Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, November 15, 2008

Percaya...




Takde mood, moodi.. tensi mensi.. stress press.. apa juala yang seangkatan dengannya.. entahla.. mungkin terlalu memikir, dapat ke saya siapkan project akhir dan buleh ke saya grad akhir tahun ni.. MasyaAllah, hanya Allah je tahu perasaan saya, bagaimana beratnya saya mengalas segunung harapan daripada insan-insan tersayang agar dapat saya grad akhir tahun. Sape yang tak nak grad, terpancar wajah-wajah kesayangan termasuk kitty gemuk gembira bila mendengar berita saya dah dapat ijazah.. dapat melihat mama tersenyum bangga apabila saya berjalan di atas pentas menerima ijazah adalah harapan saya, sangatla saya harapkan agar tertebus segala penat lelah dia membesarkan saya, membayarkan yuran pengajian dan kehidupan di sini dengan duit simpanannya agar saya memperoleh pekerjaan yang baik, kehidupan yang baik dan bakal suami yang baik, insyaAllah.. itu pesannya setelah baru sebentar tadi bercakap dengannya call melalui ym. InsyaAllah mama, angah balas segala pengorbanan mama walau tak terbalas dengan kata-kata manis, ucapan terima kasih, wang ringgit, pangkat tinggi melangit, namun selagi apa yang buleh membuat mama gembira, pasti angah akan lakukan, sedaya yang angah mampu dengan izin Allah... tak mahu air mata mama menitis lagi...

setanggi syurga.. antara lagu feveret saya di kala hati gundah gulana, saya teringat 3 tahun dulu, dari um ke shah alam, naik putra lrt, then komuter, then bas ke umah mak andak.. waktu saya pasang lagu ni, punyala saya berada kat dunia saya sendiri, tengah terfikir nikmat-nikmat yang Allah beri pada saya, segala dosa yang saya buat, dan betapa sayangnya Allah pada saya... walaupun saya ni selalu buat dosa, solat patuk-patuk ayam, bacaan dalam solat just lafaz atau masuk dalam hati? pegi surau nak tunjuk kat orang ke atau ikhlas kerana Allah? zikir skit2, istighfar jarang sekali, ngaji 2-3 helai je setiap hari, ,doa pun just cam rutin ntah faham ke tak, buat baik dengan orang pun tak banyak, sedekah pun berkira-kira, tapi walaupun camtu sekali lalainya saya, tapi Allah masih sayangkan saya, kasihkan saya, Dia perkenan doa saya, Dia beri apa yang saya minta, Dia tunai segala kehendak saya, Dia penuhi segala harapan saya...

herrmm tak malu ke saya?? huuu malu.. malu sangat kadang tak tau mana nak letak muka, biasa kita ni malu dengan manusia kalu nak buat benda-benda jahat, tapi tak malu lak dengan Allah?? astaghfirullah tengah-tengah fikir tu tak sedar pun saya picit loceng then kuar dari bas, terus lintas jalan then baru nak menyeberang jambatan kecik jalan short cut ke rumahnya.. hampir saja terjatuh kat longkang besar tu sebab tak sedar mana kaki saya ni berpijak, main jaaaalan je.. jambatan depan mata pun tak nampak.. waktu tu tengah hujan turun renyai2.. tanpa saya sedar air mata saya pun turun menitis bersama air hujan tu.. sedih, pilu, dengan segala perbuatan saya selama bernafas dan bernyawa 23 tahun ni.. sampai umah mak andak, buat muka cam takde apa2.. salam sume orang terus naik atas, solat asar penuh dengan kekesalan dan penyesalan... waku tu barula nak khusyuk pun.. ala hai...nape la saya main-main je kat dunia ni sedang perkara besar menanti di akhirat nanti... huuh!! takutnya nak tempuh mati, alam barzakh, alam akhirat, syurga atau neraka.. terasa gelap pandangan saya sebentar tadi..

namun... bila terkenang rahmatNya, janji Allah yang tidak pernah Dia mungkiri... memberi kembali semangat yang kian luluh... jiwa yang makin lemah.. diri yang hampir rebah... kerana percaya dan yakin dengan janji Allah dan dengan apa yang ada di dalam kekuasaanNya, saya memohon pertolonganNya kerana hanya Allah sahaja yang buleh menolong saya di saat manusia tidak daya dan kuasa untuk sume ini. Betapa berat susah dan payah yang saya tanggungi sekarang hanya Allah yang tahu dan Dia saja dapat menolong.. Ya Allah, tolongla aku, kerana tiada yang dapat menolong aku melainkan Engkau, sesungguhnya Engkau sebaik-baik Penolong, maka tolongla aku.. amiin Ya Robb... sungguh Engkau Pengasih dan Penyayang... errmmm tenang hati saya...=)

saya comot, 4.10 pagi

Thursday, November 13, 2008

Melodi hati...


Ya Allah... Engkaulah.. Tuhanku yang Pengasih
Ya Allah... Engkaulah.. Tuhanku yang Penyayang
kepadaMu Ya Allah.. aku merintih
hanya Engkau Mendengar agar jiwaku tenang

Ya Allah... aku berdoa
ku memohon... keampunanMu
sungguh Engkau Pengampun akan dosa
maka ampunkanla dosaku

Ya Allah.. Ya Tuhanku
ku rindu padaMu
Ya Allah.. Ya Tuhanku
Engkaulah penghibur hatiku
Ya Allah.. Ya Tuhanku
penawar dukaku

Ya Allah... Engkau melihat keadaanku ini
kerana hanya Engkau tempat merayu
Ya Allah... padamu aku menyerahkan diri
kerana hanya Engkau tempat mengadu

Alhamdulillah segala puji atas segala nikmatMu
Maafkanlah atas kelalaianku dengan nikmat yang Engkau beri
jangan kerana nikmat pemberianMu melekakan aku
malah menjadikan aku lebih mensyukuri...

noorhayati
13 November 2008, 2.12 pagi.

Wednesday, November 12, 2008

The Rose



Some say love it is a river
that drowns the tender reed
Some say love it is a razor
that leaves your soul to bleed

Some say love it is a hunger
an endless aching need
I say love it is a flower
and you its only seed

It's the heart afraid of breaking that never learns to dance
It's the dream afraid of waking that never takes the chance
It's the one who won't be taken who cannot seem to give
and the soul afraid of dying that never learns to live

When the night has been too lonely
and the road has been too long
and you think that love is only
for the lucky and the strong

Just remember in the winter far beneath the bitter snows
lies the seed
that with the sun's love
in the spring
becomes the rose...


herrmm, what a memory... terimbau fikiran saya ni ke masa lampau... kali pertama mendengar lagu ni sejak 8 tahun yang lalu. Itu pun dimainkan secara piano instrumental... waktu tu tau tajuk je The Rose tapi tak penah tau ia adalah sebuah lagu yang mempunyai lirik. Ingatkan ia hanya semata lagu instrumental seperti lagu2 instrumental yang lain. Tetiba terasa hati ni sayu, taipla tajuk The Rose kat youtube.. ooo rupanya ia sebuah lagu.. yang dinyanyikan oleh Bette Midler, dipopularkan kembali oleh Westlife dengan nafas yang baru. tapi saya pilih nyanyian semula oleh Teshima Aoi penyanyi femes di Jepun sebab klip yang dibuat oleh gaudi717 kat youtube ni sangat menepati liriknya.. perhatikan klip videonya syncronise dgn lirik:) pandai orang ni buat... two thumbs untuk dia (walaupun dia tak tau ada orang yang appreciate hasil kejenye, tapi takpe2 saya ikhlas puji ni, so takyahla dia tau kan, hihi) emm waktu membaca bait-bait liriknya.. waaa sgt inspiring, terpesona sekejap dengan cantiknya susunan patah-patah perkataan dan kedalaman maknanya... Ia bukan sekadar lagu.. tapi cerminan kehidupan dalam hidup seharian... herrmm menarik.. saya membaca lagi liriknya agar dapat mentafsir maksud yang tersirat... eerrr... tafsirla sendiri...