Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Saturday, January 3, 2009

Sandaran Cinta

Menyelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia...

..................

.... fikiran saya kosong, memandang siling bilik... lama... kemudian pandangan beralih ke dinding.. saya memandang dinding dengan ruangan minda yang masih kosong... terbayang2 tadi waktu isya.. terasa saya ada tersalah bicara, rasa bersalah terus menyelubungi diri.. untuk menenangkan hati saya mengambil wudhuk terus solat isya, mengangkat takbir.. berserta niat dalam hati.. tapi hati saya tak tenteram.. diganggu perasaan bersalah.. lansung saya batalkan niat lalu mengangkat takbir sekali lagi, dan ia berterusan sehingga 4 kali takbir harus saya ulangi semula kerana kekacauan jiwa dan hati yang di rudung sedih... dalam solat, saya tepis segala perasaan agar dapat khusyuk walau hanya 1-2 rakaat. itu saja yg termampu saya lakukan..

usai solat setelah istighfar beberapa kali saya terus ke dapur menyediakan air minum untuk teman serumah, dan untuk diri saya. selepas minum air teh yang dibuat... kak ton, teman serumah meminta diri untuk beransur kerana baby iyas dah mengantuk hendak tidur.. saya tersenyum menyembunyikan perasaan saya sambil bersembang2 dengannya beberapa ketika... sehingga kak ton masuk ke biliknya. kini, saya bersendirian di ruang tamu... masih sugul seperti tadi.. terasa lapar saya makan masakan tghhari tadi, mungkin kerana terlalu banyak berfikir, tak sedar bila masa nasi dan lauk dihabiskan.. selepas mengemas dapur saya terus membawa air teh hijau bercampur madu masuk ke bilik... duduk bersandar merenung dinding dengan fikiran yang kosong. lama...

fikiran saya mengimbas kembali segala memori yang dapat di imbas, yang buleh di ingat... dari sesaat kini hingga bertahun2 yang lepas... berat saya rasakan lalu memejam mata agar dapat merehatkan fikiran yang berjalan laju... selaju detik yang menebas masa..

sedih... sedih... itulah yang saya rasakan sekarang... hati saya pilu... saya tak sanggup menghadapi kehilangan lagi selepas ini... bagi yang pernah merasai pasti akan memahami..
terlalu perit kehilangan itu...

Friday, January 2, 2009

entah...

... hati saya mengetus. sejak seminggu ni, terasa seperti... entah!! tak tau nak cakap.. blog pun tak update, buken le saje tak update tapi mmg tak tahu nak tulis ape, sama ada terlalu banyak nak cakap sampai tak tertulis atau memang takde bende yang nak ditulis!! dua perkara tu je selalu happened kalu blog bersawang.. at least lebih cantik dari sarang spiderman, dia tak bersawang atau terbiar seperti umah hantu.. or lebih tepat umah tinggal. saya rasa mungkin sebab excited nak balik mesia atau sedih nak tinggalkan adelaide jadi perasaan pun campur baur. gembira balik mesia sebab dapat jumpa insan2 yang kita sayang, sedih sebab nak tinggalkan insan2 yang kita sayang kat adelaide. entahla.. memang tak tau nak tulis ape dah.. cuma nak ucap

Salam Maal Hijrah 1430H dan Selamat Tahun Baru 2009.

ps: kepada diri saya, terasa diri semakin tua dengan umur yang bertambah, jadi.. banyak2kan la amal ibadah, senang cakap, tapi susah nak buat. entah.. tetiba tulis blog ni tup2 meninggal.. sape tau? pastu apa nak jawab kat Allah nanti.. herrmm??? errr....