Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts
Showing posts with label kisah hidup. Show all posts

Sunday, March 22, 2009

walking in the evening...

Petang itu... saya berjalan perlahan-lahan seorang diri di kawasan berbukit sambil memerhati permandangan yang menyegarkan mata dengan menghirup udara yang bersih... melalui jalan tar yang berbukit-bukit, di kirinya penuh dengan rumah-rumah English yang comel berderet di lereng bukit dan di sebelah kanannya dipenuhi pokok-pokok pine yang tinggi dan hijau.. emm terasa terang mata yang kabur ni bila memandang sumenye hijau kat sini... entah berapa lama saya berjalan sehingga terasa lenguh kaki tapi gagahkan juga kerana ingin sampai ke tempat biasa sebelum malam menjelang...

Sambil berjalan tu, menyapa beberapa penduduk tempatan yang sememangnya rajin menegur tak kira siapa pun yang mereka temui tambah-tambah orang asing seperti saya ni.. lagila obvious dorang nak tegur... emm waktu tengok orang-orang yang amek angin, adala couple tua2 sambil pegang tangan waktu jalan.. tua-tua pun pegang tangankan.. (ermm romantiknya dorang ni...) jarang la tengok pasangan tua kat mesia buat macam tu.. takpe!! nanti saya dah tua saya pegang tangan suami saya macam tu jugak!! hihi ^-^.

oo sambung balik... pastu saya jalan lagi nampak pulak sepasang suami isteri yang membawa stroller sambil bergurau-gurau dengan anak yang didukung oleh suaminya, so mestile stroller yang isteri dia pegang tu kosongkan... ehh tak kosong.. ada baby rupanya, hihi... silap arrrr!! malu2!! (uiihhh comelnyer baby tu tido!! siap hisap jari lagi, hihi) pastu nampak pula seorang remaja lelaki yang berjalan sorang diri.. errr samala macam saya tapi bezanya dia ada anjing untuk menemani.. uuihhh besarnya anjing dia!! bulu tebal lak tu... ada setinggi pinggang saya gamaknya.. (actually saya yang ketot, hihi)

Pastu melambai-lambai satu famili bersama anak-anak yang duduk berehat di laman rumah sambil minum petang, tea time!! (ermm bahagianya famili ni) pastu nampak pulak sepasang adik beradik yang menaiki basikal sesama, abang bawa basikal adik perempuan dia yang bonceng... uuiihhh sweetnyer adik beradik ni.. (balik umah mesti gaduh gak ni, hehe) pastu jalan lagi nampak dua orang pemuda yang berjiran sebelah menyebelah bersembang sambil membelek-belek kereta yang ada di tepi mereka (ermm lelaki, mesti sembang pasal kereta ni, kereta baru kot...)

pastu... jalan depan lagi nampak pulak sepasang suami isteri dalam 30-an sama-sama mengemas garden yang memang sedia lawa.. (nak kemas apa lagi ehhh??) nampak suami dia mengerat2 batang ros while isteri dia tengah letak anak pokok n ratakan tanah tu.. then tetiba nampak sorang budak kecik amek scope mengorek2 tanah yang mak dia ratakan cantik2 tadi... nak tolong tapi sebenarnya menyusahkan lagi...(haha, ni la dikatakan tikus yang membaiki labu) ermmm terhiburnya hati bila tengok ragam manusia yang berbeza... setiap hari pasti berubah... tidak ada yang sama.. anyway tengok orang-orang ni bulehla jugak distract saya dari merasa kaki yang semakin lenguh...


errr jap!! terdiam sekejap saya kat tepi jalan tu.. tetiba terasa sayu kat dalam hati... errr saya jalan sorang-sorangla.. takde orang teman pun.... ermmm takpela... hati saya memujuk lalu meneruskan perjalanan ke bukit yang tak bape tinggi.. sampai-sampai je saya terus duduk sambil memandang view yang sangat menenangkan mata yang memandang.. errrmmm nyamannya udara kat sini... memandang segenap ruang dan sudut yang buleh dicapai oleh mata yang kecil ni.... Subhanallah, cantiknya tempat ni.... kini saya seorang diri.. setelah puas bertemu dengan berbagai manusia sebentar tadi... kini sunyi... sepi.. tenang.. ditemani hanya.. rumput hijau yang panjang.. bukit-bukit tinggi yang menghijau.... rumah2 yang kecil dari pandangan mata... bunga2 liar yang hidup subur di atas rumput.. langit biru yang tinggi.... awan cerah bertompok-tompok putih.... lama saya memandang... mendengar bunyi burung berkicau-kicau, saya tertawa sendirian kerana comel je mereka bengurau sesama mereka... ermm betapa besarnya Allah... hebatnya Allah menjadikan semua ini... rasa kagum dengan kehebatan Pencipta... rasa tenang di hati... rasa amat tenteram seperti tiada masalah yang berlaku, lari dari dunia kota menyesak perasaan...


My prayers, my breath, my life and my death are all for you
None but you, only you, ya Allah

Every second I live, every penny I give
Is just for you
Every breathe I breath, every trace I leave
Is just for you

In all my fears, in all my tears
I'm calling you
In all my shame, in all my pain
I'm calling you

Through the night I pray, and I'm seeking your way
And it's just for you
When I shed a tear, I know you're near
And it's just for you

Hayati wa mauti wa ruhi wa dammi ilaika ya Rabbi
Anabtu ilaik laja'tu ilaik, ya Allah

My life and my death, my soul and my blood
They're all for you my Lord
I turn to You, I submit to You, my Lord

................ lama saya mendiamkan diri... tanpa disedari.. air mata membasahi pipi.... alhamdulillah.. syukur Ya Allah di atas pemberian Rahmat, hidayah dan ketenangan hati yang diberi setelah sarat fikiran dihimpit duka... namun titisan air mata tidak dapat dibendung, saya menangis teresak-esak... setelah diri terasa tak bermaya melalui ujian hidup yang sangat menekan... rupanya masih ada yang sayangkan saya, kekal menemani saya di kala saya keseorangan, kesunyian, kebingungan dalam meneruskan hidup yang tersisa ni...

setelah mengambil sedikit masa untuk reda dari tangis yang panjang.. saya bertasbih memuji Allah dan mengucapkan syukur kepadaNya, lama memerhati permandangan yang tidak akan dapat saya lihat lagi selepas ini... lalu saya bangun beransur kerana petang sudah hampir melabuhkan tirai... bergegas pulang untuk mengerjakan solat Maghrib yang cepat abes waktunya...

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (pelita), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "
An Nur ayat 35

Saturday, February 21, 2009

naik bas...

"Oiii.... masuk belakang.. masuk belakang... neii, thamby, tangichii, kanganaa (pegi belakang) (sesapa yg berbangsa tamil buleh betulkan maknanya) weiihh masuk belakang arr, tak nampak ke org nak masuk ramai tu.." suara yang hangin kerana keadaan dalam bas yang sangat sesak, disesakkan lagi seberapa buleh orang yang naik sebab kekurangan bas, dengan orang-orang baru balik kerja dan budak-budak baru balik sekolah, berpeluh-peluh, dengan bermacam-macam bau, panas, takde aircond, letih, bisa membuat orang yang kebiasaannya diam dan tenang menjadikan suasananya agak tegang, udaranya penuh tertekan.

saya yang dari tadi memerhati senario yang biasa di dalam bas selangor ni tersengih n tergelak sendiri melihat budak-budak yang dimarahi tadi mengajuk balik apa diarahkan pada mereka, " ooii masuk belakang la.. masukla.. korang tak dengar ke? weiihh masuk la belakang.." sambil menolak-nolak rakan-rakan yang terdiri dari Melayu dan India yang bersekolah sama agar pergi ke belakang, tersengih mereka bergurau senda walau dalam keadaan letih dan berbau masam. Ceria dan riang budak-budak sekolah tu membuatkan orang-orang yang memarahi itu bertambah hangin dan membuatkan saya makin tergelak sendiri kerana sepatutnya pemandu bas tu yang marah dan memang sedia penat tu, buat dek je memandu sambil lagu-lagu Tamil berkumandangan sepanjang perjalanan balik ke rumah.

saya memerhati muka-muka yang berada di dalam bas tu, tiap-tiap satunya menceritakan kisah hidup yang berbeza, mencerminkan cara hidup yang berbeza, agama yang berbeza, nilai yang berbeza, pegangan hidup yang berbeza... unik Allah jadikan manusia yang sebenarnya buleh hidup dalam suasana yang berbeza cuma kita yang selalu menyempitkankan perbezaan itu sehingga kita tak nampak manisnya perbezaan itu...


abah selalu tertanya-mengapa saya suka sangat naik bas selangor yang usang lagi lembab untuk ke KL kerana dia buleh menghantar saya di mana-mana stesen komuter agar mudah perjalanan saya namun saya lebih senang memilih untuk naik bas walaupun selalunya saya tak menolak ajakan abah untuk naik bersamanya.

saya menjawab soalannya dengan pertanyaan juga, kenapa abah suka naik Honda abah ni? "dia menjawab sebab senang abah nak pi kerja, tak penat, ada aircond and cepat. ' saya just tersenyum mengiyakan jawapannya " emm betul abah, tapi abah.. bukan sume orang yang bernasib baik seperti abah, ada kereta, ada umah, ada duit, anak dah besar yang buleh senangkan abah akan datang" mungkin abah tak nampak... tapi abah, kebanyakan orang yang naik bas tu hanya mampu menaiki bas bukan kereta bukan motor tapi bas abah sebab takde duit nak beli kereta atau motor, tambah tu satu-satunya pengangkutan yang dorang ada untuk bergerak. Duit yang ada hanya cukup untuk sekolahkan anak, bayar bil sana, bil sini, barang-barang makan, tapi gaji tak naik, duit ada tak cukup pun untuk tanggung hidup, malah tambah menekan.

Abah tau tak? (tak tau) tiap kali naik bas tu angah rasa sedih n insaf tengok kebanyakkan (bukan semua) muka-muka yang ada berkerut, baju yang lusuh, hati yang susah memikirkan masalah hidup, merendek-merendek bawa barang banyak masuk dalam bas sedang orang ada kete masuk je kat dalam bonet. Anak-anak kecik tertido kat besi tepi bas sedang orang yang ada kete anak nyenyak tido kat belakang seat yang cosy. ni realiti abah... hidup yang real, kita bukan hidup dalam angan-angan!! tapi angah bersyukur sebab hidup senang tak macam dorang, alhamdulillah, at least dengan naik bas tu kan abah buleh arr mengingatkan angah if dah hidup senang nanti, angah takkan lupa orang yang susah, buleh tolong dorang sekadar mampu... abah, orang ada duit, ada kereta, ada rumah mewah, memang tak nampak susah, n tak dapat imagine susah tu macam mana.. kalu memang tak ada duit abah, memang takdela!! nak cekau mana? mungkin bagi orang-orang seperti abah rasa biasa tak ada apa2, sebab... abah tak rasa apa yang dorang rasa, cuba abah kat tempat dorang susah, takde duit, anak-anak ramai, ada yang menyusu pulak, yuran sekolah, bil macam-macam, tak masuk hutang lagi, barang makan, pakaian anak isteri, tambah if isteri suri rumah tak keje, kalu takde isteri jaga anak2 yang ramai tu, mahu gila fikir sape nak jaga? cuba abah bagitau?

abah yang sedari tadi, terdiam memikirkan apa yang saya katakan tadi, lama dia mendiamkan sampai hampir terlanggar divider sebab memikir... oit, abah, divider lee... baru dia betulkan balik stereng. angah.. terketuk kepala abah ni angah.. sampai tahap tu ko fikir naik bas? orang lain naik bas, just naik bas je la.. takdela fikir camtu! dalam hati saya tergelak je! angah, betul la angah cakap tu, abah tak terfikir lansung, rasanya abah dah susahkan rupanya ada orang lagi susah, ye la angah, abah patutnya bersyukur apa yang Allah dah beri. alhamdulillah, abah patut bersyukurkan.. emmm saya mengangguk sambil tersenyum memandang abah yang semakin hari semaikn kerut wajahnya ditelan usia. "abah.. angah sayang abah..." sambil mengucup pipinya sebelum keluar dari kete untuk ke stesen komuter. Dia hanya tersengih malu kerna dikucup sebegitu. "apela abah ni, tu pun nak malu, anak abah yang cium ni, bukan gelfren, nak malu apa?" dia tergelak sambil tersipu2 sengih sebab malu.. apa-apa je la abah oii...

Ni hanya sedikit dari rentetan kisah hidup yang panjang.... yang memerlukan usaha yang bukan sedikit, pengorbanan yang berpanjangan, tawakkal yang tak berbelah bahagi, dan doa yang tak pernah henti... sungguh Allah memerhati dan mendengar segala apa yang kita harapkan=)

sungguhku menyayangimu ya Allah...

Sunday, February 8, 2009

Selamat Petang Mesia...

uiiihh dah lamanyer tak update blog.. kalu umah ni. dah lama penuh sawang labah-labah n jadi umah tinggal tapi sbb dia blog so takyahla susah-susah saya nak cuci.. hihi, bagus-bagus.. ni yg bes ada blog ni.. if ada umah camni , pening gak kepala, haaiisshh pemaleh nyer minah ni.. biar maleh update blog tapi jgn maleh kemas umah.. hahaha (actually tengah curi tulang sebelum sambung kemas umah balik, hihi)

ermm rasanya 25.1.2009 adalah hari yang paling gembira buat saya sebab ni la kali pertama saya berjumpa dengan sedara mara sejak balik dari australia sebulan lepas... tu pun sebab sepupu saya kawen di Sungai Petani, Kedah, tahniah buat norhafizah dan suami... so sume pakat turun ke Kedah dari KL pagi-pagian lagi jadi jumpa memang samala kat kenduri tu, hehehe...

so masa yang sangat sesuai untuk berjumpa kembali setelah lama tak berjumpa, ceh cam jejak kasih la pulak.. tapi ye la time sembang-sembang tu rasa cam tak percaya je masing-masing sume dah besar-besar.. ada yang dah nak abes pengajian sedang dulu baru je masuk u.. ada yang baru masuk matrik sekarg dah masuk u pun.. ada yang baru amek spm tapi skrg tggu result je.. ada yang menyusu botol sekarag dah makan guna tangan sendiri.. dulu rambut hitam sume skrg dah beruban.. (merujuk pakcik2 saya). ermm... rasa cam saya ni duduk kat satu dimensi yang tak jumpa orang tetiba jumpa balik n sume berubah.. err ke saya ni mmg ketinggalan zaman... errrr entahla...
sume excited bertanya saya camne perasaan bila balik mesia, apply keje kat mana sekarang, bila nak kawen and nak duduk mana nanti.. so jawabla sekadar jawapan yang telah pun dikarang sejurus sebelum ke kedah, hihi.. bijak tak saya?

emm kalu dah ada gambar dulu-dulu rasa nak je compare dengan gambar sekarang untuk tunjuk betapanya kitaorang ni dah tua.. sume dah besar.. ni la antara kitaorang yang dulunya budak hingusan je.. tapi sekarang sume dah anak dara.. and yang paling penting kitaorang ni sumenyer single-single belaka... but not available, hihi. kecuali sepupu yang jaraknya jauh dari kitaorang yang membesar sebaya.. rasa seperti ada gap generation sebab jarak umur yang terlalu jauh so rasa sepupu yang kecik-kecik ni cam anak-anak buah jer.. hehe.. tapi takpe buleh usik2.. waktu makan aritu pun usik si najihah (gambar di bawah kiri dari barisan dua) sebab dia paling sesuai untuk diusik sebab asek gelak jer!!
pastu gunakan kuasa suh dorang amek gula-gula sebab kitaorg ni dah besar ni malu nak amek.. so dengan senang hatinyer dorg pegi amek kat orang jaga bunga telur tu dalam 7 batang gula-gula n bagi kat kitaorang 7 orang anak dara ni.. termasuk bapak budak yang pakai tshirt hijau ni... hahah bijak tak?

haaaa, bijak-bijak, so dah puas sembang n makan dalam kul 6 petang lebih baru kitaorang berpecah untuk balik semula ke pangkal jalan iaitu, Kuala Lumpur...

Monday, December 1, 2008

bicara santai bersama chee chung: kahwin



khamis, 27 nov 2008, uuuihhh hepinya saya dapat kad jemputan kahwin live and in person daripada mat shah agak2 dalam 6.15 ptg tadi, huh bangga2 ^-^... pas sembang skit pasal walimahnya, baju nikah wana apa, baju kenduri wana apa etc.. terus saya pergi ke pc pool untuk berjumpa chee chung dan menyiapkan project yang hampir 3/4 siapnya... saya menujukkan kad jemputan mat shah itu kepadanya, dia senyum then dia cakap nanti kita tengok sama2.. saya pun senyum jawab ok.. then kitaorang masing2 buat kerja tanpa bercakap sampaila hampir nak balik. Kul 9 malam kita orang benti insyaAllah esok sambung balik kejenya then chee chung pun membuka mulut untuk mulakan bicara...




"eiih yati.. mana itu kad awak mau tunjuk tadi" dia menghulur tgn meminta.. saya pun bagi sebab memang saya letak atas meja. dia pun tengok kad tu dan buka isi di dalamnya... " uiihh cantik kad ni, ungu.. sape kahwin??" dia bertanya sambil ralit membaca apa yang tertera dalam kad tu " erm kawan saya, nama dia muhammad shah, 25 jan tahun depan dia kawen.. "waaa sudah dekat, dia dah balik mesia belum?, erm belum lagi dia balik 25 dec ni.., oo lagi sebulan la.. mesti sudah well prepared ni sebab bleh balik sebulan before kawen, dia mengomel sendiri, ha'ah agakla.. ni bape tahun nye preparation ni chee chung, hehe.. kawen uuii, bukan senang.. mau kawen senang la, nak maintain kawen tu, susah.., ye la betul2..dia mengiyakan.. tapi kawen ni hari banyak guna duitla.. aiyyoo saya mau cari mana duit kalu kawen nanti, dia mengaru kepala.. eeii yati, ni kenapa ada 2 tempat, 2 nama tapi susunan tak sama, oo mestila.. ni nama orang yang sama, camni.. sebelah kiri ni nama pihak perempuan then sebelah kanan ni untuk pihak lelaki, biasanya orang melayu buat sebelah perempuan dulu baru lelaki.. saya menjelaskan.. "oo macam tu.. kalu orang cina tak kisah mana2 dulu, lelaki ke perempuan tak kisah .. nak buat same2 pun buleh.., oo ye ehh? lain skitla camtu saya membalas.

Eh chee chung.. bila awak mau kawen arr? sudah ada gelfren mau buat bini? saya bertanya sambil tersengih, (jangan dia tanya saya balik sudah..) errr tak taula bila, saya takde gelfren, macam mana mau cari?? mau cari gelfren senangla, mau cari bini baik hari ni susah la.. yang faham saya, jaga anak2, tak kisah berkorban skit.. bleh tolerate dengan saya, nanti saya balik rumah penat.. tak bising2, marah2.. aaiyyaa susah ini.. dia mengaru2 kepala lagi.. err saya rasa suruh saja ibu saya carila bini untuk saya.. susah2 otak saya saja fikir.. arrange marriage pun tak apa.. ibu saya cikgu mesti ada network untuk cari cikgu muda2 macam saya.., saya tergelak.. aiyoo chee chung awak rasa awak muda ke?? sudah 24 tahun, tak muda laaa.. sudah cukup umur kawenla ooii, aiiyaa tapi kawen umur 24 tahun agak mudala bagi saya, mungkin 27-28 ideal saya kawen la.. cari kerja dulu, kasi banyak duit, beli rumah, ada kereta, mau bagi bini makan, anak-anak sekolah, uiii berat ooo jadi lelaki.. dia tergelak.. aaaii macam mana ibu saya jaga kami 3 beradik dia sorang2 sejak ayah takde.. waaahh saya respectla sama ibu saya...dia tabah n strong!! saya hanya tersenyum.. eemm bagus ni chee chung, dari gayanya bercakap sudah tahu dia memang bertanggungjawab.

Err saya tak kisah bini saya tak masak ke, basuh baju ke, kemas rumah ke.. saya buleh buat itu sume.. saya suka masak, kemas dan buat keje2 rumah saya just bini saya jaga anak-anak, biar pandai, hormat orang dan ada moral, nanti sudah tua saya bangga dapat anak-anak macam ni setelah penat sepanjang usia bekerja untuk senangkan bini dan anak-anak..


saya masih tersenyum.. mengangkat kening tanda bersetuju dengan apa yang dia katakan..
eeii yati.. bila awak mau kawen?? awak sudah umur 26 tahun, ideal perempuan kawen 24-25.. sape bakal suami awak, saya tau awak ini type orang tak main ini cinta boyfren gelfren ni.. bila haaa?? dia mengangkat kening, memandang saya tersengih.. hahaha saya dah agak dia akan tanya, keh-keh.. err muka saya dah merah tak tahu nak jawab.. tapi riak muka memang selamba sebab tak mau ketara sangat saya malu...

saya terus menjelir comel kat die... sebab malu. errr bakal suami saya orang mesiala, haha.. ermm tahun depan chee chung, insyaAllah.., uuii sape itu lelaki dapat awak ni.. untung ni dia.. nanti awak kawen jemput saya, ni email personal saya.. awak jangan lupa jemput, nanti saya tak mau kawan awak lagi... tau?? yati.. itu future husband awak bukan cina eiii?? awak kan half cina, kenapa tak mau cari cina jugak? bukan ramai Muslim Chinese sekarang ni? err untung apa? rugi sape dapat saya ni.. emosional, jiwang tangkap leleh!! sape la yang rugi tu kan.. hiii kesian die!! =p errr tu laa awak.. tak mau carikan saya sorang chinese mana mau jumpa.. kan dapat melayu juga, aisehh... ish2.. saya mengeleng tersengih..

untuk mengalihkan topik supaya dia tak bertanya lebih lanjut, saya bercakap, eeii chee chung, nanti awak kawen jemput saya tau?? saya nak tengok sapela bakal isteri awak yang bertuah dapat awak ni.. eehh mesti jemput punya.. eeii yati.. awak tau tak? ini cina kawen lebih kurang 40-50 ribu ooo.. isshh cekik leher ini.. dia membuat aksi pancung leher.. haha saya tergelak.. melayu kawen.. emm depend macam mana orang tu nak.. kalu mau buat murah, murahla.. kalu mahu besar-besaran, terpulang.. yang lebih baik sederhana. tapi chee chung.. kawen ni beratla chee chung.. bukan sekadar kawenla.. kalu kawen, hidup laki bini, ada anak, kerja, cari duit, buat rumah, beli kereta, anak besar, sudah tua then mati.. itu saje ke purpose kawen eii?? saya menyoal dia..

uuiihh, ada tujuan lain eii?? dia bertanya.. ermm mestila ada tujuan.. tujuan kawen from Islam perspective macam ni, saya cakap cara mudahla, dalam kawen tu kita nak love each other kan, suami isteri betul? dia mengangguk, so kita sayang suami, suami sayang kita, anak-anak sayang kita suami isteri sebab... untuk dapat sayang Allah sebab Dia yang jadikan kita ni.. then suami saya, saya, anak-anak berusaha untuk gain sebanyak deeds yang buleh please Allah, then bila Allah pleased pada kita, dia sayang kita then bila dia sayang, dia beri kita Syurga, bila dapat Syurga... saya tanya awak, nak masuk Neraka tak if dapat Syurga?? aooii, mestila tak mau.. dia menggeleng... haa pandai pon!! itula purposenye... bila dapat Syurga dapat jumpa Allah^-^ chee chung khusyuk dengar mengangguk faham sebab dia Cina Kristian so dia faham.. then dia tengok jam tangan dah kul 9.35 malam, haaaa weeih yati!! lagi 10 minit nii.. train 9.50.. eeii ni kena lari ni... eeiii yati.. catch you later ok?? see you tomorrow kat mawson esok, ok?? emm baik..cepat chee chung.. cepat lari.. nanti awak sudah naik train, inform saya.. at least saya tau awak sudah dapat catch itu train, hihi.. dia pun tergelak.. ok2.. chow=)

ps: lagu kasihku abadi tu ditujukan kepada Muhammad Shah dan Zetty Akmal, Ekram Elyas dan Haniza Hasan, Syu'aib dan Mariam yang berada di Mesir sekarang ni, masing-masing bakal menamatkan zaman bujang.. dengan ucapan Selamat Pengantin Baru.. Semoga Allah memberkati pernikahan kalian.. Amiin.. Mabruk!!=)

Saturday, November 29, 2008

hari ini...

Hari ini.. masih saya di project room bersama chee chung sejak dari pagi hingga... ermm tak tahu sampai bila buleh balik.. masuk arini dah hampir sebulan saya balik umah lagi 15 minit kul 12 malam, sejak itu saya berterusan belajar mengenal erti hidup... pegi uni di mawson seawal pagi, dari rumah naik bas, sampai city naik ketapi sampai stesen ketapi di mawson naik pula bas pastu jalan kaki terus ke Bangunan H, Water Engineering Building, UniSA Mawson Campus... duduk terperap dalam ni sampai pukul 10.15 malam paling kurang pastu jalan pulang dalam gelap suram malam keseorangan dalam 15 minit sampai ke stesen ketapi, 10.30 naik ketapi 11.15 malam sampai ke city naik bas ke rumah, 11.30 sampai umah terus solat isya' , pukul 12 makan terus sambung buat kerja mungkin sampai 3-4 pagi terus solat subuh, tido sekejap pukul 7 bgn kul 9-10 terus ke mawson.. begitula seterusnya sehingga arini.. sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari rumah ke mawson-mawson ke rumah.. banyak pengajaran dan pelajaran yang saya ambil dan kutip...

dari minum secawan kopi di pagi hari membaca bismillah, keluar rumah membaca doa perjalanan, berdiri 2-3 minit depan pemain jalanan bermain alat music yang menghiburkan sambil sedekah 1-2 dolar sebab dengar dia main tu, main kejar2 dengan bas dan ketapi, duduk di dalamnya tersemput2 merenung awan dan langit ciptaan Allah sambil memujiNya sampai hampir terlepas stesen, senyum pada orang yang memandang.. bila melihat yang memandang bermuka muram kembali tersenyum, betapa sukanya hati saya sebab buat orang tersenyum, hermm alangkah indahnya perasaan itu=), mengucap "good morning" pada orang yang mengucapkan pada saya waktu berjalan, menyanyi2 sambil membuang sampah atau ranting yang berada di laluan jalan.. hingga pada malam harinya.. berkali-kali di lontar kata-kata kesat, maki cela dengan sign2 lucah oleh orang-orang kafir yang penuh kedengkian di dalam hati mereka (bodo dorang tu!!), hampir dibaling botol arak oleh orang2 kehilangan akal waktu bermabuk-mabukan, dipandang dengan pandangan nakal yang meleret sehingga hilang dari pandangan, dihalang dan disuruh membuka tudung agar ditukarkan dengan topi, ditahan perjalanan oleh orang-orang yang samseng. Sungguh... jikalah tidak dengan pertolongan Allah pada saya, saya tak mungkin dapat menulis lagi dalam blog ni.. sepanjang perjalanan ni, memang Allah Pelindung dan Penyelamat saya.. Sang Kekasih yang saban hari dalam ingatan saya kerana Dia yang memberi hidup kepada saya selama ni, alhamdulillah, saya menarik nafas lega..

Hari ini, saya masih di sini.. di project room bersama chee chung sedari pagi sehingga sekarang pukul 7 malam. tadi.. saya nampak mukanya keletihan, saya pun offer membuat kopi untuknya agar dia berasa bertenaga skit setelah dari pagi bertungkus lumus menyiapkan dua final project kami sekali gus.. saya yang hanya pembantunya takde la penat sangat berbanding dia.. walaupun sebenarnya rasa dah tak larat sangat tengok project ini selama hampir sebulan... so saya turun tingkat 2 membuat kopi untuknya.. belikan dia coklat dan potato chips dan beri separuh mihun yang saya bawa dari rumah agar dia tak rasa letih seharian bekerja.. saya nampak mukanya tersenyum bila saya menghulurkan air kepadanya.. dia pun minum " uuiihh yati... sedapnyer kopi!! awak letak ape? errmm rasa dia sgt smooth, tak pekat n tak manis sangat, sedap laaa.." dia minum lagi penuh khusyuk.. saya just tergelak melihat telatah die yang neutral tu.. then balas, "letak ape chee chung?? err saya letak hati saya dalam tu.. sincere from my heart, you know.. haha, saya tergelak.. dia pun gelak same" eeii, pandai ni awak buat air kopi.. sedap weeii tak tipu!! yati.. tq buat ini air" dia tersenyum sambil mengunyah2 coklat.. "well, tengokla sape buat, saya.. tadi kan patut awak cakap, sape buat, bukan letak ape.. baru betul.. hiiii" dia tergelak sebab tak penah tengok saya puji diri sendiri..

pas penat kepala otak sejak pagi tadi menghadap pc tanpa bercakap sepatah pun.. kitaorang rehat jap sembang-sembang pasal hidup yang kami masing-masing bakal lalui selepas grad nanti.. pasal keje, teman hidup, kahwin, tinggal mana lepas berkahwin, ibu ayah, adik beradik etc.. asyik bersembang dengan dia sampai setengah jam.. saya sedari.. dari awal cite pasal hidup dia, dia asyik sebut nama ibu dia, bagaimana nak menyenangkan hati ibu, nak dapat isteri macam ibu, suruh ibu carikan isteri, nanti sudah kerja dia mau bantu ibu, bagi duit banyak2 bawa dia melancong tempat yang dia suka.." then saya tanya dia, "mana ayah awak? since saya tak pernah dengar awak sebut nama ayah.." dia tenang menjawab "ayah saya takde, sudah lama takde.. dia mati waktu saya 11 tahun, sekarang saya sudah umur 24 tahun.. ibu saya jaga kami tiga beradik sume lelaki.. adik saya last itu umur 5 tahun at that time, jadi tak penah jumpa ayah.." saya terdiam.. kerana teringat seseorang dalam hidup saya juga mempunyai kisah hidup yang sama.. "jadi ibu awak tak kawen lain ke? emm tak" dia membalas ringkas.."ehh chee chung.. awak jaga hati ibu awak baik-baik tau, susah payah dia jaga awak sampai besar ni tanpa ayah, bayar yuran pengajian awak.. ermm saya pun same ni.. saya tak mau buat mama saya susah hati.. mama saya bayar yuran pengajian saya ni.. hiii tak terbalas jasa ibu kita ni.." ye laa yati.. kita serupa la.., ehh mama awak same datang tarikh ibu saya kan?? nanti kalu mama awak datang kasi jumpa ibu saya la.. kita jumpa sama2 waktu graduation nanti" dia mencadangkan sambil tersenyum " em.. buleh2.. mestila buleh.." saya membalas tersenyum.. dia pun sengih je sambil kunyah potato chips then kitaorang buat kerja masing2 balik..

saya pun kembali memandang pc, keje yang setia menanti untuk dihabiskan sebelum kul 11 malam.. saya merenung sejenak.. otak saya masih berfikir tentang hidup.. kasih ibu.. mereka memberi tanpa meminta balasan.. kasih Allah.. Dia memberi walau kita mengingkariNya, walau kita melupakanNya, walau kita berkelumit dosa! sedang kita, masih berkira-kira untuk memberi... walau hanya sedikit senyuman. hermm...

Erti Hidup Pada Memberi, biar pun hanya secawan kopi -
Ustaz Hasrizal, saifulislam.com