Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup saya ini merupakan kisah yang terakam detik-detik sebuah memori sunyi, di dalamnya saya susuri dengan menanti harapan sehingga berlalu segala impian...

Sunday, September 28, 2008

meeting



Semalam, meeting BMH hari Sabtu, 27/9/08 di Bar Smith Library membincangkan agenda pembahagian tugas-tugas committees, planning for next BMH iaitu BMH ke10 dan seterusnya juga perancangan, hala tuju BMH untuk tahun depan dan lain-lain perkara yang berbangkit. Seperti biasa sisters hanya saya dan nurul tapi nurul tak datang jadi saya seorang je semalam. dari kiri Muhammad Shah, bekas Pengarah BMH, baru diserahkan jawatan kepada Pengarah yang baru minggu lepas, Azam, Fahmi, Ihsan, Arif, Wan Aizat selaku Pengarah BMH yang baru, Bukhari dan saya(handphone kelabu kecik atas meja tu sebagai wakil, hehe) Alhamdulillah dapat lagi saya hadir meeting untuk BMH walaupun hanya ada beberapa siri meeting selepas ini sebelum pencen dan balik ke Mesia namun gembira sekali dapat memberikan sedikit pandangan dan effort walau saya tak dapat sumbang banyak mana pun, sekadar yang termampu dengan daya yang diberikan Allah. Insyaallah semoga Allah memudahkan segala urusan, amiin..

Tuesday, September 23, 2008

nantok!!


letih+sedih+frust+tunggu acu buzz+nantok=tinon... menutup mata bertongkat dagu penuh kecomelan (mesti comelkan saya tido camtu, cute je... haha) tertido saya di depan laptop sambil duduk memegang secawan kopi panas, baru minum separuh, bila tersedar minum balik separuh, ermm dah sejuk.... alhamdulillah dah abes.. buleh tinon!! nite!! ZZzz - 11.45 malam, depan laptop, dalam rumah, brooklyn park, SA, Australia.

ps: uda, beskan duk australia, bes tau.. isshh heran nape angah tak bes duk australia, keh2. ^-^

Friday, September 19, 2008

eeerrrr.....

MasyaAllah... resah, gelisah saya rasa(macam lagu) eemm nape ngan saya ni? astaghfirullahal 'azim!!! apa kena saya ni... apa yang saya buat seperti adanya yang tak kena... masuk dapur untuk mengambil segelas air kosong , pergi depan dengan gelas yang masih kosong!! eerrr... barangkali susah hati dengan tanggungjawab yang diberi? mungkin terasa berat dengan amanah yang diletakkan? takut dengan harapan insan-insan yang memberi kepercayaan? emm memang terasa berat.. rasa macam tak mampu.. tidak mampu hendak memberikan bicara sepatah dua.. apa yang harus saya ucap? dan apa yang harus saya perkatakan?

talkshow Bicara Minda dan Hati ke-9, Slot 2. masyaAllah inilah kali pertama saya diberi amanah untuk menyampaikan sedikit pengisian dalam bulan Ramadhan di hadapan orang ramai!! dan saya adalah sister pertama yang memberikannya kerana sebelum ni semua speakernya adalah brothers!! Gugup, gementar, cuak, takut namun pada masa yang sama ada rasa yakin, tenang, punya kekuatan, terasa sangat ingin memberikan sesuatu yang buleh memberi manfaat, selagi berada di sini kerana tahu ini mungkin kali terakhir saya di bumi Adelaide. Esok meeting, gulp saya telan air liur... masyaAllah sungguh perasaan saya bercampur baur.. hati saya berdegup kencang, terasa panas di pipi, darah naik ke muka bila memikirkan amanah yang diberi.. Ya Allah, tolonglah saya.. Hanya Engkau saja yang dapat menolong sungguh Engkau sebaik-baik Penolong...


2-3 hari yang lepas berjalan-jalan di River Torrens untuk menenangkan hati, mententeramkan fikiran sambil briefing apa yang ada di dalam kepala dan meluahkannya dengan perkataan, practice berkali-kali bagaimana untuk memulakan awal bicara, isi-isi di pertengahan dan kata penutup sebelum berakhir... sambil jalan berulang-alik di atas rumput di tebing sungai sambil mulut saya terkumat kamit berlatih berucap sehingga tidak saya hirau orang ramai yang berjogging, berbasikal, mendayung sampan, berbaring-baring di atas rumput, tak kisah aarr, dorang pun bukan kisah orang!! mujurla.. sambil jalan atas rumput tu, kejap-kejap pandang langit, tengok sungai, kuis-kuis rumput, main kejar-kejar dengan itik atau burung yang menghampiri, lambai-lambai orang atas bot, apa sajalah yang buleh saya buat untuk menghiburkan hati. Ya Allah.. berilah saya kekuatan, sungguh Engkau saja yang dapat memberi kekuatan kepada saya kerana Engkau Maha Kuat Ya Allah.

terfikir di fikiran, terasa di hati, tertaip di jari jemari untuk meminta bantuan, pandangan, ilham, skills dan kata-kata semangat dari yang pakar, kerana dia lebih arif dan tahu benar selok belok memberikan ucapan kerana tu memang keje dia dari dulu sampai sekarang tambah-tambah dia orang hebat waktu kat UM dulu tapi dia tersangatla busy sekarang ni jadi saya tak mau kaco dia since saya selalu pun kaco dia jadi dah malu nak kaco lagi takut menyusahkan, haaaiihh... tapi kalu dia sudi membantu, masyaAllah, alhamdulillah.. saya sangatlah berbesar hati malah tersangatla sudi untuk belanja dia aiskem vanilla satu if saya dapat buat dengan jayanya, insyaAllah. jangan risau.. saya belanja nyer, nak 10 aiskem pun saya belanja, 9 untuk saya, haha...



Subhanallah Ya Allah.. Allahu Akbar Ya Allah.. kerana saya diberi peluang olehMu Ya Allah untuk memberi sedikit perkongsian dengan masa yang singkat di bumi Adelaide. Erti Hidup Pada Memberi... walau hanya secawan kopi... Alhamdulillah, tidak terlewat untuk saya menyampaikan sesuatu yang baik walau sedikit cuma dari ilmu pengetahuanMu yang Maha Luas. Jadi saya tidak berasa ralat bila meninggalkan bumi Adelaide ini kerana adalah sedikit yang saya sumbangkan agar tidak saya ditanya Allah di akhirat nanti atas ilmu yang tidak dikongsi sedang saya tahu, atas masa yang diberi tapi tidak diguna, atas nasihat yang dituntut tapi tidak diperingat, astaghfirullah, saya takut dengan hisaban dan hitungan Allah atas segala apa yang saya sia-siakan..

"Ya Allah, saya memohon ampun kepadaMu Ya Allah, saya mengakui dosa-dosa saya Allah, maka ampunkanlah Ya Allah, sungguh Engkau Maha Pengampun,.. tolongla saya Ya Allah, sungguh Engkau sebaik-baik Penolong.. bantulah saya ya Allah, kerana tiada yang dapat membantu saya melainkan Engkau Ya Allah.. berikan saya kekuatan Ya Allah, sungguh saya tiada daya untuk menghadapinya Ya Allah, tetapkan hati saya ya Allah kerana Engkau yang menetapkan hati dan Engkau yang mengukuhkan jiwa saya ya Allah, maka kukuhkanlah ya Allah.. lancarkanlah lidah saya Ya Allah, agar mereka faham apa yang saya katakan... bukakan hati-hati mereka agar tertarik dengan apa yang saya ucapkan Ya Allah... bukakan hati-hati yang mendengar agar lekat apa yang saya sampaikan agar menjadi ingatan yang berpanjangan, lembutkan hati-hati mereka Ya Allah agar menangis bila mendengar kalimah-kalimahMu ya Allah, agar air mata yang jatuh itu menjadikan Engkau sayang pada mereka dan Syurga yang dapat kami raih dengan izinMu Ya Allah.. sungguh kami sangat mengharap Redhamu Ya Allah dan bertemu denganMu Ya Allah dengan sebaik-baik keadaan dan sebaik-baik pertemuan, amiin Ya Allah Ya Robbal 'Alamin."

Wednesday, September 17, 2008

eh eh jamie...


Semalam pegi city naik bas seperti biasa, jalan sorang-sorang sambil dengar mp3 yang berusia 5 tahun tuanya, peneman setia yang saya bawa ke mana sahaja, bila jua saya berada... pegi city sebab nak bayar yuran pengajian kat post ofis so perjalanan mula-mula sekali pegi bank.. sebab nak increase jumlah duit dalam debit card agar takyah susah kuar duit, swipe je kat pos ofis tu nanti, kuar resit, balik.. emm senang kan..



pastu jalan pegi uni pulak sebab nak print invoice yuran, sampai je kat computer pool, semput saya sebab banyak jalan, rehat jap sambil tengok email kot-kot la ada orang bagi email, balas 2-3 email sambil tunggu invoice tengah print out.


Dah print patah balik ke city kat Rundle Mall sebab nak pi pos ofis bayar yuran kat situ, alaaa.. ade je pos ofis kat Uni Adelaide, tak sampai 5 minit tapi saje nak jalan-jalan tenteramkan fikiran jadi pegi yang kat city punya, suka perhati gelagat orang kat situ.


bila dah sampai kat post office, semput nafas lagi sebab jalan banyak sangat, terus pegi kat kaunter beratur, emm tak ramai pulak orang arini.. tengok jam kul 4.30 petang.. lagi setengah jam nak tutup, eemm patut arr.. waktu beratur tu tengok invoice balik... AUD 8,800, kali tiga tukaran ringgit berjumlah RM26,000!! gulp.. saya telan air liur, masyaAllah banyaknye duit mama labur untuk saya belajar!! agar saya dapat keje yang baik, dapat hidup yang baik, dapat tolong diri sendiri, keluarga, saudara mara dan orang lain, insyaAllah itula harapan saya.. "Ya Allah ampunila dosaku dan kedua ibubapaku ya Allah, murahkan rezekiku dan murahkan juga rezeki kedua ibubapaku ya Allah, sungguh Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pemberi Rezeki, amiin Ya Allah.." spontan hati saya berdoa waktu tengah beratur tu, terasa berada di dalam dunia saya sendiri bila berhadapan dengan Allah yang Maha Agung... astagfirullah isshh yati ooii!! kalu tak kenang budi mama abah tak taula, sekeh je kepala!! getus hati saya marah ngan diri sendiri.



sedar-sedar tengok que hampir kosong, saya bergegas terus ke depan tapi berpatah balik sebab ada something yang menarik perhatian saya.. eehh.. ehhh jamie... rindunya.. lama tak nampak!! saya tersenyum melihat buku tu, hepi sangat.. segala memori saya recall balik, buleh kata setiap rancangan masakannya saya tengok waktu kat Mesia dulu especially Jamie Escape in Italy. Style dia bawa sangat bersahaja dan ada gaya since dia bawa role seorang suami, ayah, dan anak yang baik secara tak lansung dalam rancangan tu, suka sangat bila dia asek cakap pasal anak perempuan die time tengah masak tu sambil berceloteh tanpa henti sampai habis rancangan. Banyak resepi dia saya salin tapi sumenya hilang ntah mana ntah waktu saya sibuk kemas-kemas nak ke Aussie dulu. He is really born to be a real chef. haa along ngan abang said mesti baca buku ni tau, since both of you are chefs!!


pas settle sume, kuar dari pos ofis tu, jalan kat city pegi tempat bas, nak balik dah so pi bus stop yang jadi port same tiap-tiap tahun, dari tahun lepas sampai la sekarang.. balik umah je.. terus berkobar-kobar nak masak sebab inspire dengan si jamie tu tadi and satu lagi sebab tengah posa kan jadi mestila nak buka yang sedap-sedap bagi orang makan walaupun di perantauan guna je bahan apa yang ada, sebab saya suka masak dan suka makan, haha.. masuk je dapur terus geledah peti ais, waaa, sukanya tengok peti ais penuh!! so mari kita kosongkan.. kuarkan apa yang buleh dikuarkan...



since saya dah sedia untuk memasak... "ok puan-puan, arini saya masak tomyam seafood untuk juadah berbuka, emmm sedap!!! minggu lepas kita dah masak ayam sambal jadi arini kita berbuka dengan lauk yang berkuah.. so takdela tercekik waktu makan nanti ye puan-puan, emm baiklah, bahan-bahan yang diperlukan dalam menu kali ini ialah:"
  • bawang besar yang dihiris
  • bawang kecik yang diketuk
  • serai 2 batang juga diketuk
  • daun limau purut
  • udang sebanyak mungkin ( kalau tamakla)
  • sotong yang dipotong-potong
  • jejari ketam( bukan ketam tau, alaa yang biasa dalam yong tau foo tu, wana merah belang putih tu)
  • sayur berdaun, berbatang atau berbunga spt daun sadry, bunga kubis, brocoli, sayur sawi pun buleh...
ok puan-puan.. pastu kita buka paste atau kiub tomyam, letak dalam air yang mengelegak then campak je sume bahan yang ada..

sekian dulu buat kali ini ye puan-puan, kita jumpa lagi dirancangan yang sama pada minggu depan bersama saya, Chef Saya Comot, moga bertemu lagi, babai...

by,
Chef Saya Comot^_^

Tuesday, September 16, 2008

bila hati saya merindu...

Sedih... itula perasaan saya semalam, dengan bebanan assignments yang melambak, fikiran yang tak tenteram, kepala yang berat, perut yang gastrik, hati yang bersedih dan kesal dengan sikap sendiri kerana janji yang tak tertunai, saya bangun arini dengan perasaan yang bercampur baur, astagfirullah apa kena saya ni... Setelah berzikir dan istighfar, hati saya tenang kembali. Dengan diri yang masih murung pagi tadi, mama telefon suruh online ym, saya cepat-cepat online agar mama tak tertunggu-tunggu, alhamdulillah terdengar je suara-suara yang amat saya kenali rasa gembira sangat, rinduuuu.. itula perkara pertama yang saya rasa... kedua hepi sebab tak yah call pakai telefon, mahal dan yang ketiga sebab ada webcam yang selama ni suruh beli tak beli-beli... emmm rindunye bila satu demi satu wajah yang disayangi muncul, waaa sume ada!! hingga terlupa kesedihan yang bersarang sebentar tadi.


Mama Sayang
"mamaaa...." dengan suara manja saya memanggilnya. "iyeee... mama sini, mama rindulaa, nape selalu tak nampak, menyorok ke?(invisible) takyahla main sorok-sorok.. susahla mama nak tau angah ada ke tak", mama membalas riang tersenyum, terdengar suara-suara sumbang yang menyampuk, ha'ah kita orang pun rindu angah... iisshhh, sibuk je la!! saya mengomel "oit asal sume ada kat umah ni? tak pi keje ke? mama, along, alang, uda, acu ngan kitty gemuk!!, sume ada ni?" (offcourse la kitty tak keje kan, keje die makan je!!) saya bertanya heran. "mamaaa... mama sihat? angah rindula kat mama... emm ye la ma, angah online nampak muka la nanti... mama buat apa tu, abah mana? "haa tu abah tu, cakap-cakap ngan uda pasal hal keje", mama menjawab. saya lihat wajahnya gembira melihat saya, adik beradik juga begitu, macam-macam aksi yang dorang buat depan webcam tu, haaiihh.. saya lagi la senyum lebar sebab terlepas skit rindu dapat cakap ngan dorang. " angah... mama demamla, tension, banyak fikir, ni alang nak pi UK ni macam-macam kena urus, "aloo lo lo.. mama demam ye? nape? dah pi klinik ke ma? mama janganla banyak fikir sangat ye, nanti angah susah hati fikir mama, emm urus apa lagi? kan MARA sponsor? mama, angah cakap ni, tak mao la fikir banyak ye nanti mama lagi tak sihat, dahla demam, risau angah, nanti mama sakit sapa susah? angaaaah jugak..." saya membalas dengan nada memujuk. " a'a sakit ma angah, tak pegi klinik, ma nak rehat je kat umah, ye la sakit demam-demam mama beli barang ngan makanan alang nak bawa sana, taula alang ko tu, apa-apa sume mama, asek-asek mama, sume mama nak fikir.. angah dulu senang je, tak bawa makanan sebab Australia strict, UK buleh bawa..." mama memberi komen. saya tersengih, emm memang strict pun! bukan le takleh bawa food, malas.. leceh dengan kerenah emigresen yang ketat.


Abah Cute
nampak abah masuk bilik uda, terus saya tegur "abaaaahhh.. abah cute la arini, abah sihat? tak pi keje ke?" saya memanggilnya manja. "ee'ehhh angah dembot!! bes kan angah duk Australia? iiiuuhh bes duk Australia angah, heran abah nape angah tak enjoy duk sana!! abah pegi banyak kali, bes!! makan sedap!! enjoy!! apa aarr angah tak bes duk sana? iisshh ade ke tak bes? nanti alang duk UK mesti die bes duk sana!!" dia memberi komen sambil tersengih. Malas membalas komennya yang diulang-ulang berkali-kali bila ada ruang bercakap dengan saya " isshh, malas aarr cakap ngan abah ni, angah tanya lain, yang tu juga dia jawab, takde soklan lain ke? penatla nak angah jawab... bape kali angah bagi jawapan pun still.. ulang bende yang sama.. kan angah cakap, abah melancong tak same ngan angah belajar.. kalu angah melancong cam abah pun bes!! takyah fikir ape, jalan-jalan je.. bes kan.. haaiiihh abah ooii..." saya menjawab jawapan yang sama ntah bape kali dan ntah untuk kali ke berapa. " haaa, ape arr angah ni, ade ke dia tak bes duk Australia isshh tak faham abah!! ok aar abah nak pi keje dah.. ni cakap ngan acu ni.. haa acu.. ni angah nak cakap.. haa cakap ngan angah ni acu.." abah tersengih sambil menepuk bahu uda bergurau acah-abah nak bergusti, nampak aksinya seperti orang nak bertomoi, haha saya tergelak sekati arr abah ooii.. dengar suara uda cakap" abah ni, uda tak sihat arr nanti bila uda sihat kita sambung gusti kat ofis, uda tak keje tau abah, jangan cari uda plak, mc arini" nampak abah masih mengacah-acah bergusti dengannya, haaiihh sekati arr...


Acu Comel
"angaaah... aaiitt, kat mama je ke rindu? kat acu tak rindu ke? alaa angah ni, cam tak tau je mama tu memang banyak fikir, kalau tak fikir tu bukan mama la, hehe" acu jawab sambil tersengih. "emm mestila angah rindu, sayang acu sangat... oit acu!! tak pi sekolah ke? nape tak pegi? camne exam trial? pekse ape arini? "tak pegi.. mana ada sekolah, arini takde exam la angah, alhamdulillah buleh buat tapi sejarah susahla angah, camne angah terer sejarah? huu acu nak baca bukula pasni, nak exam kimia nanti.. mama menyampuk " haah susah soalan dia angah, memang camtu ke?" emm biasala sejarah... time kita baca tak kuar, yang kita skip tu yang kuar, haa acu lain kali baca sume jangan skip-skip tau, sejarah ni acu kena faham bukan hafal, tu je key dia, alaa acu.. jangan risaulah ye, insyaAllah acu buleh buat punya percubaan ni, angah yakin dengan acu, ko buleh acu..", saya memberi semangat kerana yakin dia memang buleh buat. "em insyaAllah, acu cuba angah doakan acu ye.." dia tersenyum sambil cakap "kitty gemuk kat bawah, nak acu amek ke angah?" acu comel bertanya, "haa buleh-buleh, mestila angah nak!! saya tergelak hepi sebab webcam yang kecik tu tak buleh menampung 6 muka dalam satu masa, haha.. "angah, ni kitty gemuk!! ni acu letak kat atas riba mama, acu nak pi baca buku arr nak exam kimia.. ok arr angah acu pi dulu.. sayang angah, muah!! "dia memberitahu lalu pergi. "emm sayang acu, rindu acu sangat!!, rindu kitty jugak...


Kitty Gemuk!!
"eeeiiiiiiuuuuu... kitty gemuk!! eeii.. eiii kitty... kesayangan angah!!! emm rindunyer kat kitty, eemm sayang kitty, kitty.. ni angah ni, tak rindu angah ke? angah rindula... meh sini kat angah meh.. " saya memanggilnye riang sambil mengusap-usap skrin laptop yang berhabuk tak dilap. "waaah dah besar die!! gemoookkk!! sape jaga die? saya memandang puas-puas kucing jingga besar montok kesayangan saya ni, rasa cam nak peluk-peluk die, main kejar-kejar dengan dia, penat angah lari turun naik tangga la kitty ooii" saya tersengih hepi tengok dia baring atas riba mama, manja.. dari kejauhan sayup acu menjawab, "acu arrr.. sape lagi? yang lain tu tau belai-belai, pandai usap-usap je termasuk aarr yang usap die sekarang ni, hehe... yang letak makanan air die sape? acu aarr.. tapi yang beli makanan mestila mama, hehe!! acu tukang bagi je..."~~~~


Uda Hensem
"haa yang mandikan dia sape? uda arr!! hehe takde arr.. alang la, sape lagi? Oit angah, bukan alang sorang je asek-asek mama, kitaorang sume pon, asek-asek mama termasukla orang yang tak posa tu!! haha," dia mengusik "angah tau tak? sume-sume perempuan kat umah ni, mama sorang je posa tau!! haha" dia tergelak besar, mengusik. uiihh!! sukenye dia mengusik, mentangla dia lelaki, saya terdiam tak terjawab sebab malu diusik camtu. "oit, angah tak makan ke? nape tak makan? makanlah, tak baik tau Allah dah beri keringanan pada angah, angah tak buat, jangan disusahkan plak" panjang lebar die bercakap. Dengan perasaan yang malu saya menjawab tapi masih control macho buat-buat cam biasa sebab malu die tau saya tak posa, mengalih tajuk "oit uda, ko tak keje ke? nape tak keje? tak baik tuang tau.. huuu uda demam la angah, tapi rasa nak pi keje, dia menjawab, alaaa uda takyah keje la demam tu, pi la klinik minta mc, demam pun nak keje jugak nanti esok-esok lagi teruk, takyahla keje, ye uda?" saya membalas risau.. mama pun mengiyakan suh dia pegi klinik, "emm baik!! yela uda tak keje, nak pegi klinikla ni, ok angah.. muuahh sayang angah!! daaa..." buat action mencium kat webcam tu terus dia berlalu untuk bersiap-siap. " emm baikk!! sayang uda jugak!!" saya tersenyum hepi (tapi tak buatla action cium tu)



Alang Macho
"HAAH!! tak posa!! aduiissshh, sorang lagi mamat kaki mengusik!! " Eeeiii, tak posa!! haha, angah tak posa!! "alang tergelak membesarkan volume soranya biar sume orang dengar sambil bertepuk tangan, hepi mengusik!! "angah tak mao makan ke? pegi arr makan" dia tersengih sebab tau saya malu diusik camtu. isshh benci, getus hati saya.. "emm ko bila flight? pukul bape?" saya mengalih cite. "alang flight ari sabtu pagi. "pagi kul bape? pegi KLIA kul bape? sampai sana sape ambil? ada orang jemput ke? nanti duduk dengan sape?" saya bertanya risau. "haa pagi kul 10.30 dah masuk flight, pegi airport 7.30 pagi, ada kawan alang jemput, tempat tinggal ada, rumahla, dengan kawan alang". oo ye ke? bagus la camtu, lega angah dengar.. eh alang, buatlah salam perantauan, angah baru buat semalam, tak tau bila utusan publish, alang-alang ko sampai sana dah leh email terus" saya beri cadangan. ok, bagilah kat email, nanti alang tengok, emm yee la tu.. ele bagi email cam ko tengok je!! haa yela angah bagi copy kat email ko", saya membalas. "ada masa alang tengok la, ni nak pi settle hal jap, nak kuar.. ok angah, chow.. "dia memberi flying kiss lalu pergi ke bilik sebelah nak mandi.


Along Lawa
"angah sayaaang... along tak keje arini, cuti. abang said pun cuti, along dapat ikut hantar alang, sory sangat sebab tak dapat hantar angah aritu sebab keje. Emm angah kurusnye!!, makin cerah laa.. makin lawa.. komennya. em nape webcam angah ni clear? angah buat apa tu? sekarang musim apa? angah sihat tak? tak pegi sekolah ke arini?" along bertanya.. tanpa membalas sebarang komen (malu sebenarnya) saya menjawab "emm memangla clear, dia built in dengan laptop ni, angah nak pi bayar yuran lepas ni, siap-siap karang pegila, alhamdulillah angah sihat cam biasa emm tak pi sekolah arini sebab takde kelas, sekarang musim spring, kalu alang reach UK kat sana autumn, dia terbalik ngan Australia, along sihat?"alhamdulillah along sihat tapi letih sangat keje angah, along keje kat pastry kan buat kek posa-posa ni, penat sangat tapi enjoy keje kat bahagian pastry ni" "alaaa biasa la along keje.. mana ada yang senang..nanti insyaAllah angah keje , banyak duit, angah bawa along pi melancong, kita sume satu keluarga, doakanlah ye along mudah angah dapat keje pas belajar ni, 2 bulan lebih je lagi ni. "emm insyaAllah along doakan angah, emm angah along nak turun bawahla nak kemas-kemas sambil makan-makan, haha.. orang takde kat bawah sekarang ni baik along turun sekarang", dia tersengih sambil mengenyit mata.. haha tergelak saya " em yela.. pegila sekarang nanti dorang turun susah lak along" saya membalas. " ok angah sayang angah sangat!! mmuuaahh mmuahh melambai-lambai sambil menghulur flying kiss sebelum pergi. " muaahh, sayang along juga" saya tersenyum sambil melambai.

melihat mama sorang je tinggal saya bertanya "mama nak buat apa lepas ni? pegila rehat ma, mama kan demam" saya memintanya rehat sambil melihat dia mengusap-usap kitty yang hampir tertido. " eemm yela mama rehatla ye angah... mama tak laratla.." dia menjawab perlahan. " emm baiklah, mama sayang tido ye.. biar rehat badan tu skit" " haaa, mama tutup ye ym ni" dia membalas, " takpela, biar angah tutup ma, mama pi la tido ye. mama... angah sayang mama.. sayang sangat!!" "emm sayang angah, assalamualaikum.. tata.." mama melambai lalu pergi ke bilik sebelah membawa kitty bersama.


Saya Comot
wa'alaikumusalam warahmatullah.. menerusi web cam yang masih terpasang, saya melihat mama berlalu pergi.. bilik uda kosong kembali.. saya memerhati lama.. merenung jauh dibawa perasaan.. mengenang kembali memori masa-masa bersama, suka duka, riang muram, tangis ketawa, sedih gembira, susah senang, liku-liku hidup yang kami lalui bersama. Merekalah permata hati saya, insan-insan yang meniup semangat, memberi dorongan, menegak sokongan agar saya kukuh teguh bila disapa angin lembut yang menghembus... saya menutup webcam lalu mengambil album gambar yang sentiasa saya letak di atas meja, buka saja helaian pertama terpampang wajah-wajah kesayangan yang menjadi inspirasi.. saya merenung satu persatu wajah-wajah yang memang amat saya sayang Lillahi Taala, abah, mama, along, alang, uda, acu, dan kitty.. menitis air mata jatuh.. hati saya sayu.. sayu bila mengenangkan cita-cita dan harapan mereka terhadap saya.. insyaAllah pasti angah balas segala pengorbanan dan susah payah kalian pada angah terutama mama, pergorbanan dan kasih sayang yang dicurah tidak terucap dengan kata-kata, tidak terbalas dengan wang ringgit.. InsyaAllah, tidak angah sia-siakan... Alhamdulillah.. sungguh saya amat bersyukur atas segala nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku Ya Allah... bagiMu segala puji...

ikhlas dari hati,
saya^_^!!

ps: sorie abang said,
waktu angah tulis ni abang said tidola , so angah tak tau nak karang apa, lagi satu sebab takde gambar abang said sorangla.. nanti bila dah ada angah letak tau, hehe..

Monday, September 15, 2008

mengapa?

Akak, nape takleh buka blog? emm biasa kedengaran soalan tu, jawapan yang saya beri selalunya sebab tak update atau under construction... emm benar jawapan tu namun memori yang ada di dalam blog itu terlalu menyedihkan membuatkan saya ambil keputusan membuka laman baru yang memang telah tersedia untuk saya, agar lebih bebas membicarakan apa yang dirasa dalam hati, apa yang difikir akal, apa yang ditaip oleh jari jemari tanpa sebarang prejudis dan sangka-sangkaan... segala apa yang tulis dalam blog ni adalah nukilan hati bicara secawan kopi semata-mata jadi tiada kaitan dengan yang hidup, yang mati atau yang tengah baca sekarang ni...


Dalam lipatan memori...

oleh,
kuekeoat