Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, February 21, 2009

naik bas...

"Oiii.... masuk belakang.. masuk belakang... neii, thamby, tangichii, kanganaa (pegi belakang) (sesapa yg berbangsa tamil buleh betulkan maknanya) weiihh masuk belakang arr, tak nampak ke org nak masuk ramai tu.." suara yang hangin kerana keadaan dalam bas yang sangat sesak, disesakkan lagi seberapa buleh orang yang naik sebab kekurangan bas, dengan orang-orang baru balik kerja dan budak-budak baru balik sekolah, berpeluh-peluh, dengan bermacam-macam bau, panas, takde aircond, letih, bisa membuat orang yang kebiasaannya diam dan tenang menjadikan suasananya agak tegang, udaranya penuh tertekan.

saya yang dari tadi memerhati senario yang biasa di dalam bas selangor ni tersengih n tergelak sendiri melihat budak-budak yang dimarahi tadi mengajuk balik apa diarahkan pada mereka, " ooii masuk belakang la.. masukla.. korang tak dengar ke? weiihh masuk la belakang.." sambil menolak-nolak rakan-rakan yang terdiri dari Melayu dan India yang bersekolah sama agar pergi ke belakang, tersengih mereka bergurau senda walau dalam keadaan letih dan berbau masam. Ceria dan riang budak-budak sekolah tu membuatkan orang-orang yang memarahi itu bertambah hangin dan membuatkan saya makin tergelak sendiri kerana sepatutnya pemandu bas tu yang marah dan memang sedia penat tu, buat dek je memandu sambil lagu-lagu Tamil berkumandangan sepanjang perjalanan balik ke rumah.

saya memerhati muka-muka yang berada di dalam bas tu, tiap-tiap satunya menceritakan kisah hidup yang berbeza, mencerminkan cara hidup yang berbeza, agama yang berbeza, nilai yang berbeza, pegangan hidup yang berbeza... unik Allah jadikan manusia yang sebenarnya buleh hidup dalam suasana yang berbeza cuma kita yang selalu menyempitkankan perbezaan itu sehingga kita tak nampak manisnya perbezaan itu...


abah selalu tertanya-mengapa saya suka sangat naik bas selangor yang usang lagi lembab untuk ke KL kerana dia buleh menghantar saya di mana-mana stesen komuter agar mudah perjalanan saya namun saya lebih senang memilih untuk naik bas walaupun selalunya saya tak menolak ajakan abah untuk naik bersamanya.

saya menjawab soalannya dengan pertanyaan juga, kenapa abah suka naik Honda abah ni? "dia menjawab sebab senang abah nak pi kerja, tak penat, ada aircond and cepat. ' saya just tersenyum mengiyakan jawapannya " emm betul abah, tapi abah.. bukan sume orang yang bernasib baik seperti abah, ada kereta, ada umah, ada duit, anak dah besar yang buleh senangkan abah akan datang" mungkin abah tak nampak... tapi abah, kebanyakan orang yang naik bas tu hanya mampu menaiki bas bukan kereta bukan motor tapi bas abah sebab takde duit nak beli kereta atau motor, tambah tu satu-satunya pengangkutan yang dorang ada untuk bergerak. Duit yang ada hanya cukup untuk sekolahkan anak, bayar bil sana, bil sini, barang-barang makan, tapi gaji tak naik, duit ada tak cukup pun untuk tanggung hidup, malah tambah menekan.

Abah tau tak? (tak tau) tiap kali naik bas tu angah rasa sedih n insaf tengok kebanyakkan (bukan semua) muka-muka yang ada berkerut, baju yang lusuh, hati yang susah memikirkan masalah hidup, merendek-merendek bawa barang banyak masuk dalam bas sedang orang ada kete masuk je kat dalam bonet. Anak-anak kecik tertido kat besi tepi bas sedang orang yang ada kete anak nyenyak tido kat belakang seat yang cosy. ni realiti abah... hidup yang real, kita bukan hidup dalam angan-angan!! tapi angah bersyukur sebab hidup senang tak macam dorang, alhamdulillah, at least dengan naik bas tu kan abah buleh arr mengingatkan angah if dah hidup senang nanti, angah takkan lupa orang yang susah, buleh tolong dorang sekadar mampu... abah, orang ada duit, ada kereta, ada rumah mewah, memang tak nampak susah, n tak dapat imagine susah tu macam mana.. kalu memang tak ada duit abah, memang takdela!! nak cekau mana? mungkin bagi orang-orang seperti abah rasa biasa tak ada apa2, sebab... abah tak rasa apa yang dorang rasa, cuba abah kat tempat dorang susah, takde duit, anak-anak ramai, ada yang menyusu pulak, yuran sekolah, bil macam-macam, tak masuk hutang lagi, barang makan, pakaian anak isteri, tambah if isteri suri rumah tak keje, kalu takde isteri jaga anak2 yang ramai tu, mahu gila fikir sape nak jaga? cuba abah bagitau?

abah yang sedari tadi, terdiam memikirkan apa yang saya katakan tadi, lama dia mendiamkan sampai hampir terlanggar divider sebab memikir... oit, abah, divider lee... baru dia betulkan balik stereng. angah.. terketuk kepala abah ni angah.. sampai tahap tu ko fikir naik bas? orang lain naik bas, just naik bas je la.. takdela fikir camtu! dalam hati saya tergelak je! angah, betul la angah cakap tu, abah tak terfikir lansung, rasanya abah dah susahkan rupanya ada orang lagi susah, ye la angah, abah patutnya bersyukur apa yang Allah dah beri. alhamdulillah, abah patut bersyukurkan.. emmm saya mengangguk sambil tersenyum memandang abah yang semakin hari semaikn kerut wajahnya ditelan usia. "abah.. angah sayang abah..." sambil mengucup pipinya sebelum keluar dari kete untuk ke stesen komuter. Dia hanya tersengih malu kerna dikucup sebegitu. "apela abah ni, tu pun nak malu, anak abah yang cium ni, bukan gelfren, nak malu apa?" dia tergelak sambil tersipu2 sengih sebab malu.. apa-apa je la abah oii...

Ni hanya sedikit dari rentetan kisah hidup yang panjang.... yang memerlukan usaha yang bukan sedikit, pengorbanan yang berpanjangan, tawakkal yang tak berbelah bahagi, dan doa yang tak pernah henti... sungguh Allah memerhati dan mendengar segala apa yang kita harapkan=)

sungguhku menyayangimu ya Allah...

Tuesday, February 17, 2009

ish...


Sekarang pukul enam petang waktu mesia, baru lepas solat Asar... yang separuhnya terlalai kerana mengantuk, fokus kembali dua rakaat terakhir, "ish... bengong tul la ko ni yati, buleh pulak mengantuk dalam solat!!" getus hati saya marahkan diri yang terlalu mengikut hati... pas solat menung jap kesal sebab nape sampai hilang fokus... kadang terfikir kat dalam fikiran yang terbatas ni.. sedangkan tempoh masa solat yang memerlukan masa hanya 5 minit pun tak buleh fokus, apa lagi sesuatu yang memerlukan masa yang lama seperti mengaji, berpuasa, belajar atau bekerja?? sepatutnya saya malu, malu dengan Allah sebab main ps2 buleh pulak satu malam tak tido sebab nak abeskan mission yang tak abes atau dengar lagu-lagu melalaikan 20-30 minit atau tengok movie 2-3 jam atau tido yang lama... buleh pulak khusyuk n tido kurang-kurang 5 jam!! err masih tak cukup ke? dah la solat tu singkat pastu tak khusyuk pulak, agak-agakla kan, dapat tak pahala tu segunung emas dengan solat sedemikian rupa?? soklan tu buleh jawab sendiri. haa jawab arr...

Sunday, February 8, 2009

Selamat Petang Mesia...

uiiihh dah lamanyer tak update blog.. kalu umah ni. dah lama penuh sawang labah-labah n jadi umah tinggal tapi sbb dia blog so takyahla susah-susah saya nak cuci.. hihi, bagus-bagus.. ni yg bes ada blog ni.. if ada umah camni , pening gak kepala, haaiisshh pemaleh nyer minah ni.. biar maleh update blog tapi jgn maleh kemas umah.. hahaha (actually tengah curi tulang sebelum sambung kemas umah balik, hihi)

ermm rasanya 25.1.2009 adalah hari yang paling gembira buat saya sebab ni la kali pertama saya berjumpa dengan sedara mara sejak balik dari australia sebulan lepas... tu pun sebab sepupu saya kawen di Sungai Petani, Kedah, tahniah buat norhafizah dan suami... so sume pakat turun ke Kedah dari KL pagi-pagian lagi jadi jumpa memang samala kat kenduri tu, hehehe...

so masa yang sangat sesuai untuk berjumpa kembali setelah lama tak berjumpa, ceh cam jejak kasih la pulak.. tapi ye la time sembang-sembang tu rasa cam tak percaya je masing-masing sume dah besar-besar.. ada yang dah nak abes pengajian sedang dulu baru je masuk u.. ada yang baru masuk matrik sekarg dah masuk u pun.. ada yang baru amek spm tapi skrg tggu result je.. ada yang menyusu botol sekarag dah makan guna tangan sendiri.. dulu rambut hitam sume skrg dah beruban.. (merujuk pakcik2 saya). ermm... rasa cam saya ni duduk kat satu dimensi yang tak jumpa orang tetiba jumpa balik n sume berubah.. err ke saya ni mmg ketinggalan zaman... errrr entahla...
sume excited bertanya saya camne perasaan bila balik mesia, apply keje kat mana sekarang, bila nak kawen and nak duduk mana nanti.. so jawabla sekadar jawapan yang telah pun dikarang sejurus sebelum ke kedah, hihi.. bijak tak saya?

emm kalu dah ada gambar dulu-dulu rasa nak je compare dengan gambar sekarang untuk tunjuk betapanya kitaorang ni dah tua.. sume dah besar.. ni la antara kitaorang yang dulunya budak hingusan je.. tapi sekarang sume dah anak dara.. and yang paling penting kitaorang ni sumenyer single-single belaka... but not available, hihi. kecuali sepupu yang jaraknya jauh dari kitaorang yang membesar sebaya.. rasa seperti ada gap generation sebab jarak umur yang terlalu jauh so rasa sepupu yang kecik-kecik ni cam anak-anak buah jer.. hehe.. tapi takpe buleh usik2.. waktu makan aritu pun usik si najihah (gambar di bawah kiri dari barisan dua) sebab dia paling sesuai untuk diusik sebab asek gelak jer!!
pastu gunakan kuasa suh dorang amek gula-gula sebab kitaorg ni dah besar ni malu nak amek.. so dengan senang hatinyer dorg pegi amek kat orang jaga bunga telur tu dalam 7 batang gula-gula n bagi kat kitaorang 7 orang anak dara ni.. termasuk bapak budak yang pakai tshirt hijau ni... hahah bijak tak?

haaaa, bijak-bijak, so dah puas sembang n makan dalam kul 6 petang lebih baru kitaorang berpecah untuk balik semula ke pangkal jalan iaitu, Kuala Lumpur...