ton, teman serumah meminta diri untuk beransur kerana baby iyas dah mengantuk hendak tidur.. saya tersenyum menyembunyikan perasaan saya sambil bersembang2 dengannya beberapa ketika... sehingga kak ton masuk ke biliknya. kini, saya bersendirian di ruang tamu... masih sugul seperti tadi.. terasa lapar saya makan masakan tghhari tadi, mungkin kerana terlalu banyak berfikir, tak sedar bila masa nasi dan lauk dihabiskan.. selepas mengemas dapur saya terus membawa air teh hijau bercampur madu masuk ke bilik... duduk bersandar merenung dinding dengan fikiran yang kosong. lama...

fikiran saya mengimbas kembali segala memori yang dapat di imbas, yang buleh di ingat... dari sesaat kini hingga bertahun2 yang lepas... berat saya rasakan lalu memejam mata agar dapat merehatkan fikiran yang berjalan laju... selaju detik yang menebas masa..

sedih... sedih... itulah yang saya rasakan sekarang... hati saya pilu... saya tak sanggup menghadapi kehilangan lagi selepas ini... bagi yang pernah merasai pasti akan memahami..
terlalu perit kehilangan itu...

2 comments:

Anonymous said...

Salam kak yati~
sedih sebab tinggalkan bumi adelaide ke akak?
Sabar2 la ye..insyaAllah, dimana bumi dipijak, disitu Islam dijunjung...disaat kita berasa kehilangan, disitu ada PEMERHATI yang setia bagi mengisi kekokongan
=)

bicara hati secawan kopi said...

salam afiq...

haah sedihla afiq, sape yang tak sedih.. sebab byk suka duka waktu kat sana.. rasa rindu dengan suasana kat adelaide, rindu pada sahabat2 yang byk menabur budi n, dan rindu pada makanan yang sedap2.. yang tak dapat kat mesia... nnt afiq seblum balik, makan byk2 tau.. biar demok!! comel...=p